Monday 31 March 2014

Banting: Pantai Morib


setahun yang lepas aku belajar kat Matrik Selangor (kms). kms ni terletak kat Banting. dan sekitar Banting ni ada beberapa pantai macam Pantai Morib dan Pantai Kelanang. sebenarnyakan, 2 pantai ni je yang aku tahu.. minta maaflah kalau tak sebut nama pantai lain. sepanjang aku belajar kat kms, 2 kali je aku pernah keluar pergi pantai. kali pertama dengan roommates, tu pun mak sedara roommates bawakkan. dan yang kali terakhir dengan classmates.

masa keluar dengan classmate ni pun rancang dengan tiba-tiba. dan keluar pergi pantai morib pun masa sem dua nak dekat dah final exam. lebih kurang 3 minggu sebelum final macam tu. hihi. tujuannya nak luangkan masa mengeratkan silaturahim dengan classmate. lepas habis matrik mesti susah nak jumpa sebab masing-masing duduk jauh.

Pantai Morib ada dua.. Pantai Morib Baru dengan Pantai Morib lama. sebenarnya pantai yang sama je cuma  morib baru dia dah renovate buat tembok/benteng. kalu morib lama just pantai. dua pantai ni sebelah-menyebelah je.







masa ni pantai nampai landai je sebab air surut. kredit kat kawan aku sebab ni gambar dia punya. :) bagi pendapat aku, aku lagi suka pantai kat tempat aku sebab air laut lagi jernih. mengikut apa yang aku nampak air kat sini keruh. peace no war~

Sunday 30 March 2014

Rantau Abang : Lagenda Batu Penyu


Batu Penyu? apa tu? sebenarnya batu penyu ni boleh dikatakan sebagai satu sejarah ataupun sebuah lagenda. boleh search untuk tahu dengan lebih lanjut. Batu Penyu ini terletak di Bukit Che Hawa, Rantau Abang, Dungun.

mengikut cakap orang-orang tua, lagenda batu penyu kat atas tu ada ibu penyu yang naik ke darat. sekarang dah jarang penyu datang bertelur kat pantai rantau abang. kalau dulu, pantai rantau abang ni memang terkenal dengan penyu yang datang bertelur. tapi sayang sekarang tempat ni tak semeriah dulu.

aku pergi kat tempat ni masa aku ada kem akademik masa form 5 dulu. petang tu kitorang ramai-ramai berjalan kaki mendaki bukit tu dari chalet kat tepi pantai. memang meletihkan tapi semua tu berbaloi bila berjaya sampai kat Batu Penyu tu.. hehe..


kaki kawan aku tiba-tiba termasuk. 
dia tak perasan aku tengah ambik gambar..

ni pantai depan chalet kitorang stay.. 
buka pintu terus nampak pantai.. tenang je rasa..

sinaran mentari pagi. lebih kurang pukul 6.50 am camtu.

ombakk~~


lawa kan pantai rantau abang?

pokok kelapa. erkk.. semua kenal kot.. :p

nak pergi Bukit Che Hawa, kena lalu kampung orang dulu.

jom mulakan perjalanan.. *masa ni masih semangat lagi..




dan mula rasa penat.

hilangkan rasa penat dengan melihat alam ciptaan Tuhan.. :)

sabar.. dah nak sampai dah.


yeah.. akhirnya..


view dari puncak bukit.. hutan sekeliling..

matahari dah nak terbenam..

ni dia batu penyu (hadapan)


pandangan dari belakang

panjang batu penyu ni lebih kurang 3.5 meter

dah gelap baru sampai chalet. uhh.. letih betul.

Saturday 29 March 2014

Hobi #1

Apa itu hobi?

