Wednesday 24 December 2014

Study Week




hari ini rabu. pagi tadi selesai presentation untuk projek sem ini. kami bertiga buat 'Kid Care Center Registration System'.

kalau dari pandangan saya, memang saya berpuas hati dengan sistem yang kami buat ni. walaupun tak pernah lagi belajar php, saya berjaya cabar diri saya untuk belajar php dan buat web based system. walaupun interface tak sehebat orang yang dah pernah belajar, saya tetap puas hati sebab berjaya buat system ini berfungsi walaupun interface biasa sahaja.

at least apa yang saya dah buat lagi okay daripada sesetengah group lain yang ada tak semua system functional-nya berfungsi dan juga interface system kami lagi ok dari sesetengah group lain :D heehee.. group lain jangan marah. saya tak tuju ke semua group tapi saya cakap 'sesetengah'. jadi, siapa makan cili dia terasa pedasnya.

okay. bila dah selesai present, terasa separuh beban terlepas dari bahu. tapi, dah boleh start study untuk final dengan tenang tanpa fikir pasal system lagi.

all the best for this final exam:)


Monday 27 October 2014

I'm an Introvert Person


  INTROVERT  


Yes, I'm an Introvert person. But before that, what is Introvert? For whom that do not know yet, Introvert prefer to a shy, reticent person that who focuses primarily on their own mind, feelings or problem.

Jadi, macam mana tahu yang diri ini seorang introvert? 

Dulu, pernah buat 'Personality Test' dan hasilnya, i'm an introvert person. sebenarnya memang dah tahu yang saya seorang yang pemalu, pediam dan segala yang berkaitan dengan introvert. tapi dulu tak tahu yang personality macam tu dipanggil sebagai 'Introvert'. Lepas buat test baru tahu istilah 'Introvert'.


20 Random Facts

1.You enjoy having time to yourself. 

betul sebab saya suka duduk sorang sorang dan luangkan masa dengan sendiri. lebih selesa macam ni sebab ada privacy sebab saya jenis tak selasa sangat kalau ada orang bila saya buat kerja. contoh macam buat kerja dengan kawan. masa menaip ada je tersalah eja dan jadi slow tapi kalau buat seorang, laju je menaip dan takda salah eja. 

2.Your best thinking occurs when you’re by yourself. 

mungkin. sebab kalau group discussion, selalu je stuck tapi kalau duduk sorang sorang, ada je idea datang mencurah-curah. ermm.

3.You’re the last to raise your hand when someone asks for something from a group. 

haha. setuju sangat. kalau ada apa-apa yang memerlukan respon, mesti tengok sekeliling dulu, kalau ramai yang respon, barulah respon juga. kalau masa bahagikan tugas, jarang nak volunteerkan diri dulu. selalu je jadi orang last takpun tunggu orang offerkan kat kita. tapi tak selalu, kalau memang kita nak, kita cakap jelah. heehee.

4.Other people ask you your opinion. 
tanya pendapat pasal apa ni? takpelah, kite citer pasal lain. saya biasanya susah nak buat pilihan pasal sesuatu bende, contoh nak benli something, tapi ada dua design yang berkenan.. ahh.. sudahlaahhh.. mesti lama punya duk fikir nak ambil yang mana satu.ermm

cakap pasal headphone, woollim ada keluarkan limited
version ifnt headphone.. arghh.. nAKK tapi duit takde, :(
pandai woollim buat inspirit pokai yee


5.You often wear headphones when you’re in a public situation.

ermm.. rasenya tak juga kot. biasanya kalau saya kat tempat orang ramai atau kat mana-mana pun, saya lebih suka berdiam diri dan perhatikan orang dari pergi berbual-bual dengan orang. kalau orang extrovert, mungkin akan mulakan perbualan dulu tapi saya tak. tunggu orang lain ajak berbual dulu barulah saya akan bercakap. :)

7.You prefer not to engage with people who seem angry or upset.

haah.. ini betul. saya memang tak suka sangat campur hal orang lain. tak kira orang tu tengah marah ke, tak marah ke, saya jenis tak suka ambik campur orang. entah kenapa ini memang cara saya. tapi tak semualah, tengok keadaan juga lah. kalau rasa mana perlu masuk campur, go on jelah.

8.You receive more calls, texts, and emails than you make, unless you have no choice.
hahahaha.. why sooo TRUE.. kalu tengok kat bahagian call log tu mesti banyak panggilan masuk daripada panggilan keluar. yang paling banyak call adalah mak kite.. hehe.. sebenarnya kita lebih suka message daripada call sebab message tak memerlukan percakapan. entah kenapa, kalau call mesti rasa akward je bila dah habis topik yang dibincangkan.. lepas mulalah tak tahu nak cakap apa. :D



9.When you get on the subway, you sit at the end of the bench -– not in the middle.
kalau dalam bas, mesti duduk seat tepi tingkap. sebab boleh tengok permandangan luar. dan saya lebih suka senyap daripada berbual. jadi, seat tepitingkap adalah pilihan yang sangat baik buat introvert.

10.You start to shut down after you’ve been active for too long.
kalau buat sesuatu benda, mesti akan fokus. lagi-lagi bila buat sesutau yang kita suka. lepas dah penat-penat, mesti nak kena berehat iaitu dengan bersedirian ataupun tidur. zzZZz,,

11.You're in a relationship with an extrovert.

yang ini no komen. haha.. sebab tak pernah 'in relationship' lagi setakat ni. heehee

12.You'd rather be an expert at one thing than try to do everything.
ermmm.. yang ini tak berapa sure. sebab saya jenis yang suka buat banyak benda. kalau boleh nak mahir semua benda yang saya suka. contoh macam, menulis, melukis, designing etc. semua pasal artistic fields kan. sebab saya orang artistic mengikut test kerjaya yang buat masa sekolah menengah dulu.

13.You actively avoid any shows that might involve audience participation.
memang betul. kalau aktiviti yang melibatkan perlu bercakap or berinteraksi, kalau boleh elakkan, mesti tak akan pergi.



14.You’re a writer.
seperti yang dinyatakan di atas, saya suka menulis. contoh macam sekarang.. agak panjang kan
entry ini kan. satu lagi, saya suka menulis cerpen. tapi kan, semua verpen saya tak pernah siap. entah kenapa, bila setengah jalan, idea kering, lepas tu bila dan pause malas nak sambung balik. tu pun kalau rajin sambung juga sikit tapi tak habis. harap lepas ini ada kemampuan nak siapkan semua cerpen.

15.You notice details that others don't.
mungkin sebab introvert suka perhatikan benda sekeliling membuatkan kita jadi lebih peka dan mudah perasan apa yang orang tak perasan dan juga selalu ingat perkara-perkara yang kecil yang orang lain tak ingat. contoh macam haritu pakai baju apa, kita pernah lalu situ dulu, ingat apa yang orang lain pernah cakap walhal diatak ingat pun yang dia pernha cakap benda itu.. etc.

16.You have a constantly running inner monologue.
yes yes yes. suka sangat bermonolog dalam. suka fikir dalam hati perkara yang nak buat dan sebagai. suka berimaginasi. hihi

17.You have low blood pressure.
not sure yet. buat masa sekarang tak ada kalau tak silap. tapi tak tahu lah bila dah berusia nanti ada kan. sebab kita tak tahu perkara yang akan terjadi yang semua ini adalah ketentuan daripada Allah.


19. Introverts don’t hate people and we aren’t anti-social.
setuju dan setuju. sebab  bila tengok introvert ni jenis yang diam, tak bercampur sangat dengan orang dan macam duduk dalam dunia sendiri..mungkin dari perspektif orang lain, mereka ingat introvert ni jenis yang anti sosial dan sombong. padahal tak pun. sebab kadang-kadang saya pun suka keluar pergi jalan-jalan juga ke tempat yang kita suka. mungkin mereka tak kenal sangat dengan kita yang membuatkan mereka fikir macam tu sebab introvert susah nak rapat dengan stranger. kalau dah rapat, mereka akan kenal yang kita taklah pendiam sangat. ada masa, banyak mulut juga tapi dengan orang yang kita dah rapat dan kenal lama.



