Friday 29 August 2014

tangan kanan




selalu terjumpa fakta macam ni kat fb twitter etc. dan haritu, ada kawan post gambar fakta ini kat weechat. baca. memang kena dengan diri ini. maka, saya pon decide untuk buat review sejauh mana fakta ini kena dengan diri saya. chewah.. macam professor buat ulasan kat tv pulak gayanya. heuheu..

Fakta Orang Pakai Jam Pada Tangan Kanan

1. Seorang yang keras kepala
keras kepala? ermm.. entahlah.. mungkin laa kot bagi sesetengah perkara. rasanya tak ada lah keras mana. medium je kot kekerasannya.. hihi..

2. Seseorang yang kuat memberontak
kuat memberontak.. ehhh.. tak adalah.. saya orang baik.. hehe.. okay okay... sikit je kot ada.. tidaklah selalu menmberontak. mungkin memberontak secara kecil-kecilan. takda lah pulak memberontak sampai nak bakar something.. kan. biasalah.. jiwa remaja mudah memberontak. haha.. perasan remaja.. ehhh. memang remaja lagi pon sebab masih 19.

3. Tidak suka orang mengarah dia
yang ni macam setuju sikit. tak berapa suka orang yang mengarah-arah sesuatu yang sememangnya saya dah tahu ataupun memang saya dan nak buat. bila disuruh lagi, mood saya akan ermmm.. tapi tak sebuat benda yang disuruh buat saya tak suka. cuma untuk sesetengah perkara sahaja yang saya tak suka orang mengarah saya. takkan lecturer suruh buat assignment pon nak ermmm juga kan. ^^

4. Seorang yang setia
haii.. yang ini tak dapat eden nak pastikan sebab tak pernah in relationship. rasanya setiakan kot.. sebab kalau melihat kepada benda-benda yang saya suka, saya akan jaga benda tu. macam novel yang saya ada, saya akan balut dan simpan elok elok. kalu ada orang nak pinjam, saya pesan kat orang tu supaya jaga baik baik.

5. Hati kering (Tak kisah apa orang kata pasal dia)
sebenarnya, saya ni sensitif juga. mudah terasa. tapi itu semua bergantung pada keadaan juga, ada je masa saya tak kisah apa orang kata. just go on with our life. as long we happy. no need to worry. :)

6. Garang, tapi manja dengan yang tersayang
garang, yang ini setuju. biasanya garang dengan adik adik. tapi sekarang dah kurang. tak garang sangat macam dulu dulu, kalu manja dengan yang tersayang.. ermm.. manja dalam konteks apa tu. rasanya takde lah manja sangat kot dengan keluarga. biasa-biasa je rasanye.

7. Suka menyendiri bila ada masalah
kalau tak ada masalah pun, saya memang suka pon menyendiri. nak buat macam mana, memang saya jenis macam ini. tak suka libatkan orang lain. saya lebih selesa kalu sorang sorang. contoh kalu makan, saya suka tapau makanan dan makan kat bilik (kat hostel) berbanding makan dengan kawan-kawan kat kafe. bila makan dengan kawan-kawan, diorang makan sambil berborak. jadi lambat habis makan kalu saya tak suka bercakap dan cuma fokus kat makanan je. jadi, selalunya saya sudah makan cepat dan terpaksa tunggu diorang .

8. suka tolong orang dalam kesusahan
okay, sejujurnya, tak ada lah selalu, bila mampu tolong, saya tolong. contohnya, masa kat matrik dulu, student kalau akhir bula je mesti kering duit kan. begitu juga dengan saya, jadi, kitorang memang ada banyak cara untuk berjimat. pagi hanya minum air dan kitorang akan makan pagi pada pukul 10 dimana masa tu lauk tengah hari ada dah siap. jadi, makan pagi dah tengah hari digabungkan sekali. RM3. dan untuk makan malam, kitorang akan turun kafe petang dan makan makan bergoreng spt nasi goreng, kuey teow, mee goreng dll. RM2. jadi sehari spend lebih kurang RM5. tapi, lama-lama kering juga duit tu.. jadi kalu kawan dah takda duit, saya bagi pinjam, kalu saya pula takde, dia bagi pinjam.. hahh.. macam tu.. keke