Mengikut kamus dewan hobi bermaksud…  erk.. sila cari sendiri je. Tuan tanah malas nak cari. hehe

Bercakap pasal hobi, rasanya semua orang ada hobi. Dan mengikut juga dengan saya. Sebenarnya saya memang banyak hobi sebab saya suka buat macam-macam bende. Tetapi semua itu ikut mood saya. Kadang-kadang hobi saya ni macam bermusim juga. Haha.. sekejap suka buat  bende ni untuk suatu jangka masa. Kelamaan bila dan bosan saya akan buat benda lain pula untuk mencari kelainan. Haha.. macam-macamlah..  :p

Kali ini saya nak tulis pasal salah satu hobi saya iaitu melukis ataupun sketching. Saya memang suka melukis tetapi takdelah sepandai macam pelukis terer tu tapi bolehlah setakat tahap saya ni. Hihi.. saya hanya boleh melukis dengan pensel yang menghasilkan lukisan hitam putih sahaja. Kalau nak yang kaler-kaler terus rosak lukisan tu. Haha.. tak tahu kenapa. Memang tak berapa pandai sangat kalau nak lukisan berwarna yang lawa-lawa. Kalu setakat lukisan warna biasatahap budak-budak tu bolehlah. Haha..


Okay, kebiasaannya saya suka melukis apa? Sebenarnya apa yang saya suka lukispun ikut mood. Kadang kadang saya suka lukis ini dan kadang saya suka lukis itu. Hehe.. antara benda yang saya lukis.. boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni..   *scroll ke bawah  J




pandora heart

kucing aku..

haha.. setakat yang ni je aku rajin nak scan.. 

inilah lukisan ala kanak-kanak.. :p

flower??

hihihi

ni yang aku lukis masa lepas spm.


Friday 28 March 2014

Kata-kata



Kenangan pahit yang manis
Akan membuatkan kita tersenyum
Apabila terimbau kembali
Tetapi
Kenangan pahit yang kelat
Akan membuatkan kita terus berduka
Walaupun bertahun telah berlalu pergi

[20140328:0104]



Psttt..

Okay, sebenarnya ini kata-kata daripada aku sendiri. Pada masa yang tertera kat atas tu, tiba-tiba tercetus idea aku menulis kata-kata di atas.. haha.. terasa macam penyajak lah pulak jap.. :p

Thursday 27 March 2014

berdiam diri...


"berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata"

ya, memang betul sekiranya kita berada dalam situasi yang tidak memerlukan kita berkata-kata. tapi macam mana pula bila kita berada dalam situasi yang memerlukan seseorang itu memberikan penjelasan sebab terdapat perselisihan faham?

sudah tentu berdiam diri itu tidak ada menyelesaikan masalah. malah, semakin membuatkan masalah itu semakin rumit. ditambah lagi apabila seseorang itu turut melarikan diri daripada situasi itu membuatkan orang lain tertanya-tanya apakah punca dia jadi macam itu. 

dan sekarang saya ada mengalami satu situasi yang rumit (kot). saya harap masalah ni selesai cepat.

:(

"dalam hidup ada saat kita senang dan ada saat kita jatuh
sahabat sejati ada di kedua-dua saat"


be strong and face it!

Wednesday 26 March 2014

pandangan orang terhadap saya


Kisah ini baru je saya tahu. Tu pun kawan saya yang cerita dan ini pun dia tahu ni dari roommate dia yang juga satu kos dengan roommate saya. Bagi memudahan cerita ibaratkan roommate saya sebagai ‘si A’.
Tadi kawan saya cakap yang roommate dia cakap.. (sebenarnya roommate kawan saya tak tahu yg saya roommate si A)

“roommate si A kan sangat senyap. Kalu pergi bilik bilik si A, mesti roommate dia duduk kat meja dan buat kerja lepas tu diam je. Langsung tak bersuara”

Bila aku dengar kawan aku cakap balik apa yang roommate dia cakap, terus aku gelak. Haha.. adoi… baru aku tahu rupanya itu anggapan kawan-kawan roommate kat aku. Lepas tu, kawan aku cakap juga yang diorang lihat aku macam seseorang yang menakutkan. pssttt.. rasa macam hebat je bila tahu diorang anggap macam ni. haha.. perah santan nampak.. 


