Wednesday 2 July 2014

coretan 2 July


ermmm.. hari dah masuk hari ke empat puasa. sekejap je masa berlalu. lagi 29 hari lagi dan syawal bakal menjelma. Insha-Allah. seperti biasa, aku duduk rumah tak buat apa-apa. macam kurang produktif je aku ni. buat kerja sia-sia je. surfing internet, insta, twitter, blog, surfing situ, buat research. ermm.. wish list yang aku buat untuk isi masa cuti 3 bulan ini tak bersentuh lagi. ermm.. entah bila aku nak mula buat tu.. aku pun tak tahu.

kalu ikutkan pengiraan kasar, masa yang aku spend duduk dalam bilik aku lebih kurang 70%. banyak tu. sebab tu mak aku cakap aku ni suka berkurung dalam bilik. haha. nak buat macam mana, memang personaliti aku macam ni. aku bukannya jenis suka bercakap. aku tak banyak bercakap dan aku lebih suka berdiam. disebabkan parents aku kerja dan adik aku bersekolah, kalu time aku cuti, mesti aku akan duduk sesorang kat rumah. dari pukul 7 pagi hinggalah 3 petang, aku tak bercakap.

kalu ada pun aku cakap sesorang tak pun dengan kucing. tu pun sikit je aku bercakapnya. time aku hyperactive, aku akan pasang lagu, then nyanyi. haha.. haritu ada satu hari, aku buka 3 lagu, aku karoake habis-habisan. rumah takde orang, bolehlah aku nyanyi kuat-kuat. hilang, lebih indah, bukan cinta biasa.

sekarang aku dah jarang tengok tv. entah rasa takde mood nak tengok. kalu dulu time aku cuti panjang lepas spm dan matrik, pagi-pagi mesti aku duduk depan tv tengok drama. tengok drama korean. haha.. aku jarang tengok drama melayu, bukan aku anti, tapi aku tak rasa nak tengok. tapi untuk tak bermakna aku dah tak layan drama korean. aku still layan lagi. tapi aku tengok online je, kalu rajin aku download.

satu lagi benda, cuti ini, tetiba lah aku rajin nak join giveaway. banyak juga giveaway yang aku join. lebih 20 giveaway tau. HA HA. aku siap buat catat lagi. sekali dengan due date takut terlepas pandang. namun yang sedihnya, setakat ni aku tak bertuah lagi. takpe.. tunggu untuk giveaway yang tak tamat lagi. harap-harap aku bertuah lah. amin..


ermm.. tu je kot apa yang aku nak cerita harini. maaf takde gambar. malas nak upload. ha ha ha  ^^

No comments:

Post a Comment