Monday 29 August 2016

Selamat Tinggal~

alhamdulillah, sekarang dah ada kat rumah. semalam, 28.08.2016 hari terakhir di tembila. rasa sekejap je masa berlalu. pejam celik dah 6 semester plus 1 semester pendek dah berjaya dilalui di tembila. dah habis belajar di tembila. terasa baru je daftar masuk belajar 02.09.2013. sekarang dah nak habis bulan ogos. tinggal 1 semester lagi iaitu LI. lepas tu tunggu untuk graduation.

psst.. tak sabar nak jumpa sahabat semua pada hari konvokesyen nanti.

Thursday 25 August 2016

hari terakhir

Sayonara~
okay, hari ini hari terakhir kelas untuk kelas salesforce. buat suprise kat trainer petang tadi. dan juga sesi bergambar yang memang wajib untuk kenangan.

tapi, hari ini bukan hari terakhir yang lagi. ahad ini barulah hari terakhir berada di sini sebagai pelajar tahun akhir. selamat tinggal. pasti akan merindui tempat ini.

Friday 19 August 2016

Hiking Bukit Keluang

alhamdulillah, akhirnya tertunai juga hasrat untuk hiking Bukit Keluang. 3 tahun belajar sini, baru tercapai. lama betul mengambil masa.

okay, cerita pasal Bukit Keluang sikit. Bukit Keluang memang popular untuk hiking. Tinggi lebih kurang 200 meter dari aras laut. tak ada lah tinggi sangatkan tapi laluan untuk hiking memang agak mencabar bagi saya sebab laluan memang banyak yang curam dan perlukan ambil langkah yang tinggi. sebab itu kot saya cepat letih. Masa naik, dalam hati, rasa menyesal pulak. tapi bila dah sampai puncak memang berbaloi.

Antara aktiviti yang boleh lakukan kat sini..
  1. Berkelah sambil menikmati permandangan. ini memang wajib bila pergi pantai kan.
  2. Banana Boat (RM 10 per person. tapi tak tahulah akan datang harga akan naik)
  3. Ke Pulau Rusa (Naik boat, RM20)
  4. Hiking Bukit Keluang
  5. dan banyak lagi..

Gambaran Lalulan untuk hiking. Klik SINI untuk lokasi
Untuk hiking, adalah dua check point. maknanya ada dua tempat yang korang boleh mula untuk hiking. saya mula di checkpoint A dan turun di checkpoint B. Jarak A dengan puncak lagi jauh berbanding B. Tapi, A kurang curam daripada B. kawan yang bagitahu.sebab tu ramai yang mula dari A sebab senang untuk naik ke atas.

Laluan A
Laluan B
Untuk yang pertama kali hiking ke Bukit Keluang, saya sarankan untuk parking kereta di tempah parking yang berdekatan dengan B. then, jalan kaki ke A dan mulakan perdakian. Sampai atas, ambillah gambar sepuasnya dan teruskan perjalanan sehingga ke B sehingga jumpa tangga. Masa turun tangga, sempat lagi saya kira. ada lebih kurang 107 anak tangga.  bila berjaya turun, bolehlah korang beli air dan makanan sebab banyak gerai makanan ada di kawasan B. tapi, kalau korang nak mula dari B dan turun semula ikut B pun tiada masalah, ikut keselesaan korang. no hal lah.

ini tempat popular. wajib bergambar kat sini sebab permandangan memang cantik.
ini adalah antara sebab ramai orang bergambar kat sini. 
pondok untuk berehat di puncak
laluan tepi curam ada penghadangyang. belah kanan bawah adalah laut
nampak tak curam dalam gambar. tapi sebenarnya curam jugak. mungkin yang biasa hiking rasa tak
laluan bertangga. ada lebihkurang 107 anak tangga


