Tuesday 31 May 2016

ump

Blok A dan B
sabtu lepas hantar adik daftar kat ump. ni kali kedua masuk dalam ump. kali pertama lalu dengan bas rapid kuantan masa trip ke gambang waterpark dulu. kiranya kali ini, official jejak kaki kat ump gambang laa.. haha..

ump dekat susur keluar LPT, jadi kalu dari rumah lalu kat LPT memang dekat. haritupun, tak sampai 2 jam dah sampai ump. kalau lalu jalan biasa, mahu 3 jam lebih kot baru sampai. untung ada lebuhraya. memudahkan dan cepatkan perjalanan.

hostel budak lelaki yang adik dapat macam apartment. satu rumah ada 4 bilik dan 2 bilik air. macam biasa, satu bilik kongsi 2 orang. tapi almari dan meja kecil dari macam tempat saya belajar sekarang. apapun, bersyukur. heehee. nak bagitahu, kat tempat saya almari dan meja boleh tahan besar juga. almari ada banyak ruang kosong dan meja memang best kalu nak buat kerja. boleh sepahkan meja dengan macam-macam. walaupun letak printer kat hujung meja, still rasa luas. okay, cukup. :D

apapun, kalu tak silap bangunan dan lebih daripada 6 tingkat mesti kena ada lift. haritu pun angkut barang guna tangga ke tingkat 5 sebab malas nak tunggu lift. ramai sangat yang beratur. tangga sini tak letih sebab anak tangga tak tinggi sangat antara anak tangga lain. sebab, sesetengah bangunan, walaupun 3 tingkat rasa letih sebab jarak anak tangga tinggi sangat. faham tak apa yang cuba disampaikan ni..?

okaylah, selamat belajar adik.. belajar rajin-rajin ye.
 .

cuti


dah seminggu cuti sem tapi coding satu pun tak jalan. sebenarnya cuti sem 2 minggu lebih je.. huwaa. sebab ada short sem untuk fyp2. lepas short sem terus praktikal. sekejap je masa berlalu. kiranya last semester adalah last ada final exam bertulis. tapi tak confident dapat dekan. probability nak dapat dekan amatlah rendah.

Saturday 14 May 2016

Artline Stick

haritu ada ternampal Artline Stick kat SMO. cute ke macam lego je bentuk artline. sebelum ini tak pernah nampak pulak. produk baru kot. ada banyak jenis tapi saya beli yang jenis 'brush marker'. 

macam lego kan sebab ada bulat-bulat timbul tu. beli ni dapat freegift tau. boleh letak kat marker ni. ala macam selipar crop yang boleh letak hiasan tu. macam tu la konsep dia. lebihkurang. 

bentuk segitiga haa... apepon nak bagitau, memang jatuh cinta betul laa dengan brush marker Artline Stick ni.. nyesal plak beli yang kotak kecil yang ade 4 batang je. baik beli yang besar sikit. takpe, nanti pergi SMO, nak beli yang besar.haha :P. ada orang nak belanja pun takpe gak. ada siapa yang nak belanja?

selain tu. ada beli marker ni gak. ada 24 colors. colornya memang lawa. tapi terkena sikit bila lukis kat atas kertas tak berapa smooth untuk colouring, 

okay.. tu je kot. apepon nak nak beli brush marker lagi. :D :D

Friday 6 May 2016

Kuey Teow Kungfu

okay, harini nak cerita sikit berkenaan Kuey Teoe Kungfu. saya pertama kali dengan Kuey Teow Kungfu ni masa sambung belajar ijazah kat sini. sebelum ni langsung tak tahu. memang saya kuey teow kungfu ini ada kat sini sahaja atau memang saya je yang tak tau. yelah, sebab keluarga saya bukan jenis makan kat luar, jadi mungkin tak tahu sangat menu masakan panas yang pelbagai jenis tu.

sebenarnya, tahu kuet teow kungfu ini dari sem satu lagi, tapi sem enam baru tergerak hati nak cuba. pertama kali makan, terus jatuh cinta sebab memang kena dengan selera tekak. kenapalah baru sekarang nak cuba dan baru tahu makanan yang awesome ini.. sejak kali pertama cuba tu, terus lepas tu asyik makan kuey teow kungfu je.. hahaha.


apa yang special ialah kuey teow ni dia goreng dengan telur yang dibancuh dulu.
 jadi, bila makan rangup je.

bertambah sedap bila kuey teow yang rangup ni dicurahkan dengan kuahnya.
memang pergh.. lazat. sedap sehingga menjilat jari. yum yum yum.

bila cerita pasal makanan ni terus rasa lapar..