Thursday 13 August 2015

Sarung Lappy


dulu pakai netbook yang dapat free bila pasang streamyx. ada sarung untuk protect netbook tu. tapi bila dah bertukar ke laptop, tak ada sarung lagi. dah lama cari sarung. kat area rumah tak ada sangat kedai yang banyak jual benda macam ni. kalau ada pun saiz tak kena dan bukan seperti yang dicari. senang kata tak banyak pilihan sangat.

jadi jalan penyelesaian, buat sendiri. nak buat sendiri bukan senang. nak kena ada kain dulu, nak kena ada mood juga. kalau kain ada, tapi mood tak ada, tak jalan juga. dijadikan cerita, selepas berzaman, tiba-tiba mood nak menjahit datang.. jeng jeng jeng.. makan terhasillah sarung lappy homemade from kain felt.

depan. nampak tak berapa kemas sangat

bila buka untuk masukkan lappy.

belakang. nampak lawa. puas hati.

zoom in. guna jahitan zig zag untuk sambungkan kepingan kain felt.
24 keping semua sekali yang digunting sebesar 10x10 cm 

lepas ni tak perlu risau lagi nak bawa laptop ke fakulti. yelah, setiap hari kena bawa laptop sebab nama pun student scom. kurangkan risiko laptop bercalar. hihi

No comments:

Post a Comment