20.Introverts can sometimes be moody
macam terkena je dengan diri ini. haha.. yes betul, sebab saya mudah je moody. disebabkan benda yang simple je, tapi boleh membuatkan saya moody. memang saya mudah moody tapi saya juga mudah kembali ke asal (dah tak moody). kalau setengah orang, kalu moody je, mesti melibatkan orang yang makan masa nak baik. tapi saya, kalu moody, itu antara saya dengan saya sendiri. tak melibatkan orang lain (tak marahkan orang lain pun.. jadi jangan terasa ye) dan bila moody saya suka sendiri sebab itu boleh coolkan moody itu.. hihi


ermm.. okay.. tu je kot rasanya.. panjang menaip kali ini. letih jari jemari ini. perlukan rehat.. :)

Wednesday 8 October 2014

Music Note Cover Project


hari ini dah 8 Oktober. dah lama tak update blog sejak 20 September.



Hanbyul from Led Apple with his member ada buat cover project. Music Note cover project namanya. ada 50 cover yang diorang buat. and i love listening to the cover. :)  such a great voice. but gyuzizi is still the 1st for me. keukeukeu.. :p

kebanyakkan lagu yang diorang cover adalah English song. antaranya, Counting Star by One Republic, Grenade, Marry You, Just the way you are, Treasure by bruno mars, Roar by Katy Perry, Royals by Lorde, wake me up by Avicii, I Remember You by Skid row , Someone like you by Adele, Mirrors by JT, Love Song by Bigbang and more.

boleh dikatakan semua cover adalah best semuanya. walaupun Led Apple nampak cam tak brape  femes macam band lain spt cnblue dll. tapi, memang diakui Led Apple are the best band lagi lagi dengan adanya suara hanbyul memang powerful. terbukti pada semua lagu yang dia cover. kalau orang yang baru kenal kpop, mungkin tak brape kenal sangat Led Apple ni. saya first tahu pun bila dengar lagu Dash mase sekolah dulu.rupanya tu lagu debut. masa tu hanbyul takde lagi. lepas pertukaran member baru lah hanbyul masuk. panjang pulak laa duk merepeknya.. hehe..

akhir kata.. bolehlah buka playlist kat atas untuk terokai dengan sendiri.. hihi.





Saturday 20 September 2014

tak ada semangat


semenjak sem baru buka ini, entah kenapa aku rasa macam tak bersemangat sangat. ermm

kalau dulu, bila dapat jadual, cepat je ingat jadual tu lengkap dengan nama subjek, masa dan lecturer.. entah kenapa kali ini, aku susah nak ingat subjek dengan lecturer. selalu tertukar. terbayang kat fikiran subjek A, tapi sebut subjek B. nama lecturer pula lecturer C. haishhh..

mujurlah, aku dah print out jadual lengkap dan tampal kat dinding depan meja study. jadi, aku memang akan tenung hari-hari. dan alhamdulillah aku dah nak ingat semua tu.

aku harap krisis ini hanya sementara. kalau tak, parah aku sem ni. banyak hard subject untuk sem ni.

KUATKAN SEMANGAT!!!!

pstt.. tertiba kawan ada masuk bilik time duk menaip ni.. tterkejut dibuatnya, terus minimize tabs.. kantoi ada blog taoi harap dia tak perasan laa.. hihi

Tuesday 16 September 2014

harapan sem 3




dah seminggu lebih sem 3 bermula. banyak target untuk dicapai sepanjang sem 3 ini. walaupun perjalanan nampak macam mencabar, tak guna menyerah sebelum memcuba. ye dok?

harapan yang utama adalah untuk dapat dekan bagi sem 3. (dan juga sem seterusnya) sebenarnya rasa sedih lagi sebab sem 2 tak dapat dekan. result memang turun. punca utama sebab 2 subjek yang rasa tak boleh nak score sangat. untuk sem 3 ini, kena usaha dan kerja keras lagi. saya selalu pegang kata-kata ini. (kata-kata semangat daripada my sis)

"You will never get a SUCCESS unless you RUN FOR IT"

sem ini ambil 6 subjek. ingat.. untuk semua subjek, kena review sebelum kelas dan recall balik lepas kelas. buat short note dan selalu baca short note tu. harap-harap terbuat. fighting!!!


:)

Kampung Cina, KT



alhamdulillah, sem baru mi, Allah permudahkan perancangan plan kitorang. kalu seingat sem lepas, kalau plan nak kuar gi jauh sket mesti susah sket. plan tu memang dah ada tapi nak pergi tu entah kenapa tak terpergi. hehe

jadi kali ini, tak sampai seminggu sem baru buka, kitorang plan nak ke KT sebab ada kawan nak borong beli barang. sampai KT terus pergi kedai RM2. memang bestlah memborong. saya pun boleh terjebak sama. beli barang yang takde dalam list. banyak pula tu... oppps.. lepas tu pergi giant, mydin sebab nak kawan nak beli broadband yes yang sekali dengan wifi tu. sekali, tempat yang kitorang tinggal takde coverage. hancusss harapan sebab  antara antara sebab utama kitorang datang adalah kerana YES itu. waduh waduh..

then, selepas selesai semua, barulah kitoran bergerak ke Kampung Cina KT. Yahoo.. sekala saya pernah lalu dengan kereta je. tak pernah turun menjejakkan kaki. hanya tayar kereta je bersentuhan dengan jalan. haha.. tapi kalu ini, diri sendiri dapat jejak. bangga jap.. :P


inilah dia rupa kampung cina ni. sebenarnya kalu tak silap ada pintu gerbang. masa hari kitorang pergi diorang tengah buat persiapan sebab keesokannya ada Pesta Peranakan. Sebenarnya, Kampung Cina ni dekat je dengan Pasar Payang. hanya bersebelahan aja. bila dah dapat parking, kitorang terus pergi serbu lorong-lorong di antara bangunan.


Street of lover. ala-ala Namsam Tower lak. hihi.. kalau ikut panduan yang diorang letak kat situ. stepnya, kuncikan mangga kat situ dan wish hajat yang nak. saya tak buat pun sebab benda ini bercanggah dengan amalan saya. tapi tak salah untuk mengetahuikan.. 


dah banyak contengan. urmmm



tengok. ada kedai siap jual lagi mangga. tapi just mangga biasa je. takde yang design dan kale yang lawa-lawa macam kat Namsam Tower tu. alahaii.. kalau demand sangat, pergi beli sendiri. erkk


tak banyak pon mangga dah ada. lepas dah siap letak mangga kat sini, pastu throw kunci mangga kat dalam perigi lorong satu lagi. tapi entah kenapa tak jumpa telaga tu. kalau tak silap, telaga itu telaga tertua kat kampung cina ni. nak juga tengok rupa telaga tu. tapi, apatah daya, tak ada rezeki namanya.



antara mural yang sempat di-snap. haha.. macam banyak mural je bunyinya.




kat lorong kain batik ni memang best bergambar sebab ada banyak dinding yang lawa lagi warna warni. perempuan dan gambar berpisah tiada..  :)


dinding batu bata yang warna warni 


rumah zaman dulu..


yeah.. payung banyakkk..


wahhhh.. 


kat lorong payung ini juga ada replika gambar orang besar Kampung Cina ni sejak dahulu. 


pondok telefon lama. takleh masuk sebab pondok tu dikunci. maybe takut ada orang rosakkan apa-apa sebab kat dalam tu ada telefon lama.


beberapa koleksi papan tanda lama. tengok ada satu papan tanda institut memandu "sekolah derebar"


ermm tu je kot catatan untuk hari tu. TAMAT.


