Monday 28 September 2015

Stranger

[link]

Will you listen to me? To my little stories?
Who I met today and what happened today?

It’s very easy, Just listening to me is enough
It’s very easy, All you have to do is take my side

What’s so hard about that? Why are you so serious all the time?
What’s so annoying about that? You never listen till the end
Did anyone ask you to solve everything? It’s not like that
Just close your mouth and listen, listen to me. that’s it
When I’m having a hard time, where are you?

You say this quite easily but guys are different
The moment they listen, they worry and they feel like they should do something

Don’t make excuses, You listen to others so well
Don’t make excuses, You’re only coldhearted to me

We’re the closest to each other but you’re no better than a stranger
Put yourself in my shoes. why can’t you think about how I feel?

You can’t at least do that, you jerk? Are my expectations too big?
You can’t at least do that, you bad person? You should at least pretend to care
Try caring as half as much you do others. I wouldn’t say anything
You’re so heartless. I hate you, I hate you
When I have no where else to lean but you

Sushi / Kimbap

Apa beza sushi dengan kimbap?
Sushi dalam bahasa jepun dan kimbap tu dalam bahasa korea. Sushi ada banyak jenis dan kimbap satu jenis je iaitu yang digulung dalam rumpai laut. Kalu sushi ada guna tuna mentah, nasi dan inti gulung dalam rumpai laut dan sebagainya.

Yang saya buat ni adalah yang nasi bersama inti digulung dengan rumpai laut. Sebenarnya tak adalah susah sangat buat sushi jenis ini. Kalau tak ada bahan yang susah sikit kot.

Jom tengok apa yang kita perlukan untuk buat sushi. Antara...

Tikar buluh
Pisau tajam. (Taknak yang tumpul)


BAHAN-BAHAN
1. Beras short grain.
2. Rumpai laut keping
3. Sosej - dipotang 4 memanjang
4. Isi ketam - dipotong memanjang
5. Telur dadar - dipotong memanjang
6. Minyak bijan
Atau apa apa lagi bahan lain seperti timun, ikan tuna dengan mayonis dan sebagainya.







CARANYA
1. Masak nasi 1 cawan. Kalau nak buat banyak lebihkan. Kalau 1 cawan boleh dapat 4-5 batang.
2. Sediakan bahan untuk isi dengan potong memanjang.
3. Letak rumpai laut atas tikar buluh. Letak nasi dan ratakan. *Tengok gambar
4. Letak bahan2 untuk isi dan susun kemas.
5. Gulung menggunakan tikar buluh dengan cermat dan kemas.
6. Sapu hujung rumpai laut dengan minyak bijan. Dan juga disekeliling rumpai laut setelah siap digulung.
7. Potong dengan cermat. Pastikan pisau bersih dan tajam untuk elakkan nasi terburai dan tidak lawa sebab rumpai laut sedikit kenyal.

Siap dan boleh dimakan. Yum yum

Monday 21 September 2015

Tak mengantuk

Pukul 7 malam tadi minum air nescafe sejuk yg dalam tin. Fuhhh.. effect dia sampai sekarang tak rasa mengantuk. Masih segar bugar.

Semua housemate dah tidur. Roomates pun same. Hanya saya je yang duk kelip kelip lagi haa..

Sekala, pukul 9-10 dah rasa mengantuk. Ni, tak mengantuk. Disebabkan saya memang jarang minum air ber-kafein.. kalau sekali minum, memang tersangat efektif kot. Haha..

Sekarang pukul 12.57AM. Okay. BYE.

Thursday 17 September 2015

Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan

Eh..betul tak peribahasa ni. Rasanya macam dah betul. Kan.

Alkisahnya tadi. Bercadang nak pergi supermarket terdekat. Kiranya kalau pergi dengan kenderaan kira ambil masa lebih kurang 15-20 minit la. Kalu jalan kaki mungkin 2-3 jam kot. Haha.

Pergi dengan pakcik van yang sememangnya dah selalu kami pergi mana mana dengan pakcik ni. Tapi, tadi bukan kami je, ada lagi yang lain.

Jadi.. kami pun round 2 daerah tadi. Pening rase duk dalam van lelama. Perjalanan sepatutnya 15-20 minit jadi 1 jam setengah.

Yang positifnya, dapat tahu satu jalan baru. Sebelum ni terfikir juga jalan tu jalan kemana. Akhirnya misteri terbongkar.

:p

Wednesday 16 September 2015

Tak faham

Erm.. tak faham saya dengan orang yang suka tengok movie dengan sound yang agak kuat ibarat bergema satu rumah. Kalau nak dengar dengan sound kuat, sila ke pawagam.

