Monday 31 August 2015

Rumah Sewa


Dulu-dulu masa belum masuk u lagi, ada fantasi nak duduk rumah sewa bila dah belajar kat u. yelah, tengok drama kat tv yaang belajar kat u duduk rumah sewa. macam best je tengok. boleh berdikari, masak sendiri, kalau kat hostel takleh nak masak sebab peraturan tak bagi, tapi ada je yang buat. tu yang blok perempuan selalu je black out.

untuk tahun satu dan dua, duduk asrama dan tahun tiga duduk luar sebab tak dapat asrama sebab asrama terhad, first time akan duduk rumah sewa. satu rumah tiga bilik. semua sekali enam orang serumah. semua budak satu fakulti.

erm. berdebar pula rasa......

Monday 24 August 2015

Nasi Goreng


sem tiga dan empat
hari-hari makan nasi goreng cina. boleh dikatakan setiap petang (makan malam) akan order nasi goreng dengan akak kedai depan asrama.

kenapa nasi goreng cina?
sebab nasi goreng cina antara yang termurah berbanding nasi goreng pattaya dll.

kenapa tak nasi biasa atau goreng kampung?
tak suka nasi goreng letak kicap. tak suka tidak bermakna benci tapi cuma tak mengemari sangat nasi goreng taruk kicap ni. hakhakhak

sehinggalah sampai satu tahap dimana terasa bosan dengan nasi goreng. mungkin memerlukan masa untuk diri ini mencintai nasi goreng semula. LOL.

Wednesday 19 August 2015

300


petang kelmarin tolong ayah susun dan kacip dengan stapler kertas soalan periksa untuk sekolah ayah. awal-awal ayah dah pesan suruh buat bila ayah bawa balik bahan. sekali, ayah bawa balik satu kotak besar yang ada kertas soalan. 10 helai setiap set untuk satu tingkatan. satu tingkatan 300 pelajar. 3000 lebih semuanya.

sebagai anak yang mithali, petang kelmarin terus buat. takda tangguh malam baru nak buat sebab takut bila malam tertidur. 3 jam masa diambil untuk siapkan semua. terbongkok bongkok badan susun kertas soalan.

anak cikgu memang macam. dah biasa tolong mak ayah buat kertas macam ni. susun soalan periksa ataupun set latihan, tanda kertas periksa kebiasanya yang objektif tapi ada juga yang soalan stuktur. kira peratus markah, masukkan data dalam sistem dll. anak cikgu memang tahu betapa beratnya tugas seorang guru. memang banyak kerja. walaubagaimanapun, itulah tangungjawab seorang guru. ehh.. terpanjanglah pula cerita pasal ni.

sambung balik cerita asal. selepas 3 jam. alhamdulillah. siap semuanya lega. pstttt. pagi keesokkan, mak cakap yang ayah tinggalkan upah. hehehe.. terus happy. mood terus jadi ceria. hak hak hak.

Monday 17 August 2015

menangis lepas jawab SPM

okey, ini kisah 5 tahun lepas tetapi kisah ini tetap segar dalam ingatan gitu. takkan dilupai. weeeeee. disebab si adik yang dah nak spm november 2015 ni, tiba-tiba ingatan ni terimbau kembali. *ceh ayat

bukan lepas spm sebenarnya, yang lebih tepat adalah lepas jawab paper agama dan sejarah. haha. kenapalah masa tu rasa nak nangis.

ingat lagi masa jawab paper agama. adalah beberapa soalan yang satu soalan 4 markah yang ditinggalkan dulu sebab jawab yang lain dulu. kenapa ditinggalkan dulu? sebab nak selesai yang lain lepas tu baru fokus berfikir untuk jawab soalan yang ditinggalkan. sebabnya setiap isi mesti ada isi sokongan. jadi bila yang lain dan setel, rasa tenanglah sikit nak jawab soalan yang perlu berfikir tu.

TETAPI, malangnya.. tak sempat nak habiskan semua soalan kerana masa dah tamat. masa tu rasa panik sebab lebihkurang 3-4 soalan yang tak jawab sepenuhnya dan tak cukup isi. kira-kira secara kasar dalam 10-12 markah juga kot. panik, takut, sesal, semua ada. bila keluar dewan peperiksaan terus air mata jatuh, terus duk tepi pintu gi menangis situ. siapa tak takut kalaulah nanti sijil SPM agama tak dapat A. malu pun hado.

satu lagi adalah paper sejarah. tahun 2011 tu sejarah banyak sangat soalan esai KBKK (Kemahiran Berfikir secara Kritis & Kreatif). lebih kurang 70% soalan KBKK ghasenye.maaf jikalau salah. Memang jawab semua, cukup point berdasarkan markah. tapi rasa tak yakin pun ada sebab tak pernah jawab paper sejarah yang mostly KBKK. kalau jawab soalan yang jawapan memang dari buku teks memang confident laa tapi tapi yang ini rasa tak confident. dahlah 2 3 hari lepas paper agama dah rasa down. ni sejarah pulak. mane tak rasa sedih. kat fikiran,. berapa A nak kurang ni..?

walaubagaimanapun, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. paper agama dan sejarah yang terover risau dan panik sebab takut tak dapat A, akhirnyan dapat A juga.

over nangis bagai bila ingat balik. yelah, masa sekolah dulu, mindset SPM PENTING. rasa gelap dunia kalau spm tak okey. hak hak hak. sekarang dah masuk U rilek ke masa study week baru nak ulangkaji. dulu zamna sekolah nak spm 2 3 bulan awal dah start buat latih tubi berset-set. kalah student phd. eh yeke. hehe

Thursday 13 August 2015

Sarung Lappy


dulu pakai netbook yang dapat free bila pasang streamyx. ada sarung untuk protect netbook tu. tapi bila dah bertukar ke laptop, tak ada sarung lagi. dah lama cari sarung. kat area rumah tak ada sangat kedai yang banyak jual benda macam ni. kalau ada pun saiz tak kena dan bukan seperti yang dicari. senang kata tak banyak pilihan sangat.

jadi jalan penyelesaian, buat sendiri. nak buat sendiri bukan senang. nak kena ada kain dulu, nak kena ada mood juga. kalau kain ada, tapi mood tak ada, tak jalan juga. dijadikan cerita, selepas berzaman, tiba-tiba mood nak menjahit datang.. jeng jeng jeng.. makan terhasillah sarung lappy homemade from kain felt.

depan. nampak tak berapa kemas sangat

bila buka untuk masukkan lappy.

belakang. nampak lawa. puas hati.

zoom in. guna jahitan zig zag untuk sambungkan kepingan kain felt.
24 keping semua sekali yang digunting sebesar 10x10 cm 

lepas ni tak perlu risau lagi nak bawa laptop ke fakulti. yelah, setiap hari kena bawa laptop sebab nama pun student scom. kurangkan risiko laptop bercalar. hihi