Saturday 20 June 2015

Resepi :Tiramisu

harini saya nak kongsikan resepi Tiramisu ala ala kampung yang selalu saya buat kat rumah. adik bongsu saya memang suka makan. setiap kali balik cuti sem mesti adik minta buatkan.

sebagaikan kakak yang mithali, mesti lah nak tunaikan permintaan adik tersayang. hihi.. lagi pun senang je nak buat tiramisu ni. campak-campak, lepas tu terus masukkan dalam peti sejuk. tak payah nak bakar dalam oven macam buat kek.

sebab saya ni kadang kadang pemalas sikit. tak suka benda dan complicated. "simple is better" haha. okaylah, kita kembali ke pangkal jalan. masa untuk menulis resepi..


Resepi Tiramisu


Bahan A:
3/4 cawan  Gula Kastor
240 gram   Cream Cheese
250 ml       Wipping Cream



Bahan B:
Kek Span secukupnya
Biskut Marie @ mana mana biskut yang berkenan di hati.
Bancuhan Air Kopi





Cara-Caranya:

1. Satukan bahan A ke dalam mixer sehingga sebati. ketepikan








2. Sediakan bekas seperti tupperware empat segi, bulat ataupun mana ikut yang kemahuan. nak guna bekas kecil-kecil pun boleh. dan buat macam ini....

  •  letak kek span.
  •  letak 2-3 sudu bancuhan air kopi pada kek @ ikut sesesuai
  •  letak adunan Bahan A atas kek sehingga rata
  •  Taburkan sedikit serbuk kopi/koko jika mahu
  •  letak biskut @ nestum
  •  letak adunan Bahan A lagi
  •   ulang secara berselang seli sehingga bekas penuh.


3. masukkan ke dalam peti sejuk. bila dan sejuk, siap untuk dimakan.. yum yum.


boleh tengok gambar kat bawah.


dalam tupperware bulat besar

dalam tupperware bulat kecil. comel-comel je nampak


cubalah buat. senang, simple kompen menjadi.. inshaAllah. :D

No comments:

Post a Comment