Wednesday 18 January 2017

Sakit


“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

awal bulan disember 2016, ada jatuh terlentang di tempat wujud surau. tempat wujud tu memang licin. mungkin kecuaian menyebabkan saya terjatuh. kawan steady je tak jatuh. 

dua minggu lepas tu, start sakit belakang. tak sangat sangat tapi still rasa sakit dan boleh tahan. lepas dua tiga hari, rasa sakit beransur hilang. okay, dalam fikiran, mungkin salah tidur walapun sebelum ni kalu salah tidur sakit bukan macam ni.

dan, sebulan kemudian, lebih tepat dalam seminggu lepas, rasa sakit itu datang lagi. kali ini lagi sakit dari sebelum ini. nak berjalan pun sakit. tak boleh jalan laju-laju. tak boleh duduk lama, nanti rasa sakit dan tak selesa. tak boleh rukuk sebab bila untuk rukuk akan rasa sakit dan tak boleh nak tundukan badan. kalu nak tunduk pun, kena bengkokkan kaki. jadi kena solat duduk. pernah cuba nak solat normal dan paksa diri nak rukuk dengan sempurna, akhirnya sakit semakin teruk. pengajarannya, jangan paksa diri dan bagi badan rest untuk pulihkan.

haritu pun ada pergi Klinik 1 Malaysia sabab itu yang paling dekat. cerita kat MA tentang yang terjadi. MA cakap, tak nak relatekan yang sakit belakang tu berkaitan tak dengan kes terjatuh tu sebab tempoh masa tu agak lama. dalam tempoh sebulan. jadi, MA kasi ubat tahan sakit dan ubat sapu. Kalau sakit semakin teruk, kena pergi Hospital untuk rawatan lanjut.

walaupun dua tiga hari lepas ke Klinik 1 Malaysia still rasa sakit kalu tak makan ubat, sakit tak tertahan sehingga menangis. dua kali menangis sebab tak tahan sakit. TT

alhamdulillah, sakit tu semakin berkurang. seminggu lepas tu rasa macam dah tak sakit. tapi still berhati-hati, tak boleh lasak sangat supaya tak berlaku sesuatu yang akan membuatakan sakit tu datang lagi. mula-mula takut juga spinal disk tapi alhamdulillah, rasanya buka sebab sakit belaknag dah baik. minta dijauhkan. cukuplah berpengalaman untuk sakit macam yang memang tak tertahan. tak boleh nak bayang kalu sakit lebih daripada yang ini.

Thursday 5 January 2017

Boat Noodle

okay, dah masuk tahun baru. rasa sekejap je masa berlalu. awal 2016, takut nak hadapi fyp. tup tap dah setel fyp. lepas tu masuk alam internship. tinggal 2 bulan lagi. dan sekarang minggu pertama tahun 2017.

haritu 1 Januari 2017, celebrate dengan makanan je. kami bertiga ke Boat Noodle. yeah,,. nak merasa sikit makan makanan kat Boat Noodle. yelah.. sebelum ni memang tak pernah langsung makan boat noodle. jakun jap rasa. haha

ni ha menu nya sekali dengan harga biasa & harga include gst

sebahagian makanan yang sampai
setakat ni, okay lah. walaupun ada kena beratur sekejap sebab ramai orang dan meja yang terhad. tapi rasa services pantas juga lah. tak perlu tunggu lama sangat. makanan pun sampai separuh2 dulu. makan dulu yang mana sampai dan nanti tengah makan akan sampai lagi still sehingga complete. saya makan 5 jenis. 3 jenis mee dalam mangkuk kecil tu, chicken wings dan tempura.

yum yum