Tuesday 17 June 2014

wishlist cuti 3 bulan




cuti 3 bulan. banyak masa lapang tu. nak kerja, mak ayah tak bagi. katanya duduk rumah.. buat apa yang patut kat rumah. basuh baju.. lipat baju, kemas rumah.. disebabkan nak jadi anak yang solehah, kenalah patut apa yang mak ayah cakap kan.. keke..

dalam perancangan aku, cuti 3 bulan ini akan nak guna dengan buat aktiviti yang berfaedah. selain buat aktiviti wajib aku.. aku akan  buat juga aktitivi sampingan. antaranya..

1. casing telefon untuk 5 orang. untuk kawan-kawan aku sebenarnya. aku dah buat dah satu dulu kat diri sendiri. jadi tibalah masa untuk orang lain pulak kan. aku buat casing tu guna kain felt.

2. jubah. sebelum ini pernah jahit blouse. untuk misi aku mejahit jubah ini, sebenarya aku dah siap beli kain. kain coraknya berkaki tu.. corak tu memang aku berkenan sangat. lawa bagi mata aku. tapi malangnya, kain itu tak cukup untuk aku. aku lupa yang aku tak boleh beli yang yang berpasang tu sebab kain pasang cuma 4 meter. tak juga besar untuk badan aku, maklum lah aku ni berisi sikit. 4.5 meter baru boleh. tapi sebenarnya kalu nak buat jubah boleh je 4 meter. tapi biarlah. mungkin tu bukan rezeki aku. mungkin nak suruh bagi hadiah kat mak aku. jadi, aku bagi kain tu kat mak aku. bagi untuk buat baju raya.  :)

3. siapkan cerpen. aritu aku ada buat cerpen. tapi separuh jalan je.

tetiba rasa malas nak menaip. mungkin mood menulis lari. idea pun kering kot.

kekeke :p

No comments:

Post a Comment