9. pendiam, tapi bila dah rapat kalah mulut murai
saya memang pendiam dengan orang yang tak berapa rapat. kalu tak kenal lagilah pendiam. saya jenis tak reti nak bersosial dengan orang lain. entah kenapa. tapi, bila saya dengan kawan kawan rapat.. saya takdelah diam sangat. ermm.. ok kadang-kadang diam juga. tapi kalu saya ada mood nak bercakap banyak.. boleh tahan pot pet juga, tapi takdelah sampai burung murai pon kalah.. melampau lah gitu.. kan kan

10. seseorang yang pantang dicabar
erk.. rasanya tak kot. disebabkan saya ni seorang yang pasif je, kalau kat kuliah, tak ada sangat orang kenal, budak tak popular katakan..jadi takda lah orang yang nak cabar cabar ni.. untuk menguji kesabaran ini. sebenarnya, best tau jadi budak tak popular. low profile macam ni sebab hidup lagi aman kot.. kekeke

ermm.. tu je kot rasanye. saya rasa saya macam banyak melencong sikit kot daripada point asal kat atas ni.. uh.. biarlah.. asalkan menaip sudaaaa.. heuheu.. ^^
KBYE

Monday 25 August 2014

homemade craft


awal cuti hari tu, saya ada cakap buat satu list kan. list perkara yang nak cuti 3 bulan ni. cuba teka.. berapa yang berjaya dibuat. hanya satu per tiga je. sadis betul. tu pun 3 hari yang lepas baru start buat casing phone. 3 dah siap. satu dalam proses, satu lagi error.. ha ha.. hanya bertahan sehari je buat sume tu.. keesokkan tu berhenti buat. bila berhenti buat, nak start balik memang susah.

cadangnya, selain sarung phone ni, ingatkan nak buat kerincing juga. yang simple-simple sudahlah.. design dah ada. cuma kena rajinkan diri untuk potong felt dan jahit.. dalam perancangan juga nak buat kerincing character cartoon or infinite chibi.. ermm.. lepas ni kena mendesign. kalau lawa, bolehlah buat. kalu tak.. buat dalam mimpi jelah kot.. haha

tapi setakat tiga yang dah siap, memang puas hati atas hasil kerja tu. hihi... nanti kalu dah siap semua, inshaallah kalu rajin, akan di upload gambar kat sini. harap-harap rajin. nanti bila dah masuk sem baru mesti susah dah nak update blog bagai. ermm

Monday 18 August 2014

Deokbukki part2


yeah.. pagi ini masak deokbukki lagi. separuh daripada yang lebih semalam. kiranya ada lebih lagi. tak tahu nak masak bila lagi.. keke.. dan kali ini, tak lupa ambil gambar macam semalam ye.. hari punya gambar lagi banyak. :)

untuk resepi klik SINI

gandingan mantap rice cake, fish cake dan bebola :p

masih suci lagi.. kekeke

nampak tak. tengah mengelegakk tu.. kuah pun dah semakin pekat

yeah... dah siap hahh

close up.. mengeliurkan tak? ini versi kampung tau 

nganga mulut.. ahhh.. yum yum

KBYE~

Sunday 17 August 2014

Deokbukki


inilah dia... dah selamat sampai dalam perut. :p


wow.. hari ini saya buat kerja gila.. ha ha ha.. sebenarnya tak gila pun, cuma saya cabar diri ini buat deokbukki. tehee.. dah lama cari resepi dan cara nak buat ni., dah hafal lam kepala cara nak buat. senang je kalu buat dalam bayangan kita. ka ka ka

entah kenapa tadi , tetiba jadi rajin nak buat. tengah syok melayari internet, tiba tiba berhenti dan terus ke dapur. buat apa? buat homemade rice cake. memang bertungkus lumus dan kerja kuatlah tadi. berperang dengan rice cake tu. saya rasa, saya kukus tak cukup lama. sebab tulah adunan tu macam keras sikit pada sebahagian kecil adunan.. chewah.. kemain ayat yang saya tulis.. lain kali kena tambah 10 minit lagi. tapikan, best betul duk menguli tadi. keh keh..