Hahaha.. mungkin diorang tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Sebab kalau dengan orang yang aku tak berapa rapat, aku akan jadi pasif sebab aku bukan jenis cepat mesra dengan semua orang. Boleh dikatakan pemalu juga kot. Kalau aku dengan kawan-kawan yang memang rapat dan selesa, aku biasa je borak-borak dan gelak. Adoi.. tapi mungkin salah aku juga kot sebab diam sangat masa diorang datang bilik. Biasanya kalu diorang datang aku cuma senyum dan sambung buat kerja. Mungkin lepas ni aku kena lebih beramah mesra dengan diorang.

Monday 24 March 2014

pengalaman ngeri




semalam berlaku satu kisah yang boleh dikatakan sebagai pengalaman ngeri bagi aku iaitu kehabisan minyak ketika tengah memandu.

alkisahnya bermula bila kitorang nak keluar sebab nak beli tiket untuk balik kampung cuti midsem nanti. aku pun sewa lah sebuah kereta viva. kereta sewa ini ada budak kampus juga yang uruskan. entah dimana silapnya minyak yang dibekalkan itu terlampau sedikit. kebiasaannya masa aku sewa kereta sebelum ini yang orang luar yang uruskan, minyak kereta yang ada memang cukup untuk sampai ke stesen minyak. tapi, semalam baru separuh jalan minyak dah habis. dah lah hujan masa tu.

masa mula-mula itu aku bimbang juga kalau tak sempat sampai stesen minyak sebab lampu yang berkelip kelip warning minyak ada sikit. tapi aku yakinkan diri bahawa sempat. tetapi, betul jangkaan aku bila kereta semakin bergerak perlahan walaupun pedal minyak ditekan. aku dah start cuak masa tu. aku berhenti dulu kat tepi jalan. bincang dengan diorang macam nak buat kalau minyak betul betul habis. aku decide untuk try drive semula setakat minyak ni mampu dulu tapi kereta start perlahan lagi dan aku berhentikan kereta buat kali kedua.

alhamdulillah sebab kali kedua ini aku berhenti dekat dengan kedai runcit. bersyukur sebab kedai runcit itu ada jual minyak. penuh tragis sebab masa tu masih hujan. dengan berpayung berhati-hati bawak minyak itu takut termasuk air hujan. lepas tu masa nak buka penutup lubang minyak tu pun satu hal sebab ketat sangat. apapun itu kali pertama aku buka penutup tu. hihi..

sekian, setakat itu saja kisah tragis yang berlaku kat kitorang. uhhuu.. memang pengalaman buat aku sebagai pemandu. aku ada kata kat diorang..

"pengalaman ini mungkin tragis pada saat ini tapi nanti bila kita terkenang balik saat ini, kita mesti akan tersenyum sorang-sorang."  

dan terbukti, saat aku menulis kisah ini sekarang, aku pun tengah tersenyum lebar selebarnya.. hihi  :)

apa yang aku dapat dari pengalaman ini, ketika kita ditimpa kesusahan, sentiasa ingat Allah, in sha Allah, dengan usaha dan doa, segalanya akan dipermudahkan untuk kita. :)

pssttt.. pastikan minyak kereta cukup.  ^.^

Saturday 22 March 2014

mimpi baby


semalam saya ada mimpi sesuatu. bila fikir balik, kenapalah aku boleh mimpi macam tu. pelik rasa bila tiba-tiba mimpi macam.

