Thursday, 26 November 2015

Feedback : Book Cafe

okay, nak bagi feedback atas perkhidmatan Book Cafe.

hahahahhahahahahha.. entah apalah aku ni, bagi feedback kat blog sendiri, sepatutnya feedback kenalah kat website Book Cafe. tapi takpe, kat mana-mana pun tak kisah asalkan aku bahagia. kan kan.

semalam dah selamat sampai buku-buku kesayangan. tapi aku tak berkesempatan nak pegang dengan dengan sendiri sebab buku tu dihantar kat rumah bukan kat kampus sini. sebabnya, aku yang tersalah isi alamat antara shipping address dengan billing address. hambek satu. menangis tak berlagu laaa nak kena tunggu sebulan lagi sebelum balik rumah.

tapi bagus juga sebab jimat space untuk bawa balik barang akhir sem ni. yelah, sem depan nak duduk dalam kampus. hihi.

okay, kembali kepada tujuan asal, apan yang nak disampaikan adalah, perkhidmatan Book Cafe ni memang TERBAIK, CEPAT, dan MESRA.

kenapa terbaik?
sebab senang nak order buku. lagi-lagi bila ada offer free postage dan hadiah percuma bila total price sampai tahap tertentu. (boleh tengok di website dari semasa ke semasa ye). disebabkan total price melebihi RM150, aku dapat satu buah buku percuma + mug upin ipin + patung mainan upin ipin. 3 in 1 gitu. untunggg.

kenapa cepat?
sebab dalam mase 3 hari dah dapat buku. rasanya kalau bukan sebab pos laju kat rumah tu tak sempat nak hantar barang dalam satu hari, jadi barang yang tak sempat di hantar, akan dihantar keesokkan hari. ermmmm.. mungkin buku tu akan sampai dalam masa dua hari je kot..

kenapa mesra?
sebab ada hantar email nak tanya sesuatu pasal order, cepat ye Book Cafe balas. suka suka. :D


pssstt, alhamdullillah, buku selamat sampai. tak sabar nak baca buku. jom tanamkan minat membaca
:)

Monday, 23 November 2015

beli buku


minggu lepas terbaca sekali lagi matluthfi punya fb post pasal buku baru mat luthfi. dulu terasa tak beli kot sebab malas nak beli online. nak beli offline pun kat sini susah kedai buku kat sini jual buku style macam ni. sekali, tergerak hati, jomlah beli. yelah, dah lama tak beli buku online. last beli buku online pun dua tahun yang lepas kot. haha. bajet macam dah banyak kali beli buku online.

bila add to cart buku mat luthfi tu, tergerak hati duk mengusha buku-buku lagi. eh, sekali banyak pulak jumpa buku best. haa sudah, habis lah. dalam 10 buah buku gak rasenya dalam cart. banyak kot. total lebihkurang RM 190 camtu. tak termasuk postage sebab kalau 150 keatas free postage. tapi terpaksa tolak dua buah buku sebab kalau nak dekat 200 rasa terlalu banyak. jadi tambah satu buku yang harga dalam rm4 camtu untuk sampai RM150 keatas supaya dapat free postage. nampak tak taktiknya kat situ. kita hidup kena pandai okay asalkan tak menipu sudahlah kan...

jadinya, total buku 8 buah dengan harga RM151.20 dan free postage. segala urusan pembelian sudah setel dan sekarang hanya tunggu buku sampai.

alahai, tak sabarnya rasa. nanti bila buku dah sampai, update sini okay.

Sunday, 22 November 2015

Book Review : When I Was A Kid 2




Title : When I Was A Kid 2
Writer : Boey
Price : RM34.90

Dah lama baca buku ni baru nak buat ulasan. eh, Bagi saya, buku ini memang sememangnya best. gaya penulisan yang santai dan bentuk dialog dan contengan (komik), memang sesuai untuk merehatkan fikiran sebab baca buku ini boleh menghilangkan stress. ya betul. bagi saya lah.

Buku ini mengisahkan kisah sebenar, pengalaman Boey masa dulu-dulu. dan semua kisah memang menarik dan terbaik. Bahasa yang digunakan pun simple english. budak-budak pun boleh baca. Adik aku yang 9 tahun pun baca dan dia kata suka baca buku ini sebab best.

Saya cadangkan belilah dan baca buku ini bagi yang belum lagi. Memang tak rugi punya. Sebab mula-mula saya pun rasa buku ni tak best sebab mindset kata english book boring, haha.. tapi kakak syorkan suruh beli sebab nak cukupkan nilai baucar buku. sekali baca, memang jatuh cinta. lepas ni kalau ada kesempatan nak beli When I Was A Kid (1) dan When I Was A Kid 3 pula.


