Tuesday 29 November 2016

Muzium Diraja

20 November 2016, ahad lepas, pergi tengok rumah untuk disewa, selepas tu kami dibawa ke Muzium Diraja. yeahh.. dapar gi jenjalan sambil timba pengetahuan baru. sebenarnya, sebelum dijadikan muzium diraja, tempat ini adalahistana negara lama ynag merupakan tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan Raja Permaisuri Agung. Bila istana baru yang siap, istana ini dijadikan sebagai muzium diraja dan mula dibuka kepada orang ramai bermula Februari 2013 sehingga kini.

untuk tahu dengan lebih lanjut, boleh ke laman web ini ataupun boleh visit ke muzium diraja.

nak masuk, kena bayar tiket dulu ya

nak masuk, kena ikut etika tau. maafnya, gambar senget

besar tu ha tulis "Muzium Diraja"

pintu pagar pun dah gah. memang tutup tapi anda boleh masuk ikut pintu kecil belah kanan.

beli tiket kat sini ya.

laluan nak ke istana. kiri kan pokok. cantik,
pusing kanan, nampak pandang. hijauuu

yeah, nak nak sampai ke istana

ni baru sebahagian

ni yang bahagian kiri

ni bahagian tengah. pintu masuk utama

pintu bukan utama. hehe. okay. dah habis.

 tapi sayang, tak pergi pun balairong seri (betul tak eja ni) sebab tak tahu. bila balik dan search internet, baru tahu. T.T









Tuesday 22 November 2016

Pindah rumah.

GIF tiada kena mengena dengan cerita. haha

okay. kami kena pindah rumah sebab kami diarahkan untuk masuk kerja di pejabat damansara.

sebenarnya dapat tahu berita mengejut ni jumaat lepas dan kami cuma ada masa 2 minggu untuk cari rumah sewa baru dan selesai semua urusan seperti deal dengan tuan rumah sewa sekarang, cari pengganti dan sebagainya.

sebenarnya tak dapat lagi rumah. sekarang tengah misi mencari rumah sewa yang sesuai. haritu dah jumpa rumah, tapi terpaksa tolak sebab rasa rumah tu tak selamat sebab ada tingkap yang tercabut walaupun ada grill, tetap tak selamat sebab rumah lain still boleh nampak dalam rumah. lagipun, laluan masuk ke rumah tu agak seram, sunyi yang terlindung. kalau mak tahu, mesti mak cakap "NO". hati seorang mak, memang selalu risaukan anak dia. anaknya pun risau juga ni.

berharap agak dapat rumah/bilik sewa yang sesuai. amin.


Thursday 17 November 2016

scary week

okey. minggu ini sedikit scary.
selasa lepas ke damansara sebab Dr nak jumpa student intern. 4 orang sejuk tangan. nervous tak terkiralaa..

esok ada meeting lagi.. alamakkkk

Friday 11 November 2016

Career Fair dan Demam

okay, nak cerita kisah kami ke putraya.

5 November 2016

dalam pukul 7.55 pagi, kami naik uber ke putrajaya. hujan renyai-renyai. sampai di The Everly Hotel, terserempak dengan kawan kat lobi, lepas pendaftaran, breakfast dulu sebelum masuk dewan. bermula sesi menyelajah ke setiap booth, kutip name card, brocher and drop a resume. ramai jugalah budak kelas datang sini. rasa macam mini reunion plak.

pintu masuk dewan dan meja pendaftaran.

di dinding The Everly Hotel. laluan pejalan kaki ke Alamanda
tengah hari, pergi food court Alamanda. saya makan nasi dengan ayam madu bakar. dalam RM13 camtu. mahal. biasalah, selalu makan kat Kafe Tekun je. nasi + ayam + sayur dalam portion banyak bleh dapat dalam RM 5.

lepas siap makan dan solat, masuk lagi untuk sesi lucky draw. paling sikit RM 50 , paling banyak RM200. saya tak bertuah. kawan saya bertuah dapat seratus. budak kelas lain pun ramai juga yang bertuah.

sepatutnya, kami tak termasuk dalam shortlist untuk interview, jadi memang legalah rasa tak payah interview. tapi,belah petang ada kat satu booth ni, ada tanya2 dan nak drop resume. dan tiba-tiba, disuruh interview. alahai, on the spot. sapa tak terkejut.

esoknya demam.. haha, bukan sebab interviewlah, mungkin sebab terkena hujan masa nak balik tu kot.

#HB

ehem..

today is my birthday. macam biasa, tahun ini pun tak banyak dapat wish. hanya dapat dari family dan kawan-kawan rapat yang ingat je. birthday kat fb memang hide dari dulu. tujuannya nak tahu siapa yang betul-betul ingat. tarikh lahir saya memang senang nak ingat, kalu tak ingat tu.. tak tahu lah. ermmm

sebenarnya tak kisah pun tak ingat kalau yang berapa kenal, tapi kalu yang rapat tak ingat juga, sedih juga lah sikit. haha
got birthday wish from google. thanks!


and my sis send me this. nice try.

Friday 4 November 2016

Esok Ada Interview!

okay, esok saya and the geng akan ke The Everly Hotel, Putrajaya

amboi, buat apa gi hotel tu. haha.. sebenarnya ada Career Fair anjuran 3P (Prestariang). Selain Career Fair, akan ada diadakan interview untuk company yang join career fair ini. Carrer Fair ini hanyalah untuk mana pelajar yang ada join program dibawah Prestariang. Haritu, kami ada join program 2 minggu under Prestariang iaitu Salesforce. 

bila pergi ke Career Fair yang ada interview, haruslah sediakan resume dan lain-lain yang berkaitan. datang kenalah bersedia okay. gigih jugalah update resume. buat lawa-lawa, susun kemas-kemas. walaupun dan edit banyak dari asal, still tak berpuas hati sangat dengan resume yang guna basic layout auto generate dari portal. 

so, cari tempate infografik untuk resume dan download. lepastu edit gune photoshop. hasilnya, kebaboom.! terima kepada yang share template itu dan bagi free. saya hargai jasa anda. hasil guna template tersebut, tiba-tiba confident level naik sikit. nanti bila tiba esok hari, mesti turun balik. haha.

tadaaa
harap dapat buat yang terbaik untuk esok. insyaallah


Tuesday 1 November 2016

Hi, November!

lokasi, rumah sewa sem 5
pejam celik pejam celik, dah masuk bulan November. 2 bulan sudah berlalu dan masih berbaki 4 bulan internship.

#semogadapathabiskandengancemerlang