sebenar saya mimpi ada dapat baby. maksudnya kat sini saya melahirkan sendiri baby tu. perasaan masa pegang baby tu untuk pertama kali adalah sangat teruja, terharu dan bangga. :) tapi dalam mimpi tu, tak ada lah pula part saya kahwin ke apa. muka suami pun tak muncul dalam mimpi tu. abaikan yang tu. pasal baby tu, semua orang memang nak menuju ke arah berkeluargakan. jadi, memang normal lah kan. tapi, still terbayangkan lagi perasaan masa pegang baby tu. perasaan seorang ibu. tu baru dalam mimpi. kalau dunia sebenar, tak tahu nak luahkan macam mana.

tapikan, sebelum aku mimpi ni, dulu aku dah pernah mimpi yang aku bertunang. dan dalam mimpi itu juga muka tunang aku (tunang dalam mimpi ye) tak muncul juga. jadi memang takda gambaran langsung saya orang itu. haha.

orang cakap sebenarnya mimpi itu mainan tu. kajian pula mengatakan mimpi itu minda separa sedar kita. apapun semua itu luar bidang kuasa kita. allahualam.

Tuesday 18 March 2014

Tangki Air

antara koleksi gambar tangki air yang saya ambil. hehe..

tengok view belakang tangki air tu. awesome kan. kalu pagi-pagi sejuk je mata memandang.


lawa kan.. hihi..

cahaya daripada matahari yang nak terbenam

cantikkan awan tu kan. indah je rasa bila tengok view ni.



pukul 8 atau 9?


[cr]


kisah ini berlaku pagi semalam. semalam aku terkeliru kelas start pukul berapa. kalau sem lepas, setiap hari kuliah start pukul 9 tapi sem ni kuliah kebanyakkannya start pukul 8. memang rasa sangat awal kalu tak biasa. kalu kelas pukul 8, pukul 7.30 dan nak kena siap turun bawah sebab nanti kena tinggal bas kalu lambat.

nak dijadikan cerita, semalam aku terlambat bangun, bangun pukul 7.20 macam tu (tulah sapa suruh sambung tidur lepas subuh).. disebab kalut dan terkejut, aku terus siap-siap dan pergi kelas. masa masuk bas, aku pelik, kenapa takda langsung muka-muka budak kuliah aku.. aku pun fikir mungkin diorang naik trip pertama. tapi bukan ke selalu sesetngah budak kuliah datang lewat juga kan.. terdapat kepelikkan kat sini sikit.

jadi aku bukan tak tahu je pasal tu sbb nak sampai cepat ke kelas lagi penting. tetapi, bila je aku turun dari bas, terus aku teringat yang kelas start pukul 9 rupenya. ahh.. sia sia je aku kalut2 bersiap. ingatkan lambat tapi alih alih aku yang paling awal. so, untuk, untuk mengisi masa, aku pun pergilah kafe sorang-sorang. lepas makan, aku terus pergi rest kat surau, nak stay library, tak buka lagi. itulah kisahnya. boleh dijadikan pengajaran kat aku. hehe

:)

Monday 17 March 2014

kata-kata semangat.


kisah ni lama berlaku. terasa nak bercerita buat kali pertama pasal ni. haritu masa cuti sem, saya memang selalu letak notebook atas meja sebb nak tulis something. nak dijadikan cerita, bila dah habis cuti sem, masa dah balik u, saya ada belek-belek buku tu. masa tengah belek-belek buku tu ternampak kat bahagian yang last-last tu ada tulisan. rasa pelik sebab tak pernah tulis apa apa pun kat sini. bila buka page tu ada ayat ni..


to **** (saya)

some things are mean
to make  us stronger

the more u hate,
the more u need.
never hate, keep everything
on its track.
in sha Allah, u'll be fine

study hard, never lose hope,
u'll never get a success
unless you run for it.

be a good student
get a deans.list
whatever u choose,
i'll always supoort

from . *** (kakak saya)


ayat yang last sekali tu yang buat saya paling terharu. berkali-kali baca pun masih rasa perasan terharu tu. kakak, terima kasih untuk segala-galanya. nasihat ni akan sentiasa tersemat dalam diri ini. :)

Wednesday 12 March 2014

Dungun

Dungun? 

sebenarnya Dungun adalah salah sebuah daerah di negeri Terengganu. dan saya adalah salah seorang penduduk Dungun. hehe..meh nok royak sket pasal hikayat daerah dungun ni. nama daerah ini di ambil sempena nama pokok Dungun. 