Sunday 14 September 2014

sejuk




sekarang jam 9.34 malam. ermm.. petang tadi hujan lebat. ni baru je serik. rasa sejuk hingga ke tulang. haha.. tak mandi pun untuk malam sebab sejuk sangat. kalau mandi, mesti berganda sejuk sebab basuh muka pun dah tak tertahan. camna lah musim tengkujuh nanti.

asrama baru ni, setiap bilik, bahagian bawah tingkap ada lubang angin. kiranya angin akan masuk kat situ. walaupun dah tutup dengan kotak, angin tetap boleh masuk jugak sikit sikit. sebab tu kot terasa sejuk. lagi lagi bila duduk tingkat atas sekali. uhhhuuu.. lagi laa sejukkk.

apapun.. best rasa sejuk. lagi okay dari rasa panas kan. heuheu



Saturday 13 September 2014

bilik baru


ermm... sebelum ini dah cakap yang saya pindah bilik. hari ini dah hari 4 atau 5 hari kot duduk kat bilik baru. pindah masuk selasa petang dan sekarang dah sabtu petang. masa mula-mula masuk bilik.. rasa okay je lagi. entah kenapa, bila malam masa nak tidur, tertiba rasa takut. mungkin tak biasa duduk bilik seorang diri kat asrama. lagipun ini asrama baru. bila perasaan dah takut.. mulalah terbayang macam macam..

sebelum ini, sem sem yang lepas, okay je bila tidur sorang kat bilik bila roommate ada program luar. ermm.. itu mungkin sebab dah biasa dan serasi dengan bilik itu. almaklum lah, bilik yang sekarang baru je masuk duduk. mujurlah bilik kawan depan bilik je. kalau masing buka pintu dah boleh lambai say hello..

malam pertama tu, mujur kawan baik hati bagi saya tumpang tidur situ. heret tilam masuk bilik dia. malam kedua saja tidur awal tanpa tutup pintu bilik. kalau masa nak tidur tahu kawan tak tidur lagi.. tak ada lah takut sangat. (kawan tolong kuncikan bilik) tapi, kerap jugak lah terjaga malam tu. yelah.. kali pertama tidur. malam ketiga, tidur lambat. pukul 3 camtu baru tidur. rasa berani sikit sebab dah nak dekat subuh. lagi 3 je. malam keempat, tertidur masa main game kat henpon. kawan juga tolong kuncikan pintu.

yang malam kedua tu, kawan bilik depan datang semayang magrib isyak kat situ dan tolong bacakan yasin sekali sebab saya cuti. saya pun ada start pasang surah al-baqarah (repeat) petang tu sampai pagi esok. dan saya pasang setiap malam. kiranya, saya tidur ditemani bacaan al baqarah.

saya memang sangat berterima kasih kat kawan saya dah duduk bilik depan sebab sokong saya semasa saya lemah nak hadapan perkara ini. sekarang ini dah rasa berani sikit. hehe.. jasa kalian sangat besar. thank you. muahh

Tuesday 9 September 2014

september


harini 9 september 2014. dah 4 hari tinggal di asrama baru kat luar kampus dan 3 hari kuliah bermula. banyak perkara yang berlaku dalam 4 hari ini. mungkin ini pertanda bahawa sem ini akan penuh dengan cabaran. ermm.. perlu hadapi dengan tenang.

perkara pertama yang berlaku, entah dimana silapnya saya dapat sebilik dengan non-muslim. saya yang masuk dulu jadi sememangnya saya tak tahu lagi siapa roommate saya. pada mulanya saya ingat takpe kot sebab saya pernah dengar bahawa kalau student duduk di asrama longgat sikit aurat dengan non muslim.

tetapi, sebaliknya yang berlaku. saya call mak saya. cakap bahawa roommate saya non-muslim. mula-mula mak macam terkaku.. lepas tanya macam-macam. mak cakap kalau boleh minta tukar bilik. mak cakap yang sepatutnya yang sebetulnya aurat dengan non muslim macam aurat dengan bukan mahram. sepatutnya tutup. jaga buat main. lepas mak cakap macam tu, saya terus kaku. rasa bersalah dalam diri. rasa takut sebab dia macam dah ternampak rambut masa bersihkan bilik.

saya tanya mak, macam mana saya nak buat. mak just cakap, tutuplah yang patut (aurat). jadi setiap masa saya tutup. takdelah bertudung litup just tutup dengan tuala. nanti dia pelik pulak bertudung litup 24 jam dalam bilik. saya pun boleh lemas kalau macam tu. :) masa tidur pulak, berbungkus lah jawabnya.

dan, alhamdulillah, sekarang permohonan nak tukar bilik dah lulus. pagi tadi dah ambik kunci. petang ini dah boleh pindah lepas habis kelas. di bilik baru, saya duduk sorang dulu. tapi takpe, bilik kawan just depan bilik yang baru je. buka pintu nampak. hihi.. nampaknya kena beli lampu study/meja untuk buat peneman malam. kalau nak bukak lampu atas, cerah sangat bila nak tidur.

dan lepas ini boleh keluarkan barang dari beg dan kotak sebab dah comfirm boleh pindah bilik. yahuuuuu.. :) :)

pengajarannya kat sini, jangan ambik mudah aurat kita dengan non-muslim walaupun diorang perempuan sebab aurat kita dengan mereka ada seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. mungkin ada pendapat yang membolehkan sebahagian aurat boleh dilihat oleh bukan islam tapi sekiranya kita mampu menutup semua, sebaiknya kita tutup. tepuk dada tanya iman..

boleh baca di SINI untuk lebih lanjut dan SINI.


Friday 29 August 2014

tangan kanan




selalu terjumpa fakta macam ni kat fb twitter etc. dan haritu, ada kawan post gambar fakta ini kat weechat. baca. memang kena dengan diri ini. maka, saya pon decide untuk buat review sejauh mana fakta ini kena dengan diri saya. chewah.. macam professor buat ulasan kat tv pulak gayanya. heuheu..

Fakta Orang Pakai Jam Pada Tangan Kanan

1. Seorang yang keras kepala
keras kepala? ermm.. entahlah.. mungkin laa kot bagi sesetengah perkara. rasanya tak ada lah keras mana. medium je kot kekerasannya.. hihi..

2. Seseorang yang kuat memberontak
kuat memberontak.. ehhh.. tak adalah.. saya orang baik.. hehe.. okay okay... sikit je kot ada.. tidaklah selalu menmberontak. mungkin memberontak secara kecil-kecilan. takda lah pulak memberontak sampai nak bakar something.. kan. biasalah.. jiwa remaja mudah memberontak. haha.. perasan remaja.. ehhh. memang remaja lagi pon sebab masih 19.

3. Tidak suka orang mengarah dia
yang ni macam setuju sikit. tak berapa suka orang yang mengarah-arah sesuatu yang sememangnya saya dah tahu ataupun memang saya dan nak buat. bila disuruh lagi, mood saya akan ermmm.. tapi tak sebuat benda yang disuruh buat saya tak suka. cuma untuk sesetengah perkara sahaja yang saya tak suka orang mengarah saya. takkan lecturer suruh buat assignment pon nak ermmm juga kan. ^^

4. Seorang yang setia
haii.. yang ini tak dapat eden nak pastikan sebab tak pernah in relationship. rasanya setiakan kot.. sebab kalau melihat kepada benda-benda yang saya suka, saya akan jaga benda tu. macam novel yang saya ada, saya akan balut dan simpan elok elok. kalu ada orang nak pinjam, saya pesan kat orang tu supaya jaga baik baik.

5. Hati kering (Tak kisah apa orang kata pasal dia)
sebenarnya, saya ni sensitif juga. mudah terasa. tapi itu semua bergantung pada keadaan juga, ada je masa saya tak kisah apa orang kata. just go on with our life. as long we happy. no need to worry. :)

6. Garang, tapi manja dengan yang tersayang
garang, yang ini setuju. biasanya garang dengan adik adik. tapi sekarang dah kurang. tak garang sangat macam dulu dulu, kalu manja dengan yang tersayang.. ermm.. manja dalam konteks apa tu. rasanya takde lah manja sangat kot dengan keluarga. biasa-biasa je rasanye.

7. Suka menyendiri bila ada masalah
kalau tak ada masalah pun, saya memang suka pon menyendiri. nak buat macam mana, memang saya jenis macam ini. tak suka libatkan orang lain. saya lebih selesa kalu sorang sorang. contoh kalu makan, saya suka tapau makanan dan makan kat bilik (kat hostel) berbanding makan dengan kawan-kawan kat kafe. bila makan dengan kawan-kawan, diorang makan sambil berborak. jadi lambat habis makan kalu saya tak suka bercakap dan cuma fokus kat makanan je. jadi, selalunya saya sudah makan cepat dan terpaksa tunggu diorang .