Sunday 14 August 2016

deman + selsema

petang semalam kena hujan. malam terus selsema dan rasa tak sihat. sejuk semacam je. tertiba je semalam tidur pakai stoking dan selimut. haha. buang terbiat ke apa. nak buat macam mana, sejuk sangat. bangun pagi, badan rasa panas. bila bernafas, rasa tak selesa kat salurang pernafasan. hidung pun berganti-ganti kiri kanan tersumbat.

first day class untuk kursus salesforces, asyik dengan tisu je.

okaylah, malam ni nak tidur awal. good night

14.08.2016

amboi, sejak akhir-akhir ini selalu je tajuk post guna tarikh. hihi

alhamdulillah
okaylah, nak bagitahu yang hari ini tarikh penghantaran tesis. YEAH! penat lelah selama satu sem + satu sem pendek membuahkan hasil, kemain menangis masa otp dengan mak minggu lepas. stress sangat kot. tertiba air mata mengalir. kalau nak ikutkan, masalah kecil je, tapi terover sangat macam masalah besar. nak buat macam mana, bila waktu kritikal, memang tak boleh nak berfikir secara normal. takleh nak tenang sekali tak hantar tesis.

lepas ni boleh fokus kat kursus 2 minggu dan bersiap-siap menghadapi LI. #roadtointernship and  #roadtograduation. kemain #roadtograduation padahal lambat lagi graduationnya. akhir tahun depan kot. ramai kawan-kawan yang kos lain punya intership sekejap je. lepas tu graduation akhir tahun ni. awal setahun dari kita. jelas tau.

tapi takpe, walaupun internship 6 bulan, ini adalah peluang untuk kumpul pengalaman sebanyak yang mungkin.  semoga dipermudahkan semuanya. inshaAllah.

Saturday 6 August 2016

Euro Park

alkisahnya, malam lepas present, pergi euro fan park.. dah dekat sebulan ada fun fair, tapi memikirkan fyp, tangguhkan dulu sehingga fyp presentation. excited kot sebab dah lama tak pergi fun fair. kalu ade pun, fun fair yang biasa ye. tapi, kali ini, ada yang extreme kot. yeah!


Frightmare - 5 Token
first, masuk rumah hantu. takdelah seram sangat sebab masuk berdua. kalau masuk sorang, mesti tutup mata rapat.

Rock n Roll - 4 Token
lepas tu naik rock n roll. mula-mula ingat pusing biasa je. sekali, hambekk ko... tersangatlah laju. tak berani nak lepaskan tangan. bila dah perlahan, okaylah. dah nak habis, sekali berpusing ke arah belakang pula dah. dah la laju juga. keluar tu, jalan pun terhuyunghayan sikit. rasa pening kot. rehat jap untuk hilangkan pening


Euro Wheel - 4 Token
lepas tu naik Euro Wheel. ingat mungkin dalam 4-5 pusingan je. sekali, lebih 10 pusingan kot. lama nya duduk berpusing. duk borak-borak dengan geng sambil hilangkan pening. dah lama tak duduk sekali berborak camni. yelah, semua sibuk dengan fyp.


Challenger - 6 Token
last sekali naik Challenger. seram kot bila tengok dari bawah. lama juga la buat keputusan nak naik ni. saya dengan sorang kawan ni memang nak naik. sebab bila lagi nak challenge diri sendirikan. alang-alang tu, meenghasut 2 orang lagi untuk naik juga. hasilnya, semua naik. haha.. dari bawah nampak seram, tapi bila naik tak de lah seram sangat. cuma badan berapa nak adapt lagi. mungkin kalu naik lagi, badan dah boleh nak adapt kot.

Semuanya dalam 19 Token. 1 Token RM 2. Tiket masuk RM 4. TOTAL = RM 42
kiranya, mengikut bajetlah. Sebab bajet dalam RM50.

Inshaallah, kalau ada lagi, memang tak akan teragak-agak lagi nak main lagi.


Thursday 4 August 2016

04.08.2016

alhamdulillah, dah selesai presentation terakhir untuk fyp.