Saturday 26 April 2014

#LastRomeo




tetiba je tulis #lastromeo

mesti tertanya-tanya apkenbende tukan..  ni teaser untuk infinite comeback. memang tertunggu infinite punya comeback. rasa teruja kot.. happy pon ada.. senang cerita semua perasaan yang positif lah.. hehe..

 ikut jadual asal infinite akan comeback bula april dan sekarang bulan april. disebabkan beberapa perkara, comeback terpaksa tunda bulan jun. jadi, saya sebagai inspirit haruslan tunggu dengan tenang. ok.. :)







i'm inspirit.
once inspirit,
always inspirit.
loving infinite
with infinity love.
:)

Thursday 24 April 2014

a planning : A Memorial Night



Banyak cabaran yang dihadapi masa nak rancang akvtiviti untuk kuliah. kuliah kitorang seramai 104 orang (lebihkurang laa), so memang susah sikit nak ambik semua pendapat dan lagi susah bila nak buat kata putus. belah sini kata lain sana pun kata lain.

rancangan kali pertama nak buat ala-ala family day yang bertempat di luar kawasan kampus. bila fikir-fikir balik takut kertas kerja tak lulus. lagi satu pengangkutan tu macam susah sikit kalu kertas kerja tak lulus dan macam-macam lagi..

seterusnya, rancang nak buat kat kampus je guna bajet sendiri. tapikan.. lepas bincang-bincang lagi, timbul pula plan nak buat dinner sekali. dan cadangan tu diterima. tehee

sehinggalah tiba-tiba baru perasan tarikh yang nak dibuat plan itu bertindih dengan kursus kahwin.. ada beberapa ajk terlibat jadi memang takleh nak pergi lah aktiviti yang petang tu.. last-last buat keputusan buat Dinner je. nama dinner kitorang.. "Memorial Night"

aku ni bahagian ajk cenderahati dan anugerah. group kitorang rancang nak bagi badge button untuk setiap orang dan aku yang design button tu. first time kot aku mendesign benda alah ni..

ok.. tetiba aku rasa malas nak teruskan menaip.. KBYE~

Monday 14 April 2014

Bukit Bauk, Dungun


yehett..

akhirnya, pada tanggal 7 april 2014, impian nak pergi naik Bukit Bauk tercapai jua. buat malu je aku ni, nama je orang dungun, bila orang tanya dah pergi naik bukit bauk? jawab tak pernah pergi. padahal jarak bukit bauk dengan rumah tak sampai 5 minit pun (dengan kereta).

tapi sekarang, dengan yakinnya aku boleh cakap yang aku dah pernah naik bukit bauk. yahuuuu.. i love dungun!

tadi, aku pergi dengan tiga orang kawan perempuan. jumlahnya empat oranglah semuanya.. hehe.. disebabkan lesen dah expired, kakak yg tolong hantarkan.  pagi tu bertolak dari rumah kul 7.40 pagi sebab kakak kena hantar adik pergi sekolah dulu. sampai sana tunggu dalam 5 minit sebelum diorang sampai. sebelum naik buat warming-up dulu. kan tak pasal-pasal kaki kejang tertiba. tehee.

pukul 7.50 pagi, bermulalah pendakian kitorang. yang kelakarnya, masa kitorang nak naik tu, dah ada yang dah turun. kitorang buat muka tak tahu je bila selisih. haha.. disebabkan kitorang pergi hari sekolah, memang tak ramai orang sangat. masa mula-mula naik, selisih dengan beberapa orang je yang perjalanan turun, lepas tu kitorang berempat je yang naik ke atas.

