Friday 29 August 2014

tangan kanan




selalu terjumpa fakta macam ni kat fb twitter etc. dan haritu, ada kawan post gambar fakta ini kat weechat. baca. memang kena dengan diri ini. maka, saya pon decide untuk buat review sejauh mana fakta ini kena dengan diri saya. chewah.. macam professor buat ulasan kat tv pulak gayanya. heuheu..

Fakta Orang Pakai Jam Pada Tangan Kanan

1. Seorang yang keras kepala
keras kepala? ermm.. entahlah.. mungkin laa kot bagi sesetengah perkara. rasanya tak ada lah keras mana. medium je kot kekerasannya.. hihi..

2. Seseorang yang kuat memberontak
kuat memberontak.. ehhh.. tak adalah.. saya orang baik.. hehe.. okay okay... sikit je kot ada.. tidaklah selalu menmberontak. mungkin memberontak secara kecil-kecilan. takda lah pulak memberontak sampai nak bakar something.. kan. biasalah.. jiwa remaja mudah memberontak. haha.. perasan remaja.. ehhh. memang remaja lagi pon sebab masih 19.

3. Tidak suka orang mengarah dia
yang ni macam setuju sikit. tak berapa suka orang yang mengarah-arah sesuatu yang sememangnya saya dah tahu ataupun memang saya dan nak buat. bila disuruh lagi, mood saya akan ermmm.. tapi tak sebuat benda yang disuruh buat saya tak suka. cuma untuk sesetengah perkara sahaja yang saya tak suka orang mengarah saya. takkan lecturer suruh buat assignment pon nak ermmm juga kan. ^^

4. Seorang yang setia
haii.. yang ini tak dapat eden nak pastikan sebab tak pernah in relationship. rasanya setiakan kot.. sebab kalau melihat kepada benda-benda yang saya suka, saya akan jaga benda tu. macam novel yang saya ada, saya akan balut dan simpan elok elok. kalu ada orang nak pinjam, saya pesan kat orang tu supaya jaga baik baik.

5. Hati kering (Tak kisah apa orang kata pasal dia)
sebenarnya, saya ni sensitif juga. mudah terasa. tapi itu semua bergantung pada keadaan juga, ada je masa saya tak kisah apa orang kata. just go on with our life. as long we happy. no need to worry. :)

6. Garang, tapi manja dengan yang tersayang
garang, yang ini setuju. biasanya garang dengan adik adik. tapi sekarang dah kurang. tak garang sangat macam dulu dulu, kalu manja dengan yang tersayang.. ermm.. manja dalam konteks apa tu. rasanya takde lah manja sangat kot dengan keluarga. biasa-biasa je rasanye.

7. Suka menyendiri bila ada masalah
kalau tak ada masalah pun, saya memang suka pon menyendiri. nak buat macam mana, memang saya jenis macam ini. tak suka libatkan orang lain. saya lebih selesa kalu sorang sorang. contoh kalu makan, saya suka tapau makanan dan makan kat bilik (kat hostel) berbanding makan dengan kawan-kawan kat kafe. bila makan dengan kawan-kawan, diorang makan sambil berborak. jadi lambat habis makan kalu saya tak suka bercakap dan cuma fokus kat makanan je. jadi, selalunya saya sudah makan cepat dan terpaksa tunggu diorang .

8. suka tolong orang dalam kesusahan
okay, sejujurnya, tak ada lah selalu, bila mampu tolong, saya tolong. contohnya, masa kat matrik dulu, student kalau akhir bula je mesti kering duit kan. begitu juga dengan saya, jadi, kitorang memang ada banyak cara untuk berjimat. pagi hanya minum air dan kitorang akan makan pagi pada pukul 10 dimana masa tu lauk tengah hari ada dah siap. jadi, makan pagi dah tengah hari digabungkan sekali. RM3. dan untuk makan malam, kitorang akan turun kafe petang dan makan makan bergoreng spt nasi goreng, kuey teow, mee goreng dll. RM2. jadi sehari spend lebih kurang RM5. tapi, lama-lama kering juga duit tu.. jadi kalu kawan dah takda duit, saya bagi pinjam, kalu saya pula takde, dia bagi pinjam.. hahh.. macam tu.. keke

9. pendiam, tapi bila dah rapat kalah mulut murai
saya memang pendiam dengan orang yang tak berapa rapat. kalu tak kenal lagilah pendiam. saya jenis tak reti nak bersosial dengan orang lain. entah kenapa. tapi, bila saya dengan kawan kawan rapat.. saya takdelah diam sangat. ermm.. ok kadang-kadang diam juga. tapi kalu saya ada mood nak bercakap banyak.. boleh tahan pot pet juga, tapi takdelah sampai burung murai pon kalah.. melampau lah gitu.. kan kan

10. seseorang yang pantang dicabar
erk.. rasanya tak kot. disebabkan saya ni seorang yang pasif je, kalau kat kuliah, tak ada sangat orang kenal, budak tak popular katakan..jadi takda lah orang yang nak cabar cabar ni.. untuk menguji kesabaran ini. sebenarnya, best tau jadi budak tak popular. low profile macam ni sebab hidup lagi aman kot.. kekeke

ermm.. tu je kot rasanye. saya rasa saya macam banyak melencong sikit kot daripada point asal kat atas ni.. uh.. biarlah.. asalkan menaip sudaaaa.. heuheu.. ^^
KBYE

No comments:

Post a Comment