Sunday 31 January 2016

jogging


kasut ni beli kat al ikhsan. ada promosi dan kakak yang belanja. yahuu

hari seminggu sebelum masuk belajar, kawan ajak gi jogging. okaylah sebab lama dah tak jogging. masa awal-awal duduk rumah sewa je jogging lepas tu dah tak langsung. kiranya, kasut ni aku belum pakai sampai 10 kali lagi lah. haha

Saturday 30 January 2016

Book Review : Books by FDAUS AHMAD

siapa FDAUS AHMAD? ni kena baca buku beliau baru tahu siapa beliau.

 kiri: dah habis baceee...  :D    |     kanan: belum habis lagi. busy sangat kot. haha
buku yang saya beli adalah:
  1. Dari Tanjung Malim ke KLCC
  2. Dari KLCC ke Tanjung Malim

boleh disimpulkan coretan beliau sangatlah santai dan kisah-kisah yang diceritakan memang best dan korang takkan rasa boring. berkisar tentang kisah-kisah hidup yang dilalui oleh penulis sepanjang bekerja di KLCC dan berulang alik dari Tanjung Malim.

apa yang aku suka ialah cara beliau letakkan nama gelaran untuk isteri dia iaitu Cikgu Kuala Kubu. dan banyak lagi nama gelaran lain untuk yang lain. yang menarik juga, penulis selalu juga bercerita tentang kisah anaknya yang bernama Fateem. Kalu berdasar pembacaan dari buku,  Fateem ni nampak kelakar lah. ha ha.

tak seronoklah kalau cerita semua kat sini kan. kasi spoil je kan. kena baca sendiri baru best!

Thursday 28 January 2016

Water Color Palette


siapa yang nak bagi hadiah, sila bagi water color palette dan crayon. haha




Monday 11 January 2016

2016


dah masuk tahun 2016. sekejap je masa berlalu. sekarang dah 11 january. sejak balik rumah langsung tak sentuh blog. cuma coretkan dalam buku je sebab buku lagi special kot. mungkin buku boleh conteng lukis apa sume. lagi best. :p. apepon, blog still tetap dihati juga..

ada banyak perkara juga la yang berlaku dalam masa 10 hari pertama tahun baru ni. antarnya, daftar adik masuk sekolah berasrama.

harapan untuk tahun ini, semoga tahun ini dan akan datang dapat dilalui dengan baik yang jayanya. inshaAllah~