8. suka tolong orang dalam kesusahan
okay, sejujurnya, tak ada lah selalu, bila mampu tolong, saya tolong. contohnya, masa kat matrik dulu, student kalau akhir bula je mesti kering duit kan. begitu juga dengan saya, jadi, kitorang memang ada banyak cara untuk berjimat. pagi hanya minum air dan kitorang akan makan pagi pada pukul 10 dimana masa tu lauk tengah hari ada dah siap. jadi, makan pagi dah tengah hari digabungkan sekali. RM3. dan untuk makan malam, kitorang akan turun kafe petang dan makan makan bergoreng spt nasi goreng, kuey teow, mee goreng dll. RM2. jadi sehari spend lebih kurang RM5. tapi, lama-lama kering juga duit tu.. jadi kalu kawan dah takda duit, saya bagi pinjam, kalu saya pula takde, dia bagi pinjam.. hahh.. macam tu.. keke

9. pendiam, tapi bila dah rapat kalah mulut murai
saya memang pendiam dengan orang yang tak berapa rapat. kalu tak kenal lagilah pendiam. saya jenis tak reti nak bersosial dengan orang lain. entah kenapa. tapi, bila saya dengan kawan kawan rapat.. saya takdelah diam sangat. ermm.. ok kadang-kadang diam juga. tapi kalu saya ada mood nak bercakap banyak.. boleh tahan pot pet juga, tapi takdelah sampai burung murai pon kalah.. melampau lah gitu.. kan kan

10. seseorang yang pantang dicabar
erk.. rasanya tak kot. disebabkan saya ni seorang yang pasif je, kalau kat kuliah, tak ada sangat orang kenal, budak tak popular katakan..jadi takda lah orang yang nak cabar cabar ni.. untuk menguji kesabaran ini. sebenarnya, best tau jadi budak tak popular. low profile macam ni sebab hidup lagi aman kot.. kekeke

ermm.. tu je kot rasanye. saya rasa saya macam banyak melencong sikit kot daripada point asal kat atas ni.. uh.. biarlah.. asalkan menaip sudaaaa.. heuheu.. ^^
KBYE

Monday 25 August 2014

homemade craft


awal cuti hari tu, saya ada cakap buat satu list kan. list perkara yang nak cuti 3 bulan ni. cuba teka.. berapa yang berjaya dibuat. hanya satu per tiga je. sadis betul. tu pun 3 hari yang lepas baru start buat casing phone. 3 dah siap. satu dalam proses, satu lagi error.. ha ha.. hanya bertahan sehari je buat sume tu.. keesokkan tu berhenti buat. bila berhenti buat, nak start balik memang susah.

cadangnya, selain sarung phone ni, ingatkan nak buat kerincing juga. yang simple-simple sudahlah.. design dah ada. cuma kena rajinkan diri untuk potong felt dan jahit.. dalam perancangan juga nak buat kerincing character cartoon or infinite chibi.. ermm.. lepas ni kena mendesign. kalau lawa, bolehlah buat. kalu tak.. buat dalam mimpi jelah kot.. haha

tapi setakat tiga yang dah siap, memang puas hati atas hasil kerja tu. hihi... nanti kalu dah siap semua, inshaallah kalu rajin, akan di upload gambar kat sini. harap-harap rajin. nanti bila dah masuk sem baru mesti susah dah nak update blog bagai. ermm

Monday 18 August 2014

Deokbukki part2


yeah.. pagi ini masak deokbukki lagi. separuh daripada yang lebih semalam. kiranya ada lebih lagi. tak tahu nak masak bila lagi.. keke.. dan kali ini, tak lupa ambil gambar macam semalam ye.. hari punya gambar lagi banyak. :)

untuk resepi klik SINI

gandingan mantap rice cake, fish cake dan bebola :p

masih suci lagi.. kekeke

nampak tak. tengah mengelegakk tu.. kuah pun dah semakin pekat

yeah... dah siap hahh

close up.. mengeliurkan tak? ini versi kampung tau 

nganga mulut.. ahhh.. yum yum

KBYE~

Sunday 17 August 2014

Deokbukki


inilah dia... dah selamat sampai dalam perut. :p


wow.. hari ini saya buat kerja gila.. ha ha ha.. sebenarnya tak gila pun, cuma saya cabar diri ini buat deokbukki. tehee.. dah lama cari resepi dan cara nak buat ni., dah hafal lam kepala cara nak buat. senang je kalu buat dalam bayangan kita. ka ka ka

entah kenapa tadi , tetiba jadi rajin nak buat. tengah syok melayari internet, tiba tiba berhenti dan terus ke dapur. buat apa? buat homemade rice cake. memang bertungkus lumus dan kerja kuatlah tadi. berperang dengan rice cake tu. saya rasa, saya kukus tak cukup lama. sebab tulah adunan tu macam keras sikit pada sebahagian kecil adunan.. chewah.. kemain ayat yang saya tulis.. lain kali kena tambah 10 minit lagi. tapikan, best betul duk menguli tadi. keh keh..

lepas homade rice cake, siap, saya buat deokkbukki pulak.. ingat nak buat esok.. dugaan dan cabaran banyak sangat.. tak boleh nak tahan hati ini yang meronta ronta nak makan juga.. maka saya pun buatlah.. disebabkan, sini bukan korea, maka memang takdelah barang-barang macam resepi asal tu, korean groceries store pun takde kat tempat saya tinggal ini. maka, saya gunalah barangan tempatan.. main campak-campak je masa masak tadi.. nak resepi simple saya.. resepi ini sangat sesuai bagi sapa-sapa yang teringin nak makan deokkbukki, tapi tak tahu nak belikan mana barang-barang semua tu.. jadi, gunalah resepi saya yang cukup simple ini. sebab saya tak suka benda yang terlalu complicated. keke


Rice Cake

2 cawan tepung beras
1 cawan air panas/suam
1 sudu teh garam

- adunkan semua bahan ke dalam loyang
- kukus selama 25-30 minit
- keluarkan adunan, tumbuk adunan dengan kalu penguli selama 5 minit
- kukus lagi selama 25-30 minit
- siap dikukus, keluarkan. biarkan sekejap

yeah.. masa untuk menguli doh. disebabkan doh saya ni keras sikit.. sikit je.. saya terpaksa tumbuk banyak kali dengan kayu penggelek dulu biar kasi lembut sikit dan senang nak dibentukan nanti.. adunan tu saya tak buat sekali gus.. saya bahagikan kepada 4 bahagian. maknanya proses tu saya buat 4 kali. untuk satu bahagian tu, saya uli dengan tangan dulu buat bulat lepas tu baru golek golek jadi silinder panjang.. ikut korang nak buat besar mana, kalau saya, saya buat besar sikit dari pencil. lepas tu potong. paanjang lebih kurang 2 inci macam tu..

sebenar terpulang dekat korang korang nak buat besar atau panjang mana. maka, pandai-pandailah ikut citarasa anda. lepas siap semua, letak dalam bekas dan simpan dalam peti.

okey, untuk deokbukki ini, saya tak guna semua rice cake yang saya buat tadi, rasanya saya hanya guna 1/5 sahaja.. kiranya, kalu buat semua, mungkin cukup untuk 4 orang makan (portion sederhana) sebenarnya, saya tak sukat pun tadi. jadi saya agak agak je untuk tulis resepi ini. korang pulak jangan ikut 100 peratus, sesuaikan lah ye masa memasaktu. kalu rasa tawar, tambahlah lagi garam.. kalu macam kering sangat, tambah sikit lagi air... kalu rasa nak tambah benda lain macam bebola ke pun boleh. okay..



