Wednesday 24 December 2014

Study Week




hari ini rabu. pagi tadi selesai presentation untuk projek sem ini. kami bertiga buat 'Kid Care Center Registration System'.

kalau dari pandangan saya, memang saya berpuas hati dengan sistem yang kami buat ni. walaupun tak pernah lagi belajar php, saya berjaya cabar diri saya untuk belajar php dan buat web based system. walaupun interface tak sehebat orang yang dah pernah belajar, saya tetap puas hati sebab berjaya buat system ini berfungsi walaupun interface biasa sahaja.

at least apa yang saya dah buat lagi okay daripada sesetengah group lain yang ada tak semua system functional-nya berfungsi dan juga interface system kami lagi ok dari sesetengah group lain :D heehee.. group lain jangan marah. saya tak tuju ke semua group tapi saya cakap 'sesetengah'. jadi, siapa makan cili dia terasa pedasnya.

okay. bila dah selesai present, terasa separuh beban terlepas dari bahu. tapi, dah boleh start study untuk final dengan tenang tanpa fikir pasal system lagi.

all the best for this final exam:)