Tuesday 16 September 2014

Kampung Cina, KT



alhamdulillah, sem baru mi, Allah permudahkan perancangan plan kitorang. kalu seingat sem lepas, kalau plan nak kuar gi jauh sket mesti susah sket. plan tu memang dah ada tapi nak pergi tu entah kenapa tak terpergi. hehe

jadi kali ini, tak sampai seminggu sem baru buka, kitorang plan nak ke KT sebab ada kawan nak borong beli barang. sampai KT terus pergi kedai RM2. memang bestlah memborong. saya pun boleh terjebak sama. beli barang yang takde dalam list. banyak pula tu... oppps.. lepas tu pergi giant, mydin sebab nak kawan nak beli broadband yes yang sekali dengan wifi tu. sekali, tempat yang kitorang tinggal takde coverage. hancusss harapan sebab  antara antara sebab utama kitorang datang adalah kerana YES itu. waduh waduh..

then, selepas selesai semua, barulah kitoran bergerak ke Kampung Cina KT. Yahoo.. sekala saya pernah lalu dengan kereta je. tak pernah turun menjejakkan kaki. hanya tayar kereta je bersentuhan dengan jalan. haha.. tapi kalu ini, diri sendiri dapat jejak. bangga jap.. :P


inilah dia rupa kampung cina ni. sebenarnya kalu tak silap ada pintu gerbang. masa hari kitorang pergi diorang tengah buat persiapan sebab keesokannya ada Pesta Peranakan. Sebenarnya, Kampung Cina ni dekat je dengan Pasar Payang. hanya bersebelahan aja. bila dah dapat parking, kitorang terus pergi serbu lorong-lorong di antara bangunan.


Street of lover. ala-ala Namsam Tower lak. hihi.. kalau ikut panduan yang diorang letak kat situ. stepnya, kuncikan mangga kat situ dan wish hajat yang nak. saya tak buat pun sebab benda ini bercanggah dengan amalan saya. tapi tak salah untuk mengetahuikan.. 


dah banyak contengan. urmmm



tengok. ada kedai siap jual lagi mangga. tapi just mangga biasa je. takde yang design dan kale yang lawa-lawa macam kat Namsam Tower tu. alahaii.. kalau demand sangat, pergi beli sendiri. erkk


tak banyak pon mangga dah ada. lepas dah siap letak mangga kat sini, pastu throw kunci mangga kat dalam perigi lorong satu lagi. tapi entah kenapa tak jumpa telaga tu. kalau tak silap, telaga itu telaga tertua kat kampung cina ni. nak juga tengok rupa telaga tu. tapi, apatah daya, tak ada rezeki namanya.



antara mural yang sempat di-snap. haha.. macam banyak mural je bunyinya.




kat lorong kain batik ni memang best bergambar sebab ada banyak dinding yang lawa lagi warna warni. perempuan dan gambar berpisah tiada..  :)


dinding batu bata yang warna warni 


rumah zaman dulu..


yeah.. payung banyakkk..


wahhhh.. 


kat lorong payung ini juga ada replika gambar orang besar Kampung Cina ni sejak dahulu. 


pondok telefon lama. takleh masuk sebab pondok tu dikunci. maybe takut ada orang rosakkan apa-apa sebab kat dalam tu ada telefon lama.


beberapa koleksi papan tanda lama. tengok ada satu papan tanda institut memandu "sekolah derebar"


ermm tu je kot catatan untuk hari tu. TAMAT.


No comments:

Post a Comment