Deokbukki (untuk 1/5 bahagian)                       kalu guna semua rice cake - saya agak je ye

rice cake *1/5                                                     rice cake *semua
fish cake  *1 batang, dipotong dadu                  fish cakes  *5 batang, dipotong
1 setengah cawan air                                          5 cawan air
1 sudu besar pes cili (cili boh)                            3-4 sudu pes cili
1-2 sudu besar sos cili                                        3-4 sudu sos cili
garam secukup rasa                                            garam secukup rasa


- masukkan air, tunggu sampai masak bergelegakkk
- masukkan rice cake dan fish cakes, biarkan sekejap
- masukkan pes cili dan sos cili
- biarkan mengelegakk sehingga kuah pekat

saya tak guna cili boh yang biasa tu, tapi saya guna cili boh yang dibuat orang kat daerah saya, dia agak pedas sikit. dan untuk sos, guna yang pedas ye.. sebab sesetengah jenama, sos cili tak berapa pedas sangat dan rasa sedikit masam. kalu ada serbuk lada lagi bagus.. kasi pedas gitu.. keke.. psstt.. hasil mungkin berbeza sebab cili boh dan jenis sos. tapi, bagi saya, yang saya buat ni, saya boleh bagi 7/10. memang puas hati bila makan.. sedap delicious.. yum yum


korang bolehlah cuba buat ye..


>>gambarlagi<<

Friday 15 August 2014

jongie's day


ehem.. hai. lama betul tak menulis kat sini. ermm.. tak tahu lah kenapa sejak kebelakangan ni macam tak ada mood je. asyik emo je dan cepat sensitif. tapi, dah taknak dah macam tu lagi. buka lembaran baru. chewahh. so, apa yang berlaku pada aku sejak dua tiga menjak ini. sebenarnya tiada apa yang menarik pun. hidup aku berjalan macam biasa. ikutkan, kerja yang utama yang aku buatnya sibuk dengan drama, update instagram, aktif kat twitter. dan aku juga start aktif kan tumblr yang sekian lama dianaktirikan oleh aku, haha..

haritu, tengah syok usha-usha tumblr, then, terjumpa satu post. ada seseorang buat projek, kumpulkan something untuk dihantar kepada jongie. kiranya dia tolong memudahkan kerja inspirit yang tak rajin. ha ha. sebelum ini aku dah tahu dah project tu dari monodrama. maknanya, dia ni lebih kurang orang perantaraan antara sesetengah inspirit dengan master fansite. maknanya, kalu nak join melalui dia, hanya perlu send melalui email je. kan senang tu. tak payah nak kena post surat bagai kat fansite unni. hehe.. aku kan tak suka benda yang complicated.

dan ini adalah kali pertama aku join event macam. first time tulis fanletter. lebih kepada bday wish sebenarnya. aku buat ala-ala kad macam tu. ambil satu gambar yang berkenan, then edit dengan background baru. amat berpuas hati dengan hasil kerja aku. purple theme. haha.. short message, simple edit and beautiful.. keke.. angkat bakul sendiri nampak.  :P  ke ke ke.

dan minggu ini juga tengah berlansung That Summer 2. 7 days. one day per member. so, 7 special stage. tengah tunggu D-7. hehe.. small eyes hamster punya special stage.. wink wink. harap ada fancam yang lawa. tadi tengok fancam jongie punya special stage.. haha.. im impressed with him. different image than usual stage.. thumbs up.


inilah dia.. yang ni ver takde ayat. haha.. ayat ayat itu hanya aku yang tahu.. 
dan orang itu. ke ke ke saja aku sengaja resize gambar jadi kecil. haha



Sunday 3 August 2014

Raya 2014


assalamualaikum..

harap tak terlambat lagi nak ucap SELAMAT HARI RAYA walaupun harini dah raya ke tujuh. hehe.. busy sangat beraya agaknya. kekeke

aku rasa, raya tahun ni lah aku tak lekat sangat kat rumah. berjalan je kerjanya.. tapi ini bukan merayap merata tapi melawat rumah-rumah sedara dan kawan-kawan sempena beraya. untuk merapatkan sillaturahim gitu. kan.. :)

macam biasa, raya pertama memang aku balik kampung lepas solat raya. pahtu pergi rumah sedara mara.
raya kedua ada family gathering belah mak aku. lagi tepat belah nenek aku (belah mak). berkumpul daripada keturunan moyang hingga cucu cicit. moyang dah takde tapi tok sedara masih ada.
raya ke tiga duduk rumah je, tapi sedara ada datang rumah.
raya ke empat pergi reunion ayah, reunion Ting 6 dulu. petang tu aku pergi jejalan raya dengan kawan kawan sekelas masa sekolah dulu
raya ke lima pergi rumah mak sedara, balik tu pergi kenduri, petang tu keluar lagi, kali ini dengan geng-geng rapat sekolah dulu sebab raya 4 diorang sibuk. hari ini aku rasa aku makan paling banyak.. haha.. naiklah berat lagi..
raya ke enam, berehat kat rumah je sebab esok dah kerja. erkk.. aku tak kerja, tanam anggur je kat rumah.


okay lah.. tertiba aku malas nak menulis sebab mouse aku rosak. nampak macam takde kaitan kan... tapi bagi aku, tu semua ada kaitan,, haha sebab aku suka guna mouse, kalu takde, rasa tak syokk.. KBYE

Saturday 12 July 2014

1-4-3





her voice are sooo nice.. i think it the best eng cov for this song i guess.. 
psttt.. waiting for high school love on episode 2 with eng sub.. ah ha ha

Monday 7 July 2014

High School : Love On




drama yang ditunggu-tunggu sejak 2 bulan lalu. sepatut hari jumaat lepas first episode tapi atas sebab tertentu, terpaksa ditunda jumaat depan. seminggu lepas. takpe, kalau dua bulan sanggup tunggu, seminggu tu kacang jekan.. ha ha ha.. cakap memang senang kan. kah kah kah

tak sabar nak tengok episod pertama. 11 july first episode.. haha.. yesss.. esoknya pasti dah ada orang tolong sub kan.. kalu nak tunggu kbs world.. alamatnya lambat lagi lah.. sebab 29 july baru first episod.. 2 minggu beza.. hehe



Friday 4 July 2014

tiba-tiba terkunci.. opsss


tetiba rajin nak lukis, senang sikit nak faham kan.. 


ini kisah berlaku petang tadi.  pukul 4.00 pm

macam biasa, aku selalu duduk dalam bilik buat kerja yang patut aku buat, sekali tu aku nak keluar dari bilik. pulas tombol pintu tapi pintu tak boleh buka. saat tu aku tahu yang pintu aku tersekat. yang kat dalam tu tersekat walaupun pintu tak berkunci. adoyy.. macam mana nak keluar??

aku panggil adik aku suruh buka dari luar. mana tau boleh ke kan. malangnya, tak boleh juga. aku try 'cokeh' dari dalam dan tetap tak boleh. yang kat pintu tu, orang panggil apa entah.. tapi yang punat kecil tu memang dah lama panah, tapi entah macam mana hari ini baru nak terjadi terkunci tiba-tiba macam ini.

adik aku hulurkan skru driver kat tingkap untuk cungkil tapi aku tak reti nak buat. haha.. aku pun suruh adik aku masuk dari luar guna laluan rahsia. terima kasih kat adik aku, pintu tu berjaya dibuka. tak lama lepas tu ayah aku tanggalkan tombol pintu tu.

jadinya, bilik aku dah tak ada tombol pintu. ada satu lubang. boleh nampak dari luar... jadi aku tutup lubang tu dengan kotak yang dah aku gunting bentuk bulat. pintu pula, kalu aku nak tutup aku guna penyendal pintu.

okay.. tu je kisah yang tak dijangka yang berlaku kat aku, kali kedua pintu bilik terkunci. kali pertama berlaku masa kat matrik dulu. masa study week  sem satu pulak tu. masa berlaku memang rasa azab sangat sebab tengah malam masa tu. fello pulak ramai tak kat hostel sebab balik kampung untuk raya haji. aku dengan roommate aku sorang lagi, dahlah tak balik raya haji, sekali.. pintu bilik terkunci pulak.. tapikan, bila ingat balik, smeua tu kenangan manis kot.. tersenyum ke telinga kan.. ha ha ha

Thursday 3 July 2014

urmmm


bila tiba bulan ramadhan ni, terasa rajin je nak update blog. ada je idea nak tulis pasal apa. mungkin ini keberkatan bulan yang mulia. :)

tapikan, sejak start puasa ahad haritu, harini terasa agak letih berbanding hari sebelum ini.

