Saturday 20 September 2014

tak ada semangat


semenjak sem baru buka ini, entah kenapa aku rasa macam tak bersemangat sangat. ermm

kalau dulu, bila dapat jadual, cepat je ingat jadual tu lengkap dengan nama subjek, masa dan lecturer.. entah kenapa kali ini, aku susah nak ingat subjek dengan lecturer. selalu tertukar. terbayang kat fikiran subjek A, tapi sebut subjek B. nama lecturer pula lecturer C. haishhh..

mujurlah, aku dah print out jadual lengkap dan tampal kat dinding depan meja study. jadi, aku memang akan tenung hari-hari. dan alhamdulillah aku dah nak ingat semua tu.

aku harap krisis ini hanya sementara. kalau tak, parah aku sem ni. banyak hard subject untuk sem ni.

KUATKAN SEMANGAT!!!!

pstt.. tertiba kawan ada masuk bilik time duk menaip ni.. tterkejut dibuatnya, terus minimize tabs.. kantoi ada blog taoi harap dia tak perasan laa.. hihi

Tuesday 16 September 2014

harapan sem 3




dah seminggu lebih sem 3 bermula. banyak target untuk dicapai sepanjang sem 3 ini. walaupun perjalanan nampak macam mencabar, tak guna menyerah sebelum memcuba. ye dok?

harapan yang utama adalah untuk dapat dekan bagi sem 3. (dan juga sem seterusnya) sebenarnya rasa sedih lagi sebab sem 2 tak dapat dekan. result memang turun. punca utama sebab 2 subjek yang rasa tak boleh nak score sangat. untuk sem 3 ini, kena usaha dan kerja keras lagi. saya selalu pegang kata-kata ini. (kata-kata semangat daripada my sis)

"You will never get a SUCCESS unless you RUN FOR IT"

sem ini ambil 6 subjek. ingat.. untuk semua subjek, kena review sebelum kelas dan recall balik lepas kelas. buat short note dan selalu baca short note tu. harap-harap terbuat. fighting!!!


:)

Kampung Cina, KT



alhamdulillah, sem baru mi, Allah permudahkan perancangan plan kitorang. kalu seingat sem lepas, kalau plan nak kuar gi jauh sket mesti susah sket. plan tu memang dah ada tapi nak pergi tu entah kenapa tak terpergi. hehe

jadi kali ini, tak sampai seminggu sem baru buka, kitorang plan nak ke KT sebab ada kawan nak borong beli barang. sampai KT terus pergi kedai RM2. memang bestlah memborong. saya pun boleh terjebak sama. beli barang yang takde dalam list. banyak pula tu... oppps.. lepas tu pergi giant, mydin sebab nak kawan nak beli broadband yes yang sekali dengan wifi tu. sekali, tempat yang kitorang tinggal takde coverage. hancusss harapan sebab  antara antara sebab utama kitorang datang adalah kerana YES itu. waduh waduh..

then, selepas selesai semua, barulah kitoran bergerak ke Kampung Cina KT. Yahoo.. sekala saya pernah lalu dengan kereta je. tak pernah turun menjejakkan kaki. hanya tayar kereta je bersentuhan dengan jalan. haha.. tapi kalu ini, diri sendiri dapat jejak. bangga jap.. :P


inilah dia rupa kampung cina ni. sebenarnya kalu tak silap ada pintu gerbang. masa hari kitorang pergi diorang tengah buat persiapan sebab keesokannya ada Pesta Peranakan. Sebenarnya, Kampung Cina ni dekat je dengan Pasar Payang. hanya bersebelahan aja. bila dah dapat parking, kitorang terus pergi serbu lorong-lorong di antara bangunan.


Street of lover. ala-ala Namsam Tower lak. hihi.. kalau ikut panduan yang diorang letak kat situ. stepnya, kuncikan mangga kat situ dan wish hajat yang nak. saya tak buat pun sebab benda ini bercanggah dengan amalan saya. tapi tak salah untuk mengetahuikan.. 


dah banyak contengan. urmmm



tengok. ada kedai siap jual lagi mangga. tapi just mangga biasa je. takde yang design dan kale yang lawa-lawa macam kat Namsam Tower tu. alahaii.. kalau demand sangat, pergi beli sendiri. erkk


tak banyak pon mangga dah ada. lepas dah siap letak mangga kat sini, pastu throw kunci mangga kat dalam perigi lorong satu lagi. tapi entah kenapa tak jumpa telaga tu. kalau tak silap, telaga itu telaga tertua kat kampung cina ni. nak juga tengok rupa telaga tu. tapi, apatah daya, tak ada rezeki namanya.



antara mural yang sempat di-snap. haha.. macam banyak mural je bunyinya.




kat lorong kain batik ni memang best bergambar sebab ada banyak dinding yang lawa lagi warna warni. perempuan dan gambar berpisah tiada..  :)


dinding batu bata yang warna warni 


rumah zaman dulu..


yeah.. payung banyakkk..


wahhhh.. 


kat lorong payung ini juga ada replika gambar orang besar Kampung Cina ni sejak dahulu. 


pondok telefon lama. takleh masuk sebab pondok tu dikunci. maybe takut ada orang rosakkan apa-apa sebab kat dalam tu ada telefon lama.


beberapa koleksi papan tanda lama. tengok ada satu papan tanda institut memandu "sekolah derebar"


ermm tu je kot catatan untuk hari tu. TAMAT.


