Monday 17 August 2015

menangis lepas jawab SPM

okey, ini kisah 5 tahun lepas tetapi kisah ini tetap segar dalam ingatan gitu. takkan dilupai. weeeeee. disebab si adik yang dah nak spm november 2015 ni, tiba-tiba ingatan ni terimbau kembali. *ceh ayat

bukan lepas spm sebenarnya, yang lebih tepat adalah lepas jawab paper agama dan sejarah. haha. kenapalah masa tu rasa nak nangis.

ingat lagi masa jawab paper agama. adalah beberapa soalan yang satu soalan 4 markah yang ditinggalkan dulu sebab jawab yang lain dulu. kenapa ditinggalkan dulu? sebab nak selesai yang lain lepas tu baru fokus berfikir untuk jawab soalan yang ditinggalkan. sebabnya setiap isi mesti ada isi sokongan. jadi bila yang lain dan setel, rasa tenanglah sikit nak jawab soalan yang perlu berfikir tu.

TETAPI, malangnya.. tak sempat nak habiskan semua soalan kerana masa dah tamat. masa tu rasa panik sebab lebihkurang 3-4 soalan yang tak jawab sepenuhnya dan tak cukup isi. kira-kira secara kasar dalam 10-12 markah juga kot. panik, takut, sesal, semua ada. bila keluar dewan peperiksaan terus air mata jatuh, terus duk tepi pintu gi menangis situ. siapa tak takut kalaulah nanti sijil SPM agama tak dapat A. malu pun hado.

satu lagi adalah paper sejarah. tahun 2011 tu sejarah banyak sangat soalan esai KBKK (Kemahiran Berfikir secara Kritis & Kreatif). lebih kurang 70% soalan KBKK ghasenye.maaf jikalau salah. Memang jawab semua, cukup point berdasarkan markah. tapi rasa tak yakin pun ada sebab tak pernah jawab paper sejarah yang mostly KBKK. kalau jawab soalan yang jawapan memang dari buku teks memang confident laa tapi tapi yang ini rasa tak confident. dahlah 2 3 hari lepas paper agama dah rasa down. ni sejarah pulak. mane tak rasa sedih. kat fikiran,. berapa A nak kurang ni..?

walaubagaimanapun, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. paper agama dan sejarah yang terover risau dan panik sebab takut tak dapat A, akhirnyan dapat A juga.

over nangis bagai bila ingat balik. yelah, masa sekolah dulu, mindset SPM PENTING. rasa gelap dunia kalau spm tak okey. hak hak hak. sekarang dah masuk U rilek ke masa study week baru nak ulangkaji. dulu zamna sekolah nak spm 2 3 bulan awal dah start buat latih tubi berset-set. kalah student phd. eh yeke. hehe

No comments:

Post a Comment