pagi tadi hantar adik pergi sekolah. tertinggal beg baju. balik rumah pergi hantar lagi. pukul 9 pergi majlis temu murni/mesra adik lagi. ohh.. aku ada jumpa lagi cikgu aku masa sekolah menengah kat majlis ni. 3 jam duduk kat kerusi dengar orang bercakap. urgghhh.. bosan plus mengantuk plus sakit belakang sebab duduk lama. lepas habis pergi naik kelas adik tingkat 3 untuk sign kad prestasi. turun tangga, tergelincir. jatuh kedebuk kat tengah tangga. mujur tak sakit. urmm.. tapi tak tau lah sakit tu tak datang lagi.

lepas tu pergi kat bandar sebab nak pergi pejabat pendaftaran negara untuk ambik ic. haha.. awal bulan 4 buat, bulan 7 baru pergi ambik. ha ha ha. pakcik tu tegur sebab lama betul tak ye.. sambil-sambil tu borak dengan pakcik. dia tak tahu pasal kampus baru universiti aku, tapi dia tahu pasal satu taman ilxx kat tempat tu. padahal kampus aku kat taman ilxx juga. dan nanti u aku akan ambik alih projek taman ilxx yang terbengkalai tu.

lepas tu aku pusing-pusing kedai.. tukar screen protecter. masuk kedai kasut. 4 kali cuba kasut yang berlain yang aku berkenan, semua saiz yang paling besar tak muat. padahal sikit je kaki aku lebih. nak buat macam mana. kaki besar sangat. haritu kat kedai lain pun macam tu juga. tapi tadi ada satu kasut. kalau saiz tu tak habis stok.. mesti dah boleh aku beli, tapi malangnya dah habis. yang kat display tu.. ketat sikit je. kalu saiz atas dari yang tu memang muat lah. takda rezeki lah tu. malas nak fikir balik. aku keluar.

keluar kedai kasut, masuk kedai kain. bukan nak beli kain raya ye.. nak beli kain hitam untuk buat seluar dan skirt labuh. harga lepas kurang rm 10 semeter. aku beli 4 meter. jumahnya rm40. disebabkan aku nak pergi ambik adik aku sekolah menengah, aku merayau-rayau ke sebab nak cukupkan masa. malas nak balik rumah. sebab kalau aku balik rumah ibarat aku buat pusingan u je sebab sekolah adik adu tu berapa meter je dari deretan kedai tu.

lepas ambik adik balik rumah, tak  lama lepas tu pergi ambil mak pulak kat sekolah. masa balik tu, aku bagi mak aku bawa sebab aku rasa tak larat je.

kalu mak aku tinggal kereta kat rumah, macam ni lah rutin aku setiap hari. jadi drebar part-time. ha ha ha. mungkin aku rasa letih sangat kot harini sebab biasanya, aku duduk rumah je, tertiba je hari ni aktif semacam. mahu tak terkejut badan. heehee.. :p

terasa nak tidur je. tapi dah nak dekat asar. tak elok kan tidur lepas asar. lagi-lagi pada bulan ramadhan ni. okay.. bye

ahahh.. mengoda tak.. hihihi :P


psttt.. pudding roti yang buat semalam besttt.. nanti nak buat air bandung untuk berbuka.. tehee..


Wednesday 2 July 2014

[lyric] Light




Hamster gyu - Light

Shine You’re The Light

Did you come into my heart?
Tell me, since when?
When I turn my head
I think about your eyes

Can I Could I Be Your Man
Time seems to be flowing toward you
At your wordless gestures
I can’t close my eyes
You get even clearer
So Give Me The Light
Give Me The Light

Your shining smile melts me
It reveals the world, it shines in front of me
Even if everything changes and disappears
I only feel your light
Light in my eye

I, I, I I’ll go to you
I try to avoid it but I can’t, I can’t wait anymore
You, you, you, hold my hand
You can’t avoid it, I will have that light right now

Your shining smile melts me
It reveals the world, it shines in front of me
(You Light Up My Night You Make Me So Right)
Making me see everything

Give Me The Light
The light that always shine in front of me

I Wanna Kiss You
I Wanna Hold You Tight
I want to share everything with you
I hope you’ll lean on me

You, You, You, come to me
Even if this moment gets erased, I won’t let you go
I, I, I, hold your hand
Can’t Let You Go
Wanna Make You Feel My Love

Lady, Lady Cuz You Are The One For Me
Even after time passes
Wanna Be Love Your Love
So your heart won’t hesitate

I’ll carefully go to you, little by little
Naturally, I will show you

kurang khasiat lebih khasiat




tadi, aku borak dengan adik yang muda 8 tahun. tiba-tiba termasuk satu topik pasal kawan sekelas dia. dia cakaplah yang kawan dia kalu kat sekolah tak minum air masak.


adik : kawan kita tak minum air masak pun kat sekolah

aku : okay.. habis tu minum apa?

adik : nampak slalu minum air gas je. kadang-kadang tu sampai 2 cup.

aku : ohh,, yeke

adik : tapi dia kurus

aku : kuruslah sebab tak cukup khasiat. ce tengok.. orang baru cukup khasiat

adik : eleh.. tu terlebih khasiat tu


adoyy.. kurang asam punya adik. boleh dia memperlekehkan kakak dia. tahulah chubby.. tak banyak.. sikit je.. keke terasa tau.. #deep. ha ha ha.. takdelah terasa pun. gurau je tu dia. dah selalu kena.. alah bisa tegal biasa katakan.. erkk. rasa macam apa yang aku tulis ini takde motif yang jelas. kbye~

[resepi] Puding Roti


puding roti memang antara makanan yang aku suka. tapi aku tak suka yang lebik punya, aku suka yang kering macam tu tapi takde lah terlalu kering ye.

disebabkan ini bulan puasa, roti keping tersangatlah tidak laku kat rumah aku. memandangkan roti yang dibeli sehari sebelum puasa masih lagi ada, aku buatlah keputusan untuk buat puding roti bakar. disaat aku menulis, puding roti itu telah pun berada dalam oven. kekeke

ini resepi yang aku guna. ringkas tapi padat. sebab aku tak suka resepi yang rumit. HA HA. well, that was the real me. pemalas.  :p



Resepi Puding Roti Mudah dan Sedapp

bahan-bahan:

 8 keping roti
 2 cawan susu segar
 4 sb gula halus
 1 biji telur
♫ 1 st esen vanilla

cara-cara:

 satukan semua bahan kecuali roti ke dalam sebuah loyang dan kacau sebati.
(guna loyang yang sesuai saiznya)
  carikkan roti dan masuk ke dalam loyang. tekan roti dengan sudu berulang kali supaya bancuhan menyerap dengan berkesan. keke.
  masukan ke oven dan bakar pada suhu 200°c selama 30 minit.

    **bergantung kepada oven masing-masing. adjust sendiri ye.
    **kalau nak tambah kismis ke coklat cip ke..terpulang ye. 


okay.. tak sabar nak tunggu masak dan makan untuk berbuka nanti. hehe.. kuih cara berlauk pun antara kuih yang paling aku nak makan masa bulan puasa. aku nak cuba buat sendiri juga kuih cara berlauk. tapi kat rumah aku takde sarang acuan. ermm.. kena usahakan untuk beli sarang acuan tu.. harap harap dipermudahkan. amin..


nanti kalau dah masak aku snap gambar. kalau rajin upload. kalau tak.. tak upload. muhaha..  :P

another me


seperti yang pernah dibagitau kat post yang lepas.. tapi mungkin aku dah delete kot post tu.. hehe.. ada bagitau yang hamstergyu adalah bias aku. muahaha.. aritu aku ambik keputusan yang drastik untuk beli album solo dia. haha.. entah macam mana aku ada keberanian nak beli.

dah lama aku survey album. sekali tu aku terjumpa satu seller yang jual pre-loved album dia. murah pulak tu. aku apa lagi... terus set dalam kepala nak beli atau tak. dekat 4-5 hari juga aku fikir. last-last aku decide untuk beli sebab kalu aku tak beli, takut aku mnyesal dikemudian hari.

aku bank in duit rabu.  sebab hari tu je aku ada transport nak kuar. disebabkan seller tu baru balik dari overseas jadi dia post parcel hari jumaat. hari isnin lepas album tu sampai dah sampai. memang the best perkhidmatan akak tu. pantas dan cekap.

