Thursday 3 July 2014

urmmm


bila tiba bulan ramadhan ni, terasa rajin je nak update blog. ada je idea nak tulis pasal apa. mungkin ini keberkatan bulan yang mulia. :)

tapikan, sejak start puasa ahad haritu, harini terasa agak letih berbanding hari sebelum ini.

pagi tadi hantar adik pergi sekolah. tertinggal beg baju. balik rumah pergi hantar lagi. pukul 9 pergi majlis temu murni/mesra adik lagi. ohh.. aku ada jumpa lagi cikgu aku masa sekolah menengah kat majlis ni. 3 jam duduk kat kerusi dengar orang bercakap. urgghhh.. bosan plus mengantuk plus sakit belakang sebab duduk lama. lepas habis pergi naik kelas adik tingkat 3 untuk sign kad prestasi. turun tangga, tergelincir. jatuh kedebuk kat tengah tangga. mujur tak sakit. urmm.. tapi tak tau lah sakit tu tak datang lagi.

lepas tu pergi kat bandar sebab nak pergi pejabat pendaftaran negara untuk ambik ic. haha.. awal bulan 4 buat, bulan 7 baru pergi ambik. ha ha ha. pakcik tu tegur sebab lama betul tak ye.. sambil-sambil tu borak dengan pakcik. dia tak tahu pasal kampus baru universiti aku, tapi dia tahu pasal satu taman ilxx kat tempat tu. padahal kampus aku kat taman ilxx juga. dan nanti u aku akan ambik alih projek taman ilxx yang terbengkalai tu.

lepas tu aku pusing-pusing kedai.. tukar screen protecter. masuk kedai kasut. 4 kali cuba kasut yang berlain yang aku berkenan, semua saiz yang paling besar tak muat. padahal sikit je kaki aku lebih. nak buat macam mana. kaki besar sangat. haritu kat kedai lain pun macam tu juga. tapi tadi ada satu kasut. kalau saiz tu tak habis stok.. mesti dah boleh aku beli, tapi malangnya dah habis. yang kat display tu.. ketat sikit je. kalu saiz atas dari yang tu memang muat lah. takda rezeki lah tu. malas nak fikir balik. aku keluar.

keluar kedai kasut, masuk kedai kain. bukan nak beli kain raya ye.. nak beli kain hitam untuk buat seluar dan skirt labuh. harga lepas kurang rm 10 semeter. aku beli 4 meter. jumahnya rm40. disebabkan aku nak pergi ambik adik aku sekolah menengah, aku merayau-rayau ke sebab nak cukupkan masa. malas nak balik rumah. sebab kalau aku balik rumah ibarat aku buat pusingan u je sebab sekolah adik adu tu berapa meter je dari deretan kedai tu.

lepas ambik adik balik rumah, tak  lama lepas tu pergi ambil mak pulak kat sekolah. masa balik tu, aku bagi mak aku bawa sebab aku rasa tak larat je.

kalu mak aku tinggal kereta kat rumah, macam ni lah rutin aku setiap hari. jadi drebar part-time. ha ha ha. mungkin aku rasa letih sangat kot harini sebab biasanya, aku duduk rumah je, tertiba je hari ni aktif semacam. mahu tak terkejut badan. heehee.. :p

terasa nak tidur je. tapi dah nak dekat asar. tak elok kan tidur lepas asar. lagi-lagi pada bulan ramadhan ni. okay.. bye

ahahh.. mengoda tak.. hihihi :P


psttt.. pudding roti yang buat semalam besttt.. nanti nak buat air bandung untuk berbuka.. tehee..


No comments:

Post a Comment