Tuesday 26 April 2016

10.04.2016 & 17.04.2016


Sate Jabi
17.04.2016 - Pergi ke Lata Belatan untuk celebrate birthday kawan. alang-alang tu dapat hilangkan stress dengan mandi manda. lama jugalah berendam dalam air haritu. kali ini kaki tak cramp sebab masa kali pertama haritu 2 kali gak kaki cramp. tapi kali ini air macam surut sikit sebab kat bahagian dalam tu kalu sebelum ni sampai parasa leher tapi kali ini paras dada je. mungkin sebb cuaca yang panas kot sejak akhir-akhir ini. cuaca mungkin  panas tapi kali ini air sejuk sangat. lagi sejuk daripada haritu. balik tu singgah beli sate jabi, kawan sorang lagi yang belanja. malam tu baru makan kat pondok tepi asrama. best la sate ni. boleh bagi 7/10

Proletar Dua Menara.



Tajuk : Proletar Dua Menara
Penulis : Fdaus Ahmad

Kalau tak silap, "Proletar Dua Menara" adalah buku ketiga selepas "Dari Tanjung Malim ke KLCC" dan "Dari KLCC ke Tanjung Malim". Dari pembacaan, cara penulisan buku ini agak serius dari buku sebelum ini. tapi ada juga part yang santai. kalau buku sebelum ini, banyak cerita pasal Fateem, tapi kali ini ada cerita pasal Faseeh juga. sebenarnya, antara tujuan utama beli buku beliau ni sebab nak baca kisah si Fateem dan Faseeh ni sebab rasa diorang mencuit hati, hehe.

Friday 15 April 2016

Terima Kasih, Mak!

orang yang paling saya berterima kasih adalah mak saya.

mak memang supprt saya terutama dari segi kewangan. sebenarnya, saya tak apply PTPTN sebabnya mak memang tak bagi apply. Sebab mak mampu nak support walaupun mak kerja cikgu je. walaupun cikgu, saya bangga dengan mak saya sebab mampu besarkan anak dengan duit sendiri. saya dapat rasa kasih sayang emak saya. mak tak nak saya berhutang bila dah habis belajar nanti. tak nak saya susah nak bayar hutang. kasih sayang mak memang tak berbelah bahagi untuk anak. mak memang nak yang terbaik untuk anak. sebab tu saya memang nak belajar dengan bersungguh-sungguh. nak buat mak ayah bangga dan tak kecewakan diorang.

janji saya, bila saya dapat first gaji, saya nak belanja family makan dan nak bayar balik apa yang mak saya dah korbankan untuk saya. banyak tak terkira. biasanya, saya ada catat setiap duit yang mak dan juga ayah bagi samada untuk yuran dan duit makan tapi ada juga yang tercatat. sekarang saya dah sem yang ke enam. untuk enam sem, total yuran pengajian, yuran lain-lain, yuran asrama, duit rumah sewa lebih kurang RM 10 000 (RM 10k). dan ini tak termasuk duit belanja/makan lagi. biasanya, saya akan belanja lebih kurang RM 250-300 sebulan kot. satu lebih kurang 4 bulan. jadi satu sem lebih kurang RM 900-1000 kot. enam sem lebihkurang RM 6000, ini anggaran kasar la sebab tak catat dengan detail sangat yang ni.

jadi, anggaran semua perbelanjaan sepanjang 6 sem lebihkurang RM 16000. jumlah yang agak besar. tujuan saya tulis semua ini adalah agar saya sentiasa ingat pengorbanan mak ayah supaya saya dapat sambung belajar. yang kat atas ni hanya untuk kos saya sambung belajar ijazah sarjana muda. belum termasuk perbelanjaan dari kecil, zaman sekolah, akuan TH dan lain lain lagi. jadi, hormatlah mak ayah sebab pengorbanan mereka tidak ternilai. saya sayang mak ayah. :)

Friday 8 April 2016

BookReview: Pelukis Jalanan by teme

"Jika terlihat kecantikan, ingatlah penciptanya." - teme

seperti yang pernah cakap di post sebelum ni, dah lama follow IG @itsteme. haritu, teme ada cakap nak publish buku dan suruh followers mengundi untuk cover buku. ada 3 design kalau tak silap. dan penulis gabungkan 2 design kedalam satu dan terhasilkan macam cover buku diatas. memang tertunggu-tunggu untuk buku ni dan akhirnya dapat juga.

okay. nak cakap yang dah habis baca jadi boleh lah tulis review. masa baca buku ini, terasa sekejap je masa berlalu. sedar tak sedar dah sampai helaian terakhir. berbaloi beli. rasa macam tak cukup ke kisah dalam buku ni. rasa nak baca lagi je. 

Tajuk: Pelukis Jalanan
Harga: RM 25 (sm), RM 28 (ss)
Penulis: Teme Abdullah
IG: @itsteme

kisah dalam buku ini memang berkisarkan tentang pengalaman si penulis. rasa terharu dan bangga dengan penulis. antara kisah yang amat menyentuh adalah kisah dimana penulis kena sabotaj oleh groupmate. uhh.. geram je kat orange masa baca buku tu. kejam betul si orange ni. Kalau jadi kan aku, mahu menangis 2 malam ni. mujurlah groupmate aku semua baik-baik. alhamdulillah. selain itu, kisah ayam goreng pun sedih jugak. buat aku tersentuh. You will get the more than what you give. jadi jangan terlalu kedekut. belajar untuk menolong orang lain. inshaAllah, akan dapat balasan yang baik. 

buku banyak kisah pengajaran yang penuh tauladan. apapun rasa sangat kagum dengan semangat penulis yang tak berputus asa sehingga dapat survive belajar kat uk dengan duit sendiri dan berjaya, :) boleh bagi 10/10 untuk buku ini dan juga penulis (teme).

harap penulis cepat-cepat publish buku yang seterusnya. inshaAllah saya pasti akan membelinya. 

Thursday 7 April 2016

borong buku


okay, Baucer Buku 1 Malaysia dah dapat. excited pagi-pagi sebelum kelas terpajak kat pejabat fakulti. disebabkan sampai awal (takdelah awal sangat sebenarnya, dalam pukul 9 lebih macam tu la), tak perlu beratur pajang, cuma ada lebihkurang 3 orang camtu kat depan. tapi bila pandang kebelakang, barisan semakin pajang. dalam hati 'mujurlah awal 1 saat.' haha.. takleh nak bayang kalau terlambat dan terpaksa beratur panjang. rasa mungkin terpaksa mengalah sebab sebenarnya lepas tu ada midterm bukan nya kuliah biasa.

nak dijadikan cerita, petang semalam pergi hantar kawan naik bas sebab dia nak balik kampung. jadi, alang-alang tu ramai pulak yang mengikut sebab boleh pergi kedai buku untuk guna baucer buku. sambil menyelam minum air.

dapat baucer buku 5 keping yang bernilai RM 250. setakat ni dah guna 3 keping. lebih kurang RM 150. dengan 3 keping baucer, dapat 7 buah buku. first, ingat naik guna RM 100 je, tapi, tergoda dengan kawan-kawan dan semuanya guna sampai RM 150. apatah lagi, terus grab 2 buku lagi dan cukup RM 150. Bila gune RM150, dapat baucer RM 15 dari kedai. terus tebus baucer kat situ juga. beli sampul surat, A4 Paper dan pen. lagu RM 100 tak tahu nak beli apa. mungkin spend bila kat rumah nanti. sekali belanja adik adik. alahai.. terasa macam rindu kat rumah pulak bila disebut.


inilah bukunya, 7 buah semuanya.

sebenarnya, ambil buku ni sebab nak genapkan nilai baucer. haha

Dah ada buku terdahulu oleh Fdaus Ahmad. 
1. Dari Tanjung Malim ke KLCC
2. Dari KLCC ke Tanjung Malim
terjumpa buku baru, apalagi, terus ambil.
 
Yang ni nyaris nak beli. dah masuk dalam CART di Bookcafe.com.my tapi terpaksa dikeluarkan dari cart sebab terlalu banyak beli buku. masa tu bajet RM 100 je. jadi terpaksa korbankan beberapa buah buku. dan buku ini antara salah satu.

koleksi cerpen. dah lama tak membaca cerpen. jadi, tak salah rasa kalau beli buku koleksi cerpen. membaca cerpen lebi santai dari novel. bagi pendapatan sendirilah. sekarang dah kurang baca dan kumpul novel. 


dah pernah beli buku dari penulis ini, yang korea punya. penulisan buku sangat menarik. memang penuh dengan gambar dan warna-warni. rasa bersemangat lebih je membaca. rasanya, gaya penulisan buku ni masih sama dengan yang korea punya sebab dari cover pun dah boleh agak sebab design cover lebih kurang sama.


si teme ni, dah lama follow IG. haritu, ada cakap nak publish buku dan suruh followers mengundi untuk cover buku. ada 3 design kalau tak silap. dan penulis gabungkan 2 design kedalam satu dan terhasilkan macam cover buku diatas. memang tertunggu-tunggu untuk buku ni dan akhirnya dapat juga.

sebenarnya tak familiar sangat dengan bodak tomato. tapi tahu lah sikit pasal budak tomato sebab dulu pernah ternampak post kawan pasal buku ini. jadi, ada jugalah rasa teingin nak baca buku ini. dan.. cover buku ini sangatlah lawa . simple but awesome! dan really like the idea where writer name on the keyboard.


bilalah nak boleh habis baca semua ni. yang beli haritupun ada 2 3 buah lagi tak habis baca. harap dapat habiskan dalam tahun ni jugak. walaupun tahun ini tahun yang agak sibuk dengan FYP dan juga LI utk bulan september ini.

okaylah.. sekian sahaja coretan untuk harini. harap lebih rajin untul menulis kat sini pada masa hadapan.