Sunday 14 September 2014

sejuk




sekarang jam 9.34 malam. ermm.. petang tadi hujan lebat. ni baru je serik. rasa sejuk hingga ke tulang. haha.. tak mandi pun untuk malam sebab sejuk sangat. kalau mandi, mesti berganda sejuk sebab basuh muka pun dah tak tertahan. camna lah musim tengkujuh nanti.

asrama baru ni, setiap bilik, bahagian bawah tingkap ada lubang angin. kiranya angin akan masuk kat situ. walaupun dah tutup dengan kotak, angin tetap boleh masuk jugak sikit sikit. sebab tu kot terasa sejuk. lagi lagi bila duduk tingkat atas sekali. uhhhuuu.. lagi laa sejukkk.

apapun.. best rasa sejuk. lagi okay dari rasa panas kan. heuheu



Saturday 13 September 2014

bilik baru


ermm... sebelum ini dah cakap yang saya pindah bilik. hari ini dah hari 4 atau 5 hari kot duduk kat bilik baru. pindah masuk selasa petang dan sekarang dah sabtu petang. masa mula-mula masuk bilik.. rasa okay je lagi. entah kenapa, bila malam masa nak tidur, tertiba rasa takut. mungkin tak biasa duduk bilik seorang diri kat asrama. lagipun ini asrama baru. bila perasaan dah takut.. mulalah terbayang macam macam..

sebelum ini, sem sem yang lepas, okay je bila tidur sorang kat bilik bila roommate ada program luar. ermm.. itu mungkin sebab dah biasa dan serasi dengan bilik itu. almaklum lah, bilik yang sekarang baru je masuk duduk. mujurlah bilik kawan depan bilik je. kalau masing buka pintu dah boleh lambai say hello..

malam pertama tu, mujur kawan baik hati bagi saya tumpang tidur situ. heret tilam masuk bilik dia. malam kedua saja tidur awal tanpa tutup pintu bilik. kalau masa nak tidur tahu kawan tak tidur lagi.. tak ada lah takut sangat. (kawan tolong kuncikan bilik) tapi, kerap jugak lah terjaga malam tu. yelah.. kali pertama tidur. malam ketiga, tidur lambat. pukul 3 camtu baru tidur. rasa berani sikit sebab dah nak dekat subuh. lagi 3 je. malam keempat, tertidur masa main game kat henpon. kawan juga tolong kuncikan pintu.

yang malam kedua tu, kawan bilik depan datang semayang magrib isyak kat situ dan tolong bacakan yasin sekali sebab saya cuti. saya pun ada start pasang surah al-baqarah (repeat) petang tu sampai pagi esok. dan saya pasang setiap malam. kiranya, saya tidur ditemani bacaan al baqarah.

saya memang sangat berterima kasih kat kawan saya dah duduk bilik depan sebab sokong saya semasa saya lemah nak hadapan perkara ini. sekarang ini dah rasa berani sikit. hehe.. jasa kalian sangat besar. thank you. muahh

Tuesday 9 September 2014

september


harini 9 september 2014. dah 4 hari tinggal di asrama baru kat luar kampus dan 3 hari kuliah bermula. banyak perkara yang berlaku dalam 4 hari ini. mungkin ini pertanda bahawa sem ini akan penuh dengan cabaran. ermm.. perlu hadapi dengan tenang.

perkara pertama yang berlaku, entah dimana silapnya saya dapat sebilik dengan non-muslim. saya yang masuk dulu jadi sememangnya saya tak tahu lagi siapa roommate saya. pada mulanya saya ingat takpe kot sebab saya pernah dengar bahawa kalau student duduk di asrama longgat sikit aurat dengan non muslim.

tetapi, sebaliknya yang berlaku. saya call mak saya. cakap bahawa roommate saya non-muslim. mula-mula mak macam terkaku.. lepas tanya macam-macam. mak cakap kalau boleh minta tukar bilik. mak cakap yang sepatutnya yang sebetulnya aurat dengan non muslim macam aurat dengan bukan mahram. sepatutnya tutup. jaga buat main. lepas mak cakap macam tu, saya terus kaku. rasa bersalah dalam diri. rasa takut sebab dia macam dah ternampak rambut masa bersihkan bilik.

saya tanya mak, macam mana saya nak buat. mak just cakap, tutuplah yang patut (aurat). jadi setiap masa saya tutup. takdelah bertudung litup just tutup dengan tuala. nanti dia pelik pulak bertudung litup 24 jam dalam bilik. saya pun boleh lemas kalau macam tu. :) masa tidur pulak, berbungkus lah jawabnya.

dan, alhamdulillah, sekarang permohonan nak tukar bilik dah lulus. pagi tadi dah ambik kunci. petang ini dah boleh pindah lepas habis kelas. di bilik baru, saya duduk sorang dulu. tapi takpe, bilik kawan just depan bilik yang baru je. buka pintu nampak. hihi.. nampaknya kena beli lampu study/meja untuk buat peneman malam. kalau nak bukak lampu atas, cerah sangat bila nak tidur.

dan lepas ini boleh keluarkan barang dari beg dan kotak sebab dah comfirm boleh pindah bilik. yahuuuuu.. :) :)

pengajarannya kat sini, jangan ambik mudah aurat kita dengan non-muslim walaupun diorang perempuan sebab aurat kita dengan mereka ada seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. mungkin ada pendapat yang membolehkan sebahagian aurat boleh dilihat oleh bukan islam tapi sekiranya kita mampu menutup semua, sebaiknya kita tutup. tepuk dada tanya iman..

boleh baca di SINI untuk lebih lanjut dan SINI.