Sunday 23 July 2017

Chocolate Chip Cookies

Seperti yang dijanji dalam entri-entri yang lepas, maka entri kali ini saya akan share resepi rahsia saya. rahsia la sangat.haha.. dah lama saya guna resepi ini. resepi asal dari internet tapi saya ada ubah sikit resepi ini. dan saya mesti buat cookies ni untuk raya. memang wajib buat setiap tahun. 2 kali raya, ada yang minta resepi dari saya. terharu~~ wuu~ kata mereka cookies ni sedap. itu memang semestinya. hehe

recycle gambar entri lepas. :)
Resepi Biskut Coklat Cip 

Bahan-Bahan:

  • 2 1/2 cawan Tepung Gandum**
  • 1 Tsp Baking Powder**
  • 1 Tsp Soda Bikarbonat**
  • 1 Tsp Serbuk Koko**
  • 250 gram Mentega/ Buttercup
  • 1 1/2 cawan Gula Perang
  • 1 biji Telur
  • 1 Tsp Esen Vanilla
  • 1 1/2 - 2 cawan coklat cip (ikut citarasa)


Cara-cara:

  1. Ayak bahan yang bertanda ** (Tepung, B. Powder, S. Bikarbonat, S. Koko) dan gaul rata. Ketepikan.
  2. (Adunan B)Pukul mentega dan gula perang menggunakan mixer. Kemudian masukkan telur serta esen vanilla. Jangan pukul terlalu lama. 
  3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan B sikit demi sedikit. Kemudian masukkan coklat cip dan gaul rata mengunakan senduk. 
  4. Adunan sudah siap. Simpan dalam peti sejuk seketika. Hanya keluarkan bila nak membakar sahaja.
  5. Sudukan (guna sudu kecil) sedikit doh pada loyang. jarakkan sedikit ruang antara doh. 
  6. Bakar selama 25-30 minit dengan suhu 180 celcius.
Boleh rujuk gambar dibawah.


Tiga yang utama. 1) Adunan Basah 2) Bahan kering yang diayak 3) Coklat cip

Bahan yang diayak dan adunan basah dalam bekas yang berlain 

Ketiga-tiga perkara yang telah digabungkan

Dengan recipe inilah saya buat bisnes part-time kecilan saya. lepas ni nak jual roti sosej/pizza pula. dah test jual minggu lepas.. lepas ni kena konsisten buat setiap minggu. semoga saya rajin nak menguli roti.

Thursday 20 July 2017

My Part-time job

Okay.. Sementara tunggu untuk dapatkan kerja tetap, kita buat part-time business dulu. Dari dulu memang adalah bercita-cita (antara impian kecil kita laa) nak berbusiness walaupun memang zero ilmu perniagaan ni. takpe, belajar sikit-sikit dan kumpul pengalaman. tak mustahil dari zero boleh jadi hero. yang penting kita kena kental dan tak mudah putus asa, ye dok?

Masa kat U dulu pernah jugalah jual something. Jual kerepek sebenarnya. tapi tak bertahan lama pun sebab masa tu tinggal kat asrama luar dimana student tak ramai pun. kiranya tak mendapat sambutan mana la. lagi-lagi tak ada alat yang betul untuk seal plastik kerepek. guna seterika je. haha.. gigih betul. sekarang dah ada. beli kat Lazada. haritu beli je walaupun tak jual kerepek dah sebab manalah tahu ada kegunaaan masa hadapan. tup tap memang berguna pun. lepas tu, ada juga join gerai jualan festival fakulti dengan kawan-kawan. masa tu tinggal kat rumah sewa, jadi boleh masak murtabak maggi kat rumah sewa siap-siap kemudian jual je. laku jugalah murtabak maggi kami tu. sekejap je habis lepas kena serbu oleh junior kesayangan.