Kalau boleh.. sound tu cukuplah setakat kedengaran antara laptop dengan tuan yang menonton sahaja. Janganlah sehingga mengganggu orang lain yang tak tengok movie tu. Lain lah kalau semua duk pakat tengok movie tu. Boleh lah nak kuat kuat soundnya.

Ye dok?

Pssstt.. lain orang, lain caranya.

Tuesday 15 September 2015

Minggu Pertama Sem Lima


ermm..

kebiasaannya, kalau minggu pertama, takde lah rasa stress. boleh nak relax dan rasa tenang lagi. sebab minggu pertama biasanya cuma masuk kelas untuk dengar introduction subjek dan juga info-info penting macam apa yang akan dibuat sepanjang semester. contoh macam, individual assignment, group project, test, quiz etc. kiranya macam briefing dulu laa.

tetapi

kali ini, sebelum masuk kelas dah rasa stess, gelisah, takut. ini semua gara-gara nak daftar kursus elektif. kena daftar manual sebab ada masalah sistem untuk kursus elektif. kalau nak daftar manual, kena minta signature lecturer yang mengajar subjek itu. dan mase nak jumpa minta sign tu, kami yang berjumpa ini kononnya kena 'attack' dengan lecturer tersebut.

lepas tu, asyik berlegar je difikiran "betul ke pilihan yang aku buat ni"
walaupun dan 2-3 kali masuk kelas dia, tetap rasa macam tu.

ini kursus elektif tapi 'feel' nya macam kursus teras yang kritikal. macam mana tu?

"betul ke pilihan yang aku buat ini?"

"harap ini yang terbaik untuk aku. Aamiin~."

Wednesday 9 September 2015

:(

Sedih bila kita masak sesuatu dan offer kat orang.. tapi tak berusik pun. Tak sudi ke makan apa yang kita buat?
:(

Mee Bandung

Saya memang lebih suka makanan yang berkuah dan yang berasaskan mee macam mee sup, lontong, kuey teow goreng. Kalau makanan berkuah dan juga berasas mee lagilah sukaaaaa.. contohnya Mee Bandung.

Kenapa Mee Bandung?
Sebab mee bandung best dan kena selera tekak. Yang versi akak kafe punya lah.yang versi lain tak pasti pula. nak kena makan dulu baru tahu kena selera ke tak. Kan.

Alkisahnya kelmarin pergi order makanan kat asrama dalam. Orderlah mee bandung. Pastu akak tu cakap "mee bandung sokmo lah dia ni" saya tu. Apa lagi.. ber hu hu hu lah.. tersengih sengih je.

Akak tu ingat ye yang saya selalu order masa sem 1 dan 2 dulu. Sekarang dah sem 5 haaa..

Thursday 3 September 2015

Popia Nestum

4.5.2015 dah nak masuk belajar. jadi, kita buatlah kerepek popia nestum untuk buat mengunyah masa kat rumah sewa nanti. buat popia nestum ni senang je sebenarnya, cuma ia perluakan sedikit kesabaran untuk mengulung kulit popia tu. hakhakhak.


Bahan2:

  • 40-50 Kulit Popia
  • 1 cawan nestum
  • 1 cawan horlick
  • 1/2 cawan gula


Cara:

  1. gulung kulit popia satu persatu dengan mengguna chopstik
  2. gunting kulit popia yang siap digulung secara menyerong
  3. goreng dalam minyak panas sehingga sedikit keperangan dan garing. jangan terlalu perang. Toskan dan ketepikan.
  4. belender nestum, horlick dan gula sehingga halus dan sebati.
  5. bila popia dah sejuk, masukkan campuran nestum horlick dan sekatakan. (pastikan betul betul sejuk untuk elakkan campuran berketul2 dan tak sekata.)


kulit popia yang siap digulung mengguna chopstick

dipotong menyerop sepanjang 1-2 cm. ikut kesesuaian 

goreng sehingga sedikir keperangan dan ranggup.

blenderkan nestum + horlick + gula

bila popia dah sejuk baru campurkan dengan campuran nestum holick


nyum-nyum  *mengunyah popia nestum

Tuesday 1 September 2015

KFC


pagi tadi keluar sebab nak beli sarung kaki. tiba-tiba terasa macam nak makan kfc. jadi, alang-alang keluar, singgah le di kfc. nasib tak ramai orang sangat masa tu, sekejap jelah beratur.

biasanya, kalau pergi kfc, ada satu je yang sememangnya macam wajib diorder.. iaitu jeng jeng jeng.. snack plate