harga album tu RM 26 include postage. aku dapat album + poster + sticker. aku rasa dengan harga itu memang berbaloi apa yang aku dapat. kalu aku beli yang baru harga mungkin RM36 dan kalu poster dah sold out.. memang tak ada lah jawabnya.

apapun aku bersyukur. terima kasih sebab diberi peluang untuk memiliki album ini. satu lagi, album yang aku beli ini ada hidden track. lagilah aku suka. aku tak pasti yang hidden track untuk album ini ada pada semua album atau tau. tetapi, kebiasannya, kalau album yang lain, tak semua ada hidden track. kalu hidden track album ini limited, maka aku antara yang bertuah. HA HA HA.

sekali lagi aku malas nak transfer gambar yang aku snap ke laptop. jadi aku cari gambar kat internet je..

bahagian belakang album~

aku  harap andai diberi peluang masa hadapan, aku nak kumpul semua album diorang. aku harap.  :) dan aku harap juga aku bertuah untuk menang giveaway yang aku join. amin~

coretan 2 July


ermmm.. hari dah masuk hari ke empat puasa. sekejap je masa berlalu. lagi 29 hari lagi dan syawal bakal menjelma. Insha-Allah. seperti biasa, aku duduk rumah tak buat apa-apa. macam kurang produktif je aku ni. buat kerja sia-sia je. surfing internet, insta, twitter, blog, surfing situ, buat research. ermm.. wish list yang aku buat untuk isi masa cuti 3 bulan ini tak bersentuh lagi. ermm.. entah bila aku nak mula buat tu.. aku pun tak tahu.

kalu ikutkan pengiraan kasar, masa yang aku spend duduk dalam bilik aku lebih kurang 70%. banyak tu. sebab tu mak aku cakap aku ni suka berkurung dalam bilik. haha. nak buat macam mana, memang personaliti aku macam ni. aku bukannya jenis suka bercakap. aku tak banyak bercakap dan aku lebih suka berdiam. disebabkan parents aku kerja dan adik aku bersekolah, kalu time aku cuti, mesti aku akan duduk sesorang kat rumah. dari pukul 7 pagi hinggalah 3 petang, aku tak bercakap.

kalu ada pun aku cakap sesorang tak pun dengan kucing. tu pun sikit je aku bercakapnya. time aku hyperactive, aku akan pasang lagu, then nyanyi. haha.. haritu ada satu hari, aku buka 3 lagu, aku karoake habis-habisan. rumah takde orang, bolehlah aku nyanyi kuat-kuat. hilang, lebih indah, bukan cinta biasa.

sekarang aku dah jarang tengok tv. entah rasa takde mood nak tengok. kalu dulu time aku cuti panjang lepas spm dan matrik, pagi-pagi mesti aku duduk depan tv tengok drama. tengok drama korean. haha.. aku jarang tengok drama melayu, bukan aku anti, tapi aku tak rasa nak tengok. tapi untuk tak bermakna aku dah tak layan drama korean. aku still layan lagi. tapi aku tengok online je, kalu rajin aku download.

satu lagi benda, cuti ini, tetiba lah aku rajin nak join giveaway. banyak juga giveaway yang aku join. lebih 20 giveaway tau. HA HA. aku siap buat catat lagi. sekali dengan due date takut terlepas pandang. namun yang sedihnya, setakat ni aku tak bertuah lagi. takpe.. tunggu untuk giveaway yang tak tamat lagi. harap-harap aku bertuah lah. amin..


ermm.. tu je kot apa yang aku nak cerita harini. maaf takde gambar. malas nak upload. ha ha ha  ^^

Tuesday 17 June 2014

karaoke 3 lagu


hari tak tahu nak buat apa. rasa nak habiskan suara. biar suara serak.. hakhak..
bukak 3 lagu kat youtube yang ada lirik pastu nyanyi ulang ulang kali

najwa latiff - hilang
siti nurhaliza - lebih indah
siti nurhaliza - bukan cinta biasa

bukan cinta biasa tu lagu feveret aku dari dulu. tak pernah bosan dengar lagu ini.
kat bawah kau ada letak lirik lagu

bukan cinta biasa

Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

( korus )
Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawabnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan

wishlist cuti 3 bulan




cuti 3 bulan. banyak masa lapang tu. nak kerja, mak ayah tak bagi. katanya duduk rumah.. buat apa yang patut kat rumah. basuh baju.. lipat baju, kemas rumah.. disebabkan nak jadi anak yang solehah, kenalah patut apa yang mak ayah cakap kan.. keke..

dalam perancangan aku, cuti 3 bulan ini akan nak guna dengan buat aktiviti yang berfaedah. selain buat aktiviti wajib aku.. aku akan  buat juga aktitivi sampingan. antaranya..

1. casing telefon untuk 5 orang. untuk kawan-kawan aku sebenarnya. aku dah buat dah satu dulu kat diri sendiri. jadi tibalah masa untuk orang lain pulak kan. aku buat casing tu guna kain felt.

2. jubah. sebelum ini pernah jahit blouse. untuk misi aku mejahit jubah ini, sebenarya aku dah siap beli kain. kain coraknya berkaki tu.. corak tu memang aku berkenan sangat. lawa bagi mata aku. tapi malangnya, kain itu tak cukup untuk aku. aku lupa yang aku tak boleh beli yang yang berpasang tu sebab kain pasang cuma 4 meter. tak juga besar untuk badan aku, maklum lah aku ni berisi sikit. 4.5 meter baru boleh. tapi sebenarnya kalu nak buat jubah boleh je 4 meter. tapi biarlah. mungkin tu bukan rezeki aku. mungkin nak suruh bagi hadiah kat mak aku. jadi, aku bagi kain tu kat mak aku. bagi untuk buat baju raya.  :)

3. siapkan cerpen. aritu aku ada buat cerpen. tapi separuh jalan je.

tetiba rasa malas nak menaip. mungkin mood menulis lari. idea pun kering kot.

kekeke :p

Tuesday 3 June 2014

3 bulan cuti




sekarang baru je habis final exam sem 2. exam start 25 habis 29 jun. 30 jun aku balik rumah. uni akan antara yang terawal exam. aku dah abis exam kawan-kawan u lain baru masuk study. sesetengah tu lambat lagi. hehe.. nikmatnya..

macam mana boleh exam awal ni? sebabnye kitorang masuk awal sem 2 haritu.. orang lain sedang enak bercuti lagi, kitorang dah start belajar awal-awal.. tehee.. jadi kali ini cuti 3 bulan 1 minggu lebih sket.. :p

so, banyak benda sebenarnya yang tengah bermain dalam kepala otak ni apa yang nak dibuat sepanjang cuti 3 bulan ni.. antaranya..


  • update blog sebanyak yang mungkin.. *erkk.. aku cuba sedaya upaya
  • habiskan cerpen "kisah tiada tajuk"   *bila berhenti terasa malas nak sambung
  • jahit craft *casing tepon untuk kawan-kawan
  • jahit jubah, blouse  *feeling excited
  • hangout dengan kawan sekolah *kena plan ke mana mahu pergi.
  • habiskan movie drama vs tertangguh dan senarai menunggu.. *hakhakhak
  • sketching *kena tajamkan lagi skill tu..
  • turunkan berat badan? *urmm.. kalu terdaya buat
  • recall balik programming sem 1 *persediaan sem depan
  • ermm.. banyak lagi kalu ikutkan.. tapi tak larat nak senaraikan semua... peace!!!

tiba rasa mengantuk *tengok jam.. ermm patutlah.. dan sampai waktu yang selalu aku tidur.. gud night!