Chocolate Chip Cookies. RM 15 / 50 Pieces
Panjang betul intro, padahal tak masuk pun lagi main topic. sebenarnya saya jual Chocolate Chip Cookies atau nama melayunya adalah biskut coklat cip. masa bulan puasa haritu ada jual 2 balang biskut ni kat kawan kakak sebab dia ada makan yang kakak bawak kat hostel sebelum puasa dan dia tanya buat untuk jual tak. tapi ini bukan sebab yang utama tercetusnya business part-time saya ini. jeng jeng..

alkisah bermula pada hari jamuan hari raya di sekolah mak dan mak bawa biskut coklat cip sebagai hidangan sampingan. lepas tu ada dua orang cikgu yang pregnant nak order biskut. jadi bermula lah kisahku sebagai penjual biskut coklat cip. selepas turamai juga cikgu-cikgu yang lain order dan ada juga yang repeat order. rasa ramai yang beli sebab saya jual murah jugalah berbanding yang lain. tapi still ada untung. RM 15 untuk 50 biji biskut dan saya ada letak lebih juga dalam satu balang tu.

alhamdulillah sebab dapat peluang untuk menjana duit sementara duduk rumah. setakat ni dah terjual sebanyak 53 balang dah. tak sangka dapat jual sebanyak ni. tak sangka juga saya dah baking lebih kurang 3000 biji biskut. sebenarnya baru je kira. sungguh membanggakan (cakap kat diri sendiri). untuk ahad ni, ada lagi yang order.

14 balang dalam satu hari. Baking dari pagi sampai malam.
saya harap business kecilan saya ini sentiasa dimurahkan rezeki. amin. dan dalam masa terdekat, saya akan cuba kongsikan resepi yang saya guna. dah lama resepi ini biskut coklat cip ini yang sememang akan saya buat setiap kali raya. (dah 5 tahun lebih kot)

Sunday 2 July 2017

My Kuih Semperit

Untuk raya tahun ini, cabar diri sendiri untuk buat kuih semperit. ini pun last minute plan. ingatkan buat kuih semperit ini senang, rupanya susah juga ya. perit jugak nak buat semperit ni susahlah kot untuk kali pertama buat. yelah takde pengalaman lagi membuat kuih semperit.

ingatkan kat rumah ada acuan semperit rupanya yang ada cuma muncung yang untuk piping tu. yg bentuk kon tu. mati-mati ingat acuan untuk bentukkan bunga besar sebab kon tu besar daripada yang lain. bila diletakkan adunan dan ditekan, sekali keluar kecil je. haha.. disaster. macam mana nak buat semperit ni. dah lah adunan sudah buat. adunan bukan main sedap. kalau tak teruskan buat semperit, membazir pula adunan semperit yang sedap ni.

bila ada masalah, kita kena kreatif untuk cari jalan penyelesaian. guna aje acuan yang ada cuba pipe kan memanjang dan gabung tiga. jadilah macam semperit. perit juga lah nak menekan adunan dengan tangan sebab takde acuan semperit yang betul. berharga sungguh pengalaman ini. walaubagaimana pun, hasil kuih semperit memang sedap. sangat berpuas hati dengan resepi ini. ada ubah sikit resepi ikut kesuaian bahan. kat bawah nanti saya akan sharekan repesi yang telah diubah.

tadaa.. ada lah rupa sikt walaupun tak berapa lawa sangat
bersolek lah sikit bagi lagi lawa. berterabur chocolate rice.

Bahan-Bahannya


  • 375 Buttercup (1 1/2 blok)
  • 1 1/2 cawan Gula Aising
  • 2 Biji Kuning Telur
  • 1 Tsp Esen Vanilla
  • Sedikit Pewarna kuning (Saya tak letak)
  • 2 cawan Tepung Gandum*
  • 1 cawan Tepung Kastard*              *diayak dan kacau sebati
  • 2 cawan Tepung Jagung*
  • Chocolate rice / Colorful 

Cara-Caranya
  1. Masukkan butter kedalam mixer
  2. Masukkan gula aising
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla
  4. Masukkan semua tepung yang diayak sedikit demi sedikit
  5. Bentukkan semperit menggunakan acuan semperit dan taburkan chocolate rice
  6. Bakar pada suhu 180 Celcius selama 20 minit. Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu

Nota:

Setiap oven tak sama, so korang bolehlah sesuaikan dengan oven masing-masing ye.
Oven kat rumah dah lama. jadi suhu tak kuat sangat. saya bakar pada suhu 200 C. dan biasanya yang bahagian atas cepat masak, jadi kat pada minit ke 11 saya tukarkan loyang kat atas turun kebawah dan sebaliknya supaya kuih masak sama rata. Maklumlah, usia oven lebih dari 15 tahun. selagi tak rosak, kita guna.