sebenarnya, antara kitorang berempat, dua orang dah pernah naik, aku dengan kawan sorang lagi kali pertama naik bukit bauk. kitorang dua ni agak kebelakang beberapa langkah sikit daripada yang pernah naik tu. tapi, antara yang lain, aku lah yang paling tak larat nya.. haha. masa dah 3/4 perjalanan tu, aku rasa macam nak baring je tengah-tengah jalan tu. memang termengah-mengah.. uhh huu..tapi semua tu memang berbaloi sebab aku memang dah lama simpan hasrat nak naik bukit bauk.  :)

lebih kurang pukul 8.55 camtu kitorang sampai kat atas tu. berehat jap 10 minit camtu. alang-alang tu ambil gambar banyak-banyak. haha.. memang itu salah satu tujuannya.. :p  lepas dah puas kat atas tu, kitorang pun turun berlengang sambil borak-borak. kul 10 camtu sampai bawah. lepas tu pergi makan kat kedai. tengah borak-borak lepas makan tu, teringat plan aritu pasal girls outing pergi KT. dan, plan tu tercapai. alang-alang tu aku dengan kawan aku boleh pergi JPJ slalu untuk sambung lesen P ke lesen besar.. hehe

dah penat ye baca apa yang aku duk berceloteh ni. dah tu jom layan gambar yang aku ambik.. scrolllllll

kalau nampak tanda kat atas ini, maka betullah
ini permulaan trek jogging.

kat sini, masa dah 3/5 perjalanan. kawasan ni macam lapang sikit.
ada satu jalan  (macam jambatan, tapi bukan) yang menghubungkan 2 bukit.

 lawa kan view dari sini kan. tenang je rasa.

sekali sekali feeling cam pro photografer.. kihkih

 pencawang elektrik ke menara pemancar.. erkk.. 
lantaklah..

 curamkan. banyak juga laluan yang agak curam. 
rasa cam mendaki 89 darjah je..
erkk.. overlah tu..


 tertiba pulak ada gambar kasut. sebenarnya,
aku pakai kasut adik aku tu sebab kasut aku
tak bawak balik rumah.

the trees and the sky.

 gambar ini unik sebab sekali tengok terus terbayang kon,
kali kedua tengok, ok.. itu bukit.. heehee


aik.. rasa macam dah ada gambar ni.. ahh.. takpelah..
korang tengok je sekali lagi
"watch the nature never be boring"

 the view from the upper place.

 so beautiful and amazing and awesome and.. and.. i'm speechless

 erkk.. sempat lagi ye.. hehe.. biasa lah,
takda gambar tuan blog, gambar bayang pun jadilah..
:p

 suka gambar ni. hehe
*kes-dah-tak-tahu-nak-letak-caption-apa
deadlocks.of.ideas


*semua gambar ni.. ambil dengan camera phone je..
psstt.. aku sayang dengan phone ini sebab banyak camera dia menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi  <<<----- ayat macam nak ambik paper BM untuk SPM. heehee..

Assignment??


kenapa perlu ada homework, assignment, tutorial segala bagai?

sesetengah student mungkin suka merungut bila banyak homework. kenapa perlu buat assignment? perlu ke buat project work?

bagi saya, homework, assignment segala bagai tu penting bagi pelajar. sebab tu lecture bagi semua tu kat students. lagi satu, semua itu juga akan meningkatkan lagi fahaman kita terhadap subjek. kan.

aku ingat lagi sem lepas. ada belajar computer organization and achitecture, the last chapter memang aku langsung tak faham apa-apa. before lecture ends, my lecturer say to do an assignment about that topic. erkkk.. dah lah assingment ni cover untuk 20% carrymarks.

jadi, dengan semangat yang membara, aku pun cuba belajar sediri, tapi topic ni kalu belajar sedikit susah sikit sebab kita kena buat coding. kalau  coding kita salah dah kita pula tak tahu kita salah kat mana, akan berlaku deadlock pula kat situ kan. jadi kita perlukan seseorang yang pandai. jadi aku dengan kawan aku pergilah berguru dengan kawan aku sorang lagi ni.

berkat ajaran tu, setelah aku cuba berpuluh-puluh kali buat coding tu, aku pun berjaya. masa coding tu boleh run. perasaan aku masa tu tak dapat nak digambarkan. rasa sungguh seronok, bangga, bahagia dan semua perasaan positive lah.. aku asyik tersenyum je.. hehe

mujur dapat jawab soalan lecturer masa interview untuk present coding tu dan alhamdulillh juga sebab dapat full mark. hihi...

:)

*jadi, lepas ni jangan mengeluh bila dapat assingment.