Nak Beli? Klik Link



:)

Thursday, 19 November 2015

Mr D.I.Y

 okay, tadi lepas test pergi Mr DIY. baru lagi buka cawangan kat sini. round-round satu kedai terjumpa benda yang memang lama dihajati. huhu..apalagi, memang terus ambillah jawabnya. antara..


Lazy Pod, memang lama usha kat IG, tapi bagi saya terlalu mahal yang seller jual kat IG. yang Mr DIY punya murah je. hanya RM 13.++ camtu. memang betul-betul jimat daripada beli kat IG.



terjumpa benda alah. bukan dalam urgent wishlist tapi bila dah jumpa beli jelah kan untuk kegunaan paip kat luar rumah. lagipun tak mahal sangat. RM4.++ camtu. boleh guna untuk siram pokok dan basuh kereta .


mini pengepit. dah lama cari sebab teringin nak buat photo wall. alaaa.. yang kepit gambar kat tali yang tergantung kat dinding tu. sebab lawa tu yang teringin nak buat kat dinding bilik kat rumah. buat kat dinding depan meja study, comfirm lawa kan. kan best kalu ada camera instax. lagi seronok ambik gambar dan gantung. haha. inshaAllah suatu hari nanti..



last sekali benda alah comel ni. kiut miut. terjumpa kat rak depan kaunter. macam jodoh je. haha.. selalu ikat dengan getah je. huduh nampak. bila beli ni, letak kat earphone takde huduh sangat macam sebelum ni. sekarang dah kelihatan menawan. ahhak..

Wednesday, 18 November 2015

Looking for this..




i looking for this earphone. ada siapa yang nak bagi free ke.. untuk hadiah birthday ke? walaapun birthday ku dah lepas. muahahaha..

cari kat ig macam tak jumpa. yang banyaknya bukan jenis yang dikehendaki. ermm

Tuesday, 17 November 2015

cuti

cuti cuti dan cuti

seronok bila cuti, tapi, apakah daya sebab cuti dah habis. cuti seminggu sekejap je habis. ermm.. bila cuti midsem dah habis, bermakna dah nak dekat final. lagi sebulan je. study week pulak dipendekkan. jadi 4 hari je. tu pun kalu termasuk hujung minggu. jumaat, sabtu, ahad dan isnin. selasa tu dah start final exam. ikut ikut draft jadual final, week 2 memang takde gap langsung. harap untuk jadual yang betul nanti akan ada gap. kalau tak matilaaa.. dahla takde study week sangat.


UPSR

hari ni 17 november 2015, result UPSR keluar hari ini. dan adik aku juga terima result UPSR hari ni.

Tahniah laa adik sebab dapat 5A.

:D :D :D :D

Wednesday, 4 November 2015

yeah! esok balik


yeah yeah yeah oh yeah!
esok nak balik rumah
ta..
ta..
tapi..
pagi esok juga ada test.
ahhh.. mood nak balik tak ada sangat.
rasanya,
lepas test comfirm
semangat nak balik rumah terus berkobar-kobar.
okay nak kena sambung study untuk test esok.
tapi belum study nak kena ambil mood dulu. #eh
harap dapat buat yang terbaik
inshaAllah.. Aamiin~

psssttt..
esok juga lepas test,
ada majlis anugerah dekan.


Tuesday, 3 November 2015

spm 2015

ye, semalam 02.11.2015 dah start spm. harap masih tidak terlambat untuk ucapkan "all the best" kepada semua calon spm tahun ini.

ermm.. adik yang disayangi pun ada ambik spm tahun. jawab exam elok-elok ye.. i know you can do it. nampak perubahan dalam diri adik sejak 3-4 nak spm. nampak adik dah tak mengadap laptop sangat dah.. selalu tengok duduk depan meja study dan ngadap buku. memang sesuatu yang mengharukan sebab memang jarang nampak adik study bersungguh macam tu.

yakin bahawa yang adik akan dapat keputusan yang setimpal dengan usaha adik. adik dah berusaha, insha Allah, adik akan dapat keputasan yang bagus nanti. akak sentiasa mendoakan adik. siapa yang tak sayang adik kan walaupun dulu masa kecil kita memang tak ngam kan. haha. itu semua kenangan.

nanti bila dah dapat keputusan yang baik, adik bolehlah nak sambung belajar dalam bidang yang adik nak sangat tu. insha Allah pasti boleh.

haa.. tak lupa juga kepada dua orang lagi sepupu yang ambik spm juga tahun ni. buat yang terbaik ye. akak setiasa mendoakan korang. aamiin.