Monday 13 March 2017

Bubur Nasi with Cendawan

ini first saya buat bubur nasi yang ada isi. maksudnya, bukan hanya nasi semata-mata. kali pertama buat.. alhamdulillah, menjadi bubur nasi dan boleh makan. Yeah!


Bahannya
  • nasi/ beras - 1 cup atau lebih. bergantung nak masak untuk berapa orang
  • air secukupnya
  • carrot - dipotong dadu kecil2
  • sosej ayam/ isi ayam - dipotong dadu kecil2
  • cendawan - dipotong 
  • garam secukupnya
  • sedikit kiub ayam *optional

Caranya
  • masak beras. lebihkan air. tambah air jika perlu. kalau guna beras, memang ambil masa sikit untuk masak. disebabkan saya nak cepat (laparrr), guna nasi yang dah masak. bila nasi dah sebati dengan air(chewah) dan lembut, blend kan nasi untuk hasil yang halus. kalau suka bubur nasi yang ada rupa nasi berbutir, tak perlu blend.
nasi yang sedang mengelegakkk
saya yang macam ini tapi jenama lain lah.
  guna yang ni senang, just letak dalam periuk dan blendkan 

  • sementara tunggu nasi lembut, meh la kita sediakan bahan-bahan lain. potong carrot, sosej/ayam, cendawan (dan mana bahan lain yang berkenan) mengikut saiz yang berseuaian. selepas tu basuh bersih.
  • masukkan bahan kat atas ke dalam nasi. masukkan garam, kiub ayam secukup rasa.
antara bahannya..

  • okay, selepas semua bahan dah sebati (dah berkawan baik sesama bahan. huhu) bolehlah dihidangkan.

tadaa.. dah siap dah

dah boleh suap masuk dalam mulut dan turun ke perut.

Thursday 9 March 2017

Sushi / Kimbap *new update resepi with picture

okay.. kali ini saya nak share resepi sushi/kimbap yang senang beserta tips. sebelum ni dah pernah share kat sini masa mula-mula buat. tapi, kali ini nak share yang up to date dari sebelum ini. rupa pun nampak lagi kemas daripada sebelum ini yang entah macam apa.. hahaha

saya guna resepi ni untuk saya sorang makan. nyelah, masa ni sorang je kat rumah. sayamasak 1 cawan beras dan dapat dalam 3 roll. untuk buat banyak boleh gandakan bahan. lebih tak ape asalkan jangan kurang. mana-mana bahan yang lebih boleh makan camtu je.

bahan-bahannya

  • 1 cawan beras (beras utk sushi)
  • 2 batang isi ketam
  • 1 batang sosej ayam
  • sedikit timun jepun - dipotong memanjang
  • sedikit carrot - dipotong memanjang
  • sedikit minyak bijan
  • 3 keping seaweed / rumpai laut

caranya

  • Masak beras ikut instruction kat packaging. kalau guna beras biasa, kena lebih kan air. masuk kan sedikit garam supaya nanti tak terlalu tawar.
  • Sediakan bahan lain. pukul telur dan goreng. kemudian potong memanjang.
  • Rebus isi ketam dan sosej. potong carrot dan timun secara memanjang

    sediakan bahan-bahan dulu. nanti senang masa nak buat sebab semua dah tersedia.
  • jom kita mulakan. bentangkan tikar buluh dan alaskan dengan plastik. plastik ini untuk elakkan nasi terlekat pada tikar buluh dan memudahkan kerja. paling penting, tikar buluh sentiasa bersih.
  • letak seaweed dan sapukan dengan minyak bijan. minyak bijan ni dapat melembutkan seaweed ini. lagi-lagi bila guna seaweed yang keras ni, kalau tak nanti masa nak gulung, seaweed akan patah. kan tak menjadi lah sushi pula nya.
alaskan plastik diatas tikar buluh

sapu minyak bijan

  • letak nasi dan ratakan sehingga separuh bahagian sahaja. jangan terlalu tebal atau nipis je. kalau nipis sangat, nanti tak lawalah.
  • kemudian ,boleh lah letakkan isi yang nak diletak seperti isi ketam, sosej, telur, timun jepun dan carrot. susun elok-elok tau.


letak nasi

letak isi dan susun elok tau

  • lepas dah letak isi, boleh la gulung guna tikar buluh tu. mula-mula buat, memang la rasa kekok sikit, tapi percaya, practices make perfect dan lama-lama korang akan rasa, alah senang je rupanya.

tadaa.. dah siap 3 gulung

  • untuk potong senangnya sebenarnya, korang kena guna pisau yang betul-betul tajam. kalau tumpul, kasi asah sulu. kalau lepas potong ada nasi yang terlekat pada pisau, juga lupa lap dulu tau sebelum sambung potong. kalau tak, potongan tak kemas.

dan boleh dipotong.

close up sikit.

  • dah siap potong, boleh susun comel-comel atas pinggan. baru semangat sikit nak makan. 

siap dipotong dan susun elok-elok atas pinggan

close up sikit. get ready untuk masukkan dalam mulut dan turun ke perut.
siapa yang nak cuba buat, selamat mencuba ya.

Monday 6 March 2017

#roadtoconvocation

oh my! tak percaya bahawa enam bulan sudah berlalu sejak september 2016. now, im officially finished my internship. no single post on february. maybe busy with final report etc. haha. kononnya lah.

today, my second day at home. yeah. dah siap kemas barang. keluarkan baju daripada bagasi. barang-barang yang pelbagai dan susun elok-elok di tempat yang sepatut. kemas bilik dengan lebih teratur supaya sedap mata memandang.

dengan ini, bermula permulaan misi mencari kerja. sebenar keliru samada nakkerja dulu ataupun nak sambung master. ermmm... tapi sementara dapat kerja, banyak juga perkara yang ingin dicapai. antaranya..

  • nak tajamkan skill memasak
  • nak belajar menjahit baju kurung (blouse simple dah pernah buat)
  • banyak lagi sebenarnya tapi tiba-tiba tak ingat. haha

tak sabarnya nak konvo!