Thursday 12 February 2015

hair cut


rasa serabut
rasa stress
rasa berat
rasa tak selesa

jadi gua potong rambut
itu pun tertiba je
ambil gunting
potong rambut sikit
alang alang tu
terus potong banyak

terus jadi ringan kepala.

Wednesday 11 February 2015

Selera Makan.



gambar spaghetti entry lepas . boleh rujuk SINI untuk resepi.

sejak masuk sem baru, selera makan asyik bertambah nya. ermm.. rasa macam sejak mula sambung ijazah kat sini, selalu je ada selera makan. selalu rasa nak makan dan memang asyik makan je. pagi makan. tengah hari makan. lewat petang makan. mana tak naik berat nya. hish hish. kalau ada kafe kat asrama memang macam tu lah. makan selalu ada. lagi lagi akak kafe masak boleh tahan sedap. lepas itu ada kafe akak western. kalau nak ubah selera tekak memang makan kat akak western tu. menu memang variety dan sentiasa ada menu baru. 

lepas tu, tak ada berjalan jauh sangat. setakat naik tangga sebab bilik tingkat 4 adalah tapi berat sama je. tak turun-turun juga. waktu petang, kadang-kadang je jogging. tu pun kalau rajin nak keluar bilik. tak jogging sangat pun sebenarnya, lebih kepada berjalan santai-santai je sambil hirup udara segar. :D

itu semua kisah tahun satu masa duduk kat asrama dalam kampus. sekarang, tahun dua dan saya duduk asrama luar kampus. memang takde kafe. asrama semata-mata. jadi untuk makan kena cari sendiri. walaupum kafe takde, still manage untuk dapatkan makanan 3 kali sehari. haha.. kadang-kadang, stok makan kat bilik memang selalu ada. antara stok yang adanya.. roti,roti, marjerin, kek pisang, biskut, telur, beras dll. kalau terlebih rajin masak nasi ataupun buat nasi goreng. 

tu sem lepas lah. setakat sem baru ni, tak ada masak nasi lagi sebab tak ingat nak bawa beras dari rumah. T.T setakat bakar roti dengan buat murtabak maggi tu adelahlah.. psttt.. tengah buat murtabak meggi kot sekarang sebab tetiba perut terasa