Friday 8 April 2016

BookReview: Pelukis Jalanan by teme

"Jika terlihat kecantikan, ingatlah penciptanya." - teme

seperti yang pernah cakap di post sebelum ni, dah lama follow IG @itsteme. haritu, teme ada cakap nak publish buku dan suruh followers mengundi untuk cover buku. ada 3 design kalau tak silap. dan penulis gabungkan 2 design kedalam satu dan terhasilkan macam cover buku diatas. memang tertunggu-tunggu untuk buku ni dan akhirnya dapat juga.

okay. nak cakap yang dah habis baca jadi boleh lah tulis review. masa baca buku ini, terasa sekejap je masa berlalu. sedar tak sedar dah sampai helaian terakhir. berbaloi beli. rasa macam tak cukup ke kisah dalam buku ni. rasa nak baca lagi je. 

Tajuk: Pelukis Jalanan
Harga: RM 25 (sm), RM 28 (ss)
Penulis: Teme Abdullah
IG: @itsteme

kisah dalam buku ini memang berkisarkan tentang pengalaman si penulis. rasa terharu dan bangga dengan penulis. antara kisah yang amat menyentuh adalah kisah dimana penulis kena sabotaj oleh groupmate. uhh.. geram je kat orange masa baca buku tu. kejam betul si orange ni. Kalau jadi kan aku, mahu menangis 2 malam ni. mujurlah groupmate aku semua baik-baik. alhamdulillah. selain itu, kisah ayam goreng pun sedih jugak. buat aku tersentuh. You will get the more than what you give. jadi jangan terlalu kedekut. belajar untuk menolong orang lain. inshaAllah, akan dapat balasan yang baik. 

buku banyak kisah pengajaran yang penuh tauladan. apapun rasa sangat kagum dengan semangat penulis yang tak berputus asa sehingga dapat survive belajar kat uk dengan duit sendiri dan berjaya, :) boleh bagi 10/10 untuk buku ini dan juga penulis (teme).

harap penulis cepat-cepat publish buku yang seterusnya. inshaAllah saya pasti akan membelinya. 

No comments:

Post a Comment