Tuesday 17 June 2014

karaoke 3 lagu


hari tak tahu nak buat apa. rasa nak habiskan suara. biar suara serak.. hakhak..
bukak 3 lagu kat youtube yang ada lirik pastu nyanyi ulang ulang kali

najwa latiff - hilang
siti nurhaliza - lebih indah
siti nurhaliza - bukan cinta biasa

bukan cinta biasa tu lagu feveret aku dari dulu. tak pernah bosan dengar lagu ini.
kat bawah kau ada letak lirik lagu

bukan cinta biasa

Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

( korus )
Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawabnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan

wishlist cuti 3 bulan




cuti 3 bulan. banyak masa lapang tu. nak kerja, mak ayah tak bagi. katanya duduk rumah.. buat apa yang patut kat rumah. basuh baju.. lipat baju, kemas rumah.. disebabkan nak jadi anak yang solehah, kenalah patut apa yang mak ayah cakap kan.. keke..

dalam perancangan aku, cuti 3 bulan ini akan nak guna dengan buat aktiviti yang berfaedah. selain buat aktiviti wajib aku.. aku akan  buat juga aktitivi sampingan. antaranya..

1. casing telefon untuk 5 orang. untuk kawan-kawan aku sebenarnya. aku dah buat dah satu dulu kat diri sendiri. jadi tibalah masa untuk orang lain pulak kan. aku buat casing tu guna kain felt.

2. jubah. sebelum ini pernah jahit blouse. untuk misi aku mejahit jubah ini, sebenarya aku dah siap beli kain. kain coraknya berkaki tu.. corak tu memang aku berkenan sangat. lawa bagi mata aku. tapi malangnya, kain itu tak cukup untuk aku. aku lupa yang aku tak boleh beli yang yang berpasang tu sebab kain pasang cuma 4 meter. tak juga besar untuk badan aku, maklum lah aku ni berisi sikit. 4.5 meter baru boleh. tapi sebenarnya kalu nak buat jubah boleh je 4 meter. tapi biarlah. mungkin tu bukan rezeki aku. mungkin nak suruh bagi hadiah kat mak aku. jadi, aku bagi kain tu kat mak aku. bagi untuk buat baju raya.  :)

3. siapkan cerpen. aritu aku ada buat cerpen. tapi separuh jalan je.

tetiba rasa malas nak menaip. mungkin mood menulis lari. idea pun kering kot.

kekeke :p

Tuesday 3 June 2014

3 bulan cuti




sekarang baru je habis final exam sem 2. exam start 25 habis 29 jun. 30 jun aku balik rumah. uni akan antara yang terawal exam. aku dah abis exam kawan-kawan u lain baru masuk study. sesetengah tu lambat lagi. hehe.. nikmatnya..

macam mana boleh exam awal ni? sebabnye kitorang masuk awal sem 2 haritu.. orang lain sedang enak bercuti lagi, kitorang dah start belajar awal-awal.. tehee.. jadi kali ini cuti 3 bulan 1 minggu lebih sket.. :p

so, banyak benda sebenarnya yang tengah bermain dalam kepala otak ni apa yang nak dibuat sepanjang cuti 3 bulan ni.. antaranya..


  • update blog sebanyak yang mungkin.. *erkk.. aku cuba sedaya upaya
  • habiskan cerpen "kisah tiada tajuk"   *bila berhenti terasa malas nak sambung
  • jahit craft *casing tepon untuk kawan-kawan
  • jahit jubah, blouse  *feeling excited
  • hangout dengan kawan sekolah *kena plan ke mana mahu pergi.
  • habiskan movie drama vs tertangguh dan senarai menunggu.. *hakhakhak
  • sketching *kena tajamkan lagi skill tu..
  • turunkan berat badan? *urmm.. kalu terdaya buat
  • recall balik programming sem 1 *persediaan sem depan
  • ermm.. banyak lagi kalu ikutkan.. tapi tak larat nak senaraikan semua... peace!!!

tiba rasa mengantuk *tengok jam.. ermm patutlah.. dan sampai waktu yang selalu aku tidur.. gud night!


#ArirangTVevent

haha..

dalam sejarah aku join contest semata mata nak menang Album...
aritu aku ada join contest biasa yang tak perlu ambil gambar tunjuk muka bagai..
just repost picture je dan hashtag. yang tu punya result sepatut umum 30 jun ni tapi ditangguh hingga 31 july. lambat lagi lah maknanya berbanding yang arirang ni..

tapi kali ini aku ada join Arirang TV punya contest. gila lak.. tetiba aku berani nak join..


semata-mata nak join ni aku sanggup buat extra insta account satu lagi. yang sedia ada memang dua, personal dan fandom. bila buat satu lagi yang khas semata-mata contest ni, jumlahnya jadi tiga. hakhakhak

sebenarnya, lama juga aku fikir.. nak join atau tak. last-last aku ambik keputusan untuk join sebab nanti takut aku menyesal. lagipun just ambik gambar. adalah muka aku sikit. nanti kalu tak menang aku delete lah gambar tu. tapi, aku berharap sangat aku ada tuah dan menang album ni. kalu boleh aku nak Season 2 album.. tapi kalu boleh exo pun takpe lah.. asalkan dapat...

harap-harap aku dapat. aminnn~.. tak sabar nak tunggu 11 JUNE 2014 ni.. hihihi~

Sunday 1 June 2014

home sweet home


home sweet home atau bahasa melayu nya.. rumah manis rumah.. hehe

ikut perancangan asal aku nak update blog semalam. semalam aku dah siap tekan new post lagi.. tetapi entah macam mana aku tertidur.. tulah sapa suruh buka laptop atas katil (laptop tu aku dah alas dengan buku kat bawah tu.. jadi udara mengalir dengan lancar ye).

kalu dah memang selalu tidur awal tu memang akan automatik tertidur bila sampai waktunya. biasanya aku akan selalu tidur pukul 11 camtu.. tapikan, biasanya..kalau aku berjaya tak tidur lagi lepas pukul 1.. mesti aku berjaga je sampai pukul 4 camtu.. hehe..

ok.. kembali ke jalan yang benar..

semalam.. 30 Mei aku balik rumah. ayah mak datang ambil sebab kena kosongkan asrama.. jadi barang tu banyak lah sikit berbanding masa balik cuti midsem. masa midsem punya cuti aku cuma beg galas dan beg kecik. kali ini satu kotak buku campur barang lain dan satu kotak lagi untuk printer, satu beg baju, satu beg laptop.. barang lain tinggal kat stor.

pukul 12 lebih camtu parents sampai. aku pergi simpan barang stor lepas tu angkut barang yang nak bawak balik masukkan dalam kereta. pukul 1.00 thari bertolak keluar dari hostel. pergi singgah rumah mak sedara dulu. lagipun ayah nak semayang jumaat. pukul 5 lebih sikit camtu baru bertolak balik.. sampai kat rumah pukul 8 malam. masa akan menulis ni.. sekarang dah pukul 9. kiranya dan 25 jam aku berada kat rumah..

balik rumah hari pertama terus keluar jalan-jalan.. sakit otot tangan tak hilang lagi sebab duk ulang alik bawa barang dari tingkat 4 kebawah... pagi tadi pergi makan roti canai kat kedai ayah kawan. lepas tu terus pergi mesra mall sebab ada pc fair. sekali ngan smartphone jugak.. sekali.. ayah pergi upgrade internet.. adik aku tersengih sengih je sebab dia dah lama usaha pujuk ayah aku untuk upgrade internet. hahaha.. aku pun tumpang gembira juga.. kehkehkeh.. heaven lah aku 3 bulan ni..

:p