lepas homade rice cake, siap, saya buat deokkbukki pulak.. ingat nak buat esok.. dugaan dan cabaran banyak sangat.. tak boleh nak tahan hati ini yang meronta ronta nak makan juga.. maka saya pun buatlah.. disebabkan, sini bukan korea, maka memang takdelah barang-barang macam resepi asal tu, korean groceries store pun takde kat tempat saya tinggal ini. maka, saya gunalah barangan tempatan.. main campak-campak je masa masak tadi.. nak resepi simple saya.. resepi ini sangat sesuai bagi sapa-sapa yang teringin nak makan deokkbukki, tapi tak tahu nak belikan mana barang-barang semua tu.. jadi, gunalah resepi saya yang cukup simple ini. sebab saya tak suka benda yang terlalu complicated. keke


Rice Cake

2 cawan tepung beras
1 cawan air panas/suam
1 sudu teh garam

- adunkan semua bahan ke dalam loyang
- kukus selama 25-30 minit
- keluarkan adunan, tumbuk adunan dengan kalu penguli selama 5 minit
- kukus lagi selama 25-30 minit
- siap dikukus, keluarkan. biarkan sekejap

yeah.. masa untuk menguli doh. disebabkan doh saya ni keras sikit.. sikit je.. saya terpaksa tumbuk banyak kali dengan kayu penggelek dulu biar kasi lembut sikit dan senang nak dibentukan nanti.. adunan tu saya tak buat sekali gus.. saya bahagikan kepada 4 bahagian. maknanya proses tu saya buat 4 kali. untuk satu bahagian tu, saya uli dengan tangan dulu buat bulat lepas tu baru golek golek jadi silinder panjang.. ikut korang nak buat besar mana, kalau saya, saya buat besar sikit dari pencil. lepas tu potong. paanjang lebih kurang 2 inci macam tu..

sebenar terpulang dekat korang korang nak buat besar atau panjang mana. maka, pandai-pandailah ikut citarasa anda. lepas siap semua, letak dalam bekas dan simpan dalam peti.

okey, untuk deokbukki ini, saya tak guna semua rice cake yang saya buat tadi, rasanya saya hanya guna 1/5 sahaja.. kiranya, kalu buat semua, mungkin cukup untuk 4 orang makan (portion sederhana) sebenarnya, saya tak sukat pun tadi. jadi saya agak agak je untuk tulis resepi ini. korang pulak jangan ikut 100 peratus, sesuaikan lah ye masa memasaktu. kalu rasa tawar, tambahlah lagi garam.. kalu macam kering sangat, tambah sikit lagi air... kalu rasa nak tambah benda lain macam bebola ke pun boleh. okay..



Deokbukki (untuk 1/5 bahagian)                       kalu guna semua rice cake - saya agak je ye

rice cake *1/5                                                     rice cake *semua
fish cake  *1 batang, dipotong dadu                  fish cakes  *5 batang, dipotong
1 setengah cawan air                                          5 cawan air
1 sudu besar pes cili (cili boh)                            3-4 sudu pes cili
1-2 sudu besar sos cili                                        3-4 sudu sos cili
garam secukup rasa                                            garam secukup rasa


- masukkan air, tunggu sampai masak bergelegakkk
- masukkan rice cake dan fish cakes, biarkan sekejap
- masukkan pes cili dan sos cili
- biarkan mengelegakk sehingga kuah pekat

saya tak guna cili boh yang biasa tu, tapi saya guna cili boh yang dibuat orang kat daerah saya, dia agak pedas sikit. dan untuk sos, guna yang pedas ye.. sebab sesetengah jenama, sos cili tak berapa pedas sangat dan rasa sedikit masam. kalu ada serbuk lada lagi bagus.. kasi pedas gitu.. keke.. psstt.. hasil mungkin berbeza sebab cili boh dan jenis sos. tapi, bagi saya, yang saya buat ni, saya boleh bagi 7/10. memang puas hati bila makan.. sedap delicious.. yum yum


korang bolehlah cuba buat ye..