Jikalau Melaka diberi nama sempena Pokok Melaka, 
Dungun pula dinamakan sempena Pokok Dungun.

Dungun memang banyak tempat yang menarik. Kalau datang sini, luangkanlah sedikit masa berjalan-jalan disekitar dungun. Antara tempat yang sinonim dengan Dungun adalah pantainya. memang banyak pantai kat sini. Antaranya.. Pantai Batu Pelanduk, Pantai Tanjung Jara, Pantai Teluk Bidara, Pantai Teluk Lipat, Pantai Teluk Gadung, dll.

selain itu, kalu datang dungun juga, wajib lalu jalan pantai sebab jalan pantai kat dungun betul-betul tepi pantai dan panjangnya lebih kurang 7 km lebih macam tu. erkk... tak pasti pula jarak yang tepatnya. tapi, permandangan sepanjang pantai tu memang lawa. lagi-lagi bila ada Pulau Tenggol kat tenagh laut tu.

kalu nak buat aktiviti lasak (lasak ke..) bolehlah pergi naik bukit Bauk (Hutan Rimba Bandar Bukit Bauk). kebiasaannya orang pergi waktu pagi dan petang. tinggi bukit bauk ni 472 meter dari paras laut. kenapa nama bukit bauk. dulu mak cakap sebab bukit ni berbauk-bauk antara satu sama lain. sebenarnya bukit bauk ni adalah hutan simpanan kekal. memang banyak species tumbuhan kat sini. bagi yang tak biasa, memang agak letih juga untuk sampai kat puncak. tapi keletihan tu semua memang terbayar bila korang boleh tengok view yang indah lagi mempersona.. chewah ayat.. :p  lagi satu, pengalaman tu penting. tak dapat dibeli dengan wang. 

kat dungun juga ada air terjun Chemerong kat hulu dungun. air terjun ni adalah air terjun yang tertinggi di asia tenggara. di sini juga terdapat pokok cengal yang terbesar dan tertua didunia. kat hutan lipur ni memang sesuai kalu nak berkelah. dengar cerita, kat sini juga ada jambatan gantung. kalu yang jenis suka alam sekitar, bolehlah datang kat sini dengan bukit bauk. memang sesuai dengan jiwa anda. hihi..

selain yang kat atas ni, banyak lagi tempat menarik kat dungun ni seperti Bukit besi, Tasik Puteri, Bukit tebuk, kuala dungun dll. tapi lain kalilah pula ye. 

impian: nak pergi terokai semua tempat menarik kat dungun. lnak ambik gambar banyak. lepas tu boleh share kat blog ni. hehe.. harap-harap impian ni tercapailah.. aimn.  :)

Saturday 8 March 2014

I Missing You


I Missing You

when i looking 
the album of us
one by one moment
are keep playing
in my mind right now..

i missing you
i missing you a lot
it makes me wanna see you
so, i close my eyes and smile

i miss your smile
i miss you laugh
i miss you how 
you tell a funny stories
and i miss to laugh for it

but.. right now
you are far away
after you gone
i just stay alone
and it hurt inside

i missing you
i missing you a lot
it makes me wanna see you
so, i close my eyes and smile


haha.. malam ni tiba tiba rasa nak jiwang.. kakaka.. entah apa diri ini rasa bahagia dan gembira semacam. padahal esok ada test (test.? lebih kurang macam test lah kot..) lagi satu, kisah di atas tiada kaitan dengan diri sendiri. rekaa semata mata  :p

I Need You






Kim Sunggyu - I Need You

The moment I’ve always dreamed about breaks down
And after everyone I believed
would stay by me, leaves
I’m left alone
You, who came to me
who was full of loneliness and hurt

Can’t you hold me
Can’t you hold my hand
I need you now
I need you now
Please help me so that I can say
goodbye to everyone
and bid farewell with a smile
I need you

The pieces of my memory
If among them, just one, just one moment
became strength to me

Can’t you hold me
Can’t you hold my hand
I need you now
I need you now
Please help me so that I can say
goodbye to everyone
and bid farewell with a smile
I need you

Can’t you hold me
Can’t you hold my hand
I need you

I’d watch the TV like nothing happened
and comfortably sleep at
an early evening time
For me to not get surprised
at these sides of me
Oh I need you

Going on trips till I get tired of them
and occasionally make eye greetings with strangers
For these sides of me
to not shake any more
I need you now

60 Seconds


kim sunggyu - 60 Seconds MV Band Ver.

kim sunggyu - 60 Seconds MV (L. Kim)


Lyrics Translation

I sometimes walk and stop
I look around and our eyes meet
I quickly turn my head away
I look at my toes and
then slowly look up
My eyes that get larger
My lips that open up slightly
My heart rings in my ears
60 seconds is all I need for this story
You came into my heart
I don’t doubt it
That you took me away
The time that wasn’t short
You’re that kind of person
A story that’s enough for me
I don’t need any reasons
You made my heart flutter and look for you
That first time
Your voice breaks off
Your tears that slowly build up
and fall over
I hold you with my chest
and stay there for a long time
then slowly push you away
My empty eyes
My two lips that are at a loss for words
My heart stops at your sigh
60 seconds is all I need for this story
You disappeared from my life
I didn’t hold you back
The time that wasn’t short
You’re that kind of person
A story that’s enough for me
I don’t need any reasons
You clearly sent it
You said you were hurting
and I let you go
Our last time
(My two stories)
My hot and cold times (with you)
They’re both memories that you gave to me
(My two stories)
The same times, but with different sides of you
My double-edged memories
60 seconds is all I need for this story
You came into my heart
I don’t doubt it
That you took me away
The time that wasn’t short
You’re that kind of person
A story that’s enough for me
You disappeared from my life
I didn’t hold you back
The short amount of time
that I saw your heart

so, kenapa tiba-tiba saya nak share lagu ni. sebab saya rasa lagu ni best. diulang.. sangat best. suara sunggyu memang terbaik. my bias.. hehe.. sebenarnya, lagu ni dah lama keluar. tapi apa kisah.. nak share juga kat sini.. haha  :p lagipun, lirik lagu ni best. jalan cerita MV lagu ni pun menarik. lagi satu aku ni memang minat kat sunggyu ni. lagi-lagi dlm mv ni pon ada myungsoo yang jadi watak utama. 


kisah dalam mv ni pasal apa yang boleh berlaku dalam 60 saat. dalam 60 saat kita boleh jatuh cinta terhadap seseorang dan dalam 60 saat juga hubungan kita boleh putus. kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tekan button play. tehee~

dalam satu interview, sunggyu ada cakap yang mula-mula dia tak tahu pon yang myungsoo mainkan watak utama dalam mv tu. sunggyu ada cakap yang itu lagu dia tapi part myungsoo lagi banyak daripada dia.. haha.. tapi dia berterima kasih juga kat Myungsoo sebab sudi untuk bantu dia untuk mv walaupun myungsoo busy dengan penggambaran drama.  :)



Bukit Jugra, Banting


aku pergi bukit jugra ni masa belajar kat kolej matrikulasi selangor. aku join trip ni under Wushu Club. memang hari tu adalah pengalaman barulah bagi aku naik bukit. agak letih juga mula mula tapi semua itu terbayar bila dapat tengok pemandangan yang lawa lagi indah.. chewahh..












lawa kan permandangan kat sini nikan.. aku harap lepas ni impian aku nak naik bukit bauk tercapai sebab bukit bauk pun view lawa juga.. hihi