#ArirangTVevent

haha..

dalam sejarah aku join contest semata mata nak menang Album...
aritu aku ada join contest biasa yang tak perlu ambil gambar tunjuk muka bagai..
just repost picture je dan hashtag. yang tu punya result sepatut umum 30 jun ni tapi ditangguh hingga 31 july. lambat lagi lah maknanya berbanding yang arirang ni..

tapi kali ini aku ada join Arirang TV punya contest. gila lak.. tetiba aku berani nak join..


semata-mata nak join ni aku sanggup buat extra insta account satu lagi. yang sedia ada memang dua, personal dan fandom. bila buat satu lagi yang khas semata-mata contest ni, jumlahnya jadi tiga. hakhakhak

sebenarnya, lama juga aku fikir.. nak join atau tak. last-last aku ambik keputusan untuk join sebab nanti takut aku menyesal. lagipun just ambik gambar. adalah muka aku sikit. nanti kalu tak menang aku delete lah gambar tu. tapi, aku berharap sangat aku ada tuah dan menang album ni. kalu boleh aku nak Season 2 album.. tapi kalu boleh exo pun takpe lah.. asalkan dapat...

harap-harap aku dapat. aminnn~.. tak sabar nak tunggu 11 JUNE 2014 ni.. hihihi~

Sunday 1 June 2014

home sweet home


home sweet home atau bahasa melayu nya.. rumah manis rumah.. hehe

ikut perancangan asal aku nak update blog semalam. semalam aku dah siap tekan new post lagi.. tetapi entah macam mana aku tertidur.. tulah sapa suruh buka laptop atas katil (laptop tu aku dah alas dengan buku kat bawah tu.. jadi udara mengalir dengan lancar ye).

kalu dah memang selalu tidur awal tu memang akan automatik tertidur bila sampai waktunya. biasanya aku akan selalu tidur pukul 11 camtu.. tapikan, biasanya..kalau aku berjaya tak tidur lagi lepas pukul 1.. mesti aku berjaga je sampai pukul 4 camtu.. hehe..

ok.. kembali ke jalan yang benar..

semalam.. 30 Mei aku balik rumah. ayah mak datang ambil sebab kena kosongkan asrama.. jadi barang tu banyak lah sikit berbanding masa balik cuti midsem. masa midsem punya cuti aku cuma beg galas dan beg kecik. kali ini satu kotak buku campur barang lain dan satu kotak lagi untuk printer, satu beg baju, satu beg laptop.. barang lain tinggal kat stor.

pukul 12 lebih camtu parents sampai. aku pergi simpan barang stor lepas tu angkut barang yang nak bawak balik masukkan dalam kereta. pukul 1.00 thari bertolak keluar dari hostel. pergi singgah rumah mak sedara dulu. lagipun ayah nak semayang jumaat. pukul 5 lebih sikit camtu baru bertolak balik.. sampai kat rumah pukul 8 malam. masa akan menulis ni.. sekarang dah pukul 9. kiranya dan 25 jam aku berada kat rumah..

balik rumah hari pertama terus keluar jalan-jalan.. sakit otot tangan tak hilang lagi sebab duk ulang alik bawa barang dari tingkat 4 kebawah... pagi tadi pergi makan roti canai kat kedai ayah kawan. lepas tu terus pergi mesra mall sebab ada pc fair. sekali ngan smartphone jugak.. sekali.. ayah pergi upgrade internet.. adik aku tersengih sengih je sebab dia dah lama usaha pujuk ayah aku untuk upgrade internet. hahaha.. aku pun tumpang gembira juga.. kehkehkeh.. heaven lah aku 3 bulan ni..

:p

Saturday 24 May 2014

Infinite : Memories





Infinite - Memories (Season 2)
[lyrics: Han Rom Eng]


sungjong: Hey 아주 오래된 기억이지만
Hey aju oraedoen gieogijiman
Hey, it’s a very old memory but
sungjong: 아직도 가슴이 먹먹하게 그리워서
ajikdo gaseumi meongmeokhage geuriwoseo
My heart still gets saddened because I miss you
hoya: 지금도 미치게 그 시절로 가고 싶을 때가 있어
jigeumdo michige geu sijeollo gago sipeul ttaega isseo
There are still times when I crazily want to go back to those times


sunggyu: 널 몰래 뒤에서 숨어 보며
neol mollae dwieseo sumeo bomyeo
I use to watch you as I secretly hid behind
L: 소리 없이 너를 불러 보며
 sori eobsi neoreul bulleo bomyeo
I use to call out to you without a sound
woohyun: 맘에 없었던 차가운 말투 철없던 자존심만 있었던
mame eobseotdeon chagaun maltu cheoreopdeon jajonsimman isseotdeon
When I said cold words that I didn’t even mean
When I only had immature pride


all: 내 생애 넌 가장 아름답던 소녀였어
nae saengae neon gajang areumdapdeon sonyeoyeosseo
You were the most beautiful girl in my life
all: 내 생애에 가장 행복했던 설레임을 줬어
nae saengaee gajang haengbokhaetdeon seolleimeul jwosseo
You gave me the happiest heart rush in my life
dongwoo: 지금도 그 시간이 아름답게 아프다
jigeumdo geu sigani areumdapge apeuda
Even now, those times are beautifully painful
L: 니가 그리워 난
niga geuriwo nan
I miss you
woohyun: 니가 그리워 난
niga geuriwo nan
I miss you


sungyeol: Hey 많이 애타던 시간이지만
Hey manhi aetadeon siganijiman
Hey, they were anxious times but
sungyeol: 그때 그 설레던 풋풋함이 그리워서
geuttae geu seolledeon putputami geuriwoseo
I miss the heart racing youthfulness
hoya: 다시 또 애틋한 그 감정을 느끼고플 때가 있어
dasi tto aeteutan geu gamjeongeul neukkigopeul ttaega isseo
There are still times when I want to feel those earnest feelings


L: 좋아해 혼자서 연습하며
johahae honjaseo yeonseuphamyeo
I used to practice saying I like you
dongwoo: 단 한번도 네게 말 못하며
dan hanbeondo nege mal motamyeo
But I never told you
sunggyu: 너만 몰랐던 뜨거운 심장 끝까지 전해지지 못했던
neoman mollatdeon tteugeoun simjang kkeutkkaji jeonhaejiji motaetdeon
Only you didn’t know about my hot heart that I didn’t tell you about till the end


all: 내 생애 넌 가장 아름답던 소녀였어
nae saengae neon gajang areumdapdeon sonyeoyeosseo
You were the most beautiful girl in my life
all: 내 생애에 가장 행복했던 설레임을 줬어
nae saengaee gajang haengbokhaetdeon seolleimeul jwosseo
You gave me the happiest heart rush in my life
woohyun: 지금도 그 시간이 아름답게 아프다
jigeumdo geu sigani areumdapge apeuda
Even now, those times are beautifully painful
dongwoo: 니가 그리워 난
niga geuriwo nan
I miss you
sungjong: 니가 그리워 난
niga geuriwo nan
I miss you


hoya: I.N.G. 아직 내 사랑은 아니겠지 우리 두 사람은
I.N.G. ajik nae sarangeun anigetji uri du sarameun
I.N.G you’re not my love anymore
hoya: 돌이킬 수 있다면 용기 내고파 너의 옆 사람 내가 되고파
dorikil su itdamyeon yonggi naegopa neoui yeop saram naega doegopa
But if only we can go back
I want to have courage and become the person next to you


dongwoo: 어쩔 수 없단 변명으로 엮인 유난히도 받아들이기 힘들었던 현실
eojjeol su eopdan byeonmyeongeuro yeokkin yunanhido badadeurigi himdeureotdeon hyeonsil
My excuse was that I had no choice, reality was hard to accept
dongwoo: 지금의 난 니가 너무 절실해 내겐 넌 전부이기에
jigeumui nan niga neomu jeolsilhae naegen neon jeonbuigie
But I’m so desperate for you right now
Because you’re my everything

woohyun: 넌 가장 아름답던 소녀였어
neon gajang areumdapdeon sonyeoyeosseo
You were the most beautiful girl in my life
all: 내 생애에 가장 행복했던 설레임을 줬어
nae saengaee gajang haengbokhaetdeon seolleimeul jwosseo
You gave me the happiest heart rush in my life

sunggyu: 지금도 그 시간이 아름답게 아프다
jigeumdo geu sigani areumdapge apeuda
Even now, those times are beautifully painful
hoya: 니가 그리워 난
niga geuriwo nan

I miss you
sunggyu: 니가 그리워 난
niga geuriwo nan
I miss you




note
lyrics combination, edited by: me
lyrics source : [Han Rom Lyrics]