>>gambarlagi<<

Friday 15 August 2014

jongie's day


ehem.. hai. lama betul tak menulis kat sini. ermm.. tak tahu lah kenapa sejak kebelakangan ni macam tak ada mood je. asyik emo je dan cepat sensitif. tapi, dah taknak dah macam tu lagi. buka lembaran baru. chewahh. so, apa yang berlaku pada aku sejak dua tiga menjak ini. sebenarnya tiada apa yang menarik pun. hidup aku berjalan macam biasa. ikutkan, kerja yang utama yang aku buatnya sibuk dengan drama, update instagram, aktif kat twitter. dan aku juga start aktif kan tumblr yang sekian lama dianaktirikan oleh aku, haha..

haritu, tengah syok usha-usha tumblr, then, terjumpa satu post. ada seseorang buat projek, kumpulkan something untuk dihantar kepada jongie. kiranya dia tolong memudahkan kerja inspirit yang tak rajin. ha ha. sebelum ini aku dah tahu dah project tu dari monodrama. maknanya, dia ni lebih kurang orang perantaraan antara sesetengah inspirit dengan master fansite. maknanya, kalu nak join melalui dia, hanya perlu send melalui email je. kan senang tu. tak payah nak kena post surat bagai kat fansite unni. hehe.. aku kan tak suka benda yang complicated.

dan ini adalah kali pertama aku join event macam. first time tulis fanletter. lebih kepada bday wish sebenarnya. aku buat ala-ala kad macam tu. ambil satu gambar yang berkenan, then edit dengan background baru. amat berpuas hati dengan hasil kerja aku. purple theme. haha.. short message, simple edit and beautiful.. keke.. angkat bakul sendiri nampak.  :P  ke ke ke.

dan minggu ini juga tengah berlansung That Summer 2. 7 days. one day per member. so, 7 special stage. tengah tunggu D-7. hehe.. small eyes hamster punya special stage.. wink wink. harap ada fancam yang lawa. tadi tengok fancam jongie punya special stage.. haha.. im impressed with him. different image than usual stage.. thumbs up.


inilah dia.. yang ni ver takde ayat. haha.. ayat ayat itu hanya aku yang tahu.. 
dan orang itu. ke ke ke saja aku sengaja resize gambar jadi kecil. haha



Sunday 3 August 2014

Raya 2014


assalamualaikum..

harap tak terlambat lagi nak ucap SELAMAT HARI RAYA walaupun harini dah raya ke tujuh. hehe.. busy sangat beraya agaknya. kekeke

aku rasa, raya tahun ni lah aku tak lekat sangat kat rumah. berjalan je kerjanya.. tapi ini bukan merayap merata tapi melawat rumah-rumah sedara dan kawan-kawan sempena beraya. untuk merapatkan sillaturahim gitu. kan.. :)

macam biasa, raya pertama memang aku balik kampung lepas solat raya. pahtu pergi rumah sedara mara.
raya kedua ada family gathering belah mak aku. lagi tepat belah nenek aku (belah mak). berkumpul daripada keturunan moyang hingga cucu cicit. moyang dah takde tapi tok sedara masih ada.
raya ke tiga duduk rumah je, tapi sedara ada datang rumah.
raya ke empat pergi reunion ayah, reunion Ting 6 dulu. petang tu aku pergi jejalan raya dengan kawan kawan sekelas masa sekolah dulu
raya ke lima pergi rumah mak sedara, balik tu pergi kenduri, petang tu keluar lagi, kali ini dengan geng-geng rapat sekolah dulu sebab raya 4 diorang sibuk. hari ini aku rasa aku makan paling banyak.. haha.. naiklah berat lagi..
raya ke enam, berehat kat rumah je sebab esok dah kerja. erkk.. aku tak kerja, tanam anggur je kat rumah.


okay lah.. tertiba aku malas nak menulis sebab mouse aku rosak. nampak macam takde kaitan kan... tapi bagi aku, tu semua ada kaitan,, haha sebab aku suka guna mouse, kalu takde, rasa tak syokk.. KBYE