Thursday 7 April 2016

borong buku


okay, Baucer Buku 1 Malaysia dah dapat. excited pagi-pagi sebelum kelas terpajak kat pejabat fakulti. disebabkan sampai awal (takdelah awal sangat sebenarnya, dalam pukul 9 lebih macam tu la), tak perlu beratur pajang, cuma ada lebihkurang 3 orang camtu kat depan. tapi bila pandang kebelakang, barisan semakin pajang. dalam hati 'mujurlah awal 1 saat.' haha.. takleh nak bayang kalau terlambat dan terpaksa beratur panjang. rasa mungkin terpaksa mengalah sebab sebenarnya lepas tu ada midterm bukan nya kuliah biasa.

nak dijadikan cerita, petang semalam pergi hantar kawan naik bas sebab dia nak balik kampung. jadi, alang-alang tu ramai pulak yang mengikut sebab boleh pergi kedai buku untuk guna baucer buku. sambil menyelam minum air.

dapat baucer buku 5 keping yang bernilai RM 250. setakat ni dah guna 3 keping. lebih kurang RM 150. dengan 3 keping baucer, dapat 7 buah buku. first, ingat naik guna RM 100 je, tapi, tergoda dengan kawan-kawan dan semuanya guna sampai RM 150. apatah lagi, terus grab 2 buku lagi dan cukup RM 150. Bila gune RM150, dapat baucer RM 15 dari kedai. terus tebus baucer kat situ juga. beli sampul surat, A4 Paper dan pen. lagu RM 100 tak tahu nak beli apa. mungkin spend bila kat rumah nanti. sekali belanja adik adik. alahai.. terasa macam rindu kat rumah pulak bila disebut.


inilah bukunya, 7 buah semuanya.

sebenarnya, ambil buku ni sebab nak genapkan nilai baucer. haha

Dah ada buku terdahulu oleh Fdaus Ahmad. 
1. Dari Tanjung Malim ke KLCC
2. Dari KLCC ke Tanjung Malim
terjumpa buku baru, apalagi, terus ambil.
 
Yang ni nyaris nak beli. dah masuk dalam CART di Bookcafe.com.my tapi terpaksa dikeluarkan dari cart sebab terlalu banyak beli buku. masa tu bajet RM 100 je. jadi terpaksa korbankan beberapa buah buku. dan buku ini antara salah satu.

koleksi cerpen. dah lama tak membaca cerpen. jadi, tak salah rasa kalau beli buku koleksi cerpen. membaca cerpen lebi santai dari novel. bagi pendapatan sendirilah. sekarang dah kurang baca dan kumpul novel. 


dah pernah beli buku dari penulis ini, yang korea punya. penulisan buku sangat menarik. memang penuh dengan gambar dan warna-warni. rasa bersemangat lebih je membaca. rasanya, gaya penulisan buku ni masih sama dengan yang korea punya sebab dari cover pun dah boleh agak sebab design cover lebih kurang sama.


si teme ni, dah lama follow IG. haritu, ada cakap nak publish buku dan suruh followers mengundi untuk cover buku. ada 3 design kalau tak silap. dan penulis gabungkan 2 design kedalam satu dan terhasilkan macam cover buku diatas. memang tertunggu-tunggu untuk buku ni dan akhirnya dapat juga.

sebenarnya tak familiar sangat dengan bodak tomato. tapi tahu lah sikit pasal budak tomato sebab dulu pernah ternampak post kawan pasal buku ini. jadi, ada jugalah rasa teingin nak baca buku ini. dan.. cover buku ini sangatlah lawa . simple but awesome! dan really like the idea where writer name on the keyboard.


bilalah nak boleh habis baca semua ni. yang beli haritupun ada 2 3 buah lagi tak habis baca. harap dapat habiskan dalam tahun ni jugak. walaupun tahun ini tahun yang agak sibuk dengan FYP dan juga LI utk bulan september ini.

okaylah.. sekian sahaja coretan untuk harini. harap lebih rajin untul menulis kat sini pada masa hadapan.



No comments:

Post a Comment