Wednesday 19 August 2015

300


petang kelmarin tolong ayah susun dan kacip dengan stapler kertas soalan periksa untuk sekolah ayah. awal-awal ayah dah pesan suruh buat bila ayah bawa balik bahan. sekali, ayah bawa balik satu kotak besar yang ada kertas soalan. 10 helai setiap set untuk satu tingkatan. satu tingkatan 300 pelajar. 3000 lebih semuanya.

sebagai anak yang mithali, petang kelmarin terus buat. takda tangguh malam baru nak buat sebab takut bila malam tertidur. 3 jam masa diambil untuk siapkan semua. terbongkok bongkok badan susun kertas soalan.

anak cikgu memang macam. dah biasa tolong mak ayah buat kertas macam ni. susun soalan periksa ataupun set latihan, tanda kertas periksa kebiasanya yang objektif tapi ada juga yang soalan stuktur. kira peratus markah, masukkan data dalam sistem dll. anak cikgu memang tahu betapa beratnya tugas seorang guru. memang banyak kerja. walaubagaimanapun, itulah tangungjawab seorang guru. ehh.. terpanjanglah pula cerita pasal ni.

sambung balik cerita asal. selepas 3 jam. alhamdulillah. siap semuanya lega. pstttt. pagi keesokkan, mak cakap yang ayah tinggalkan upah. hehehe.. terus happy. mood terus jadi ceria. hak hak hak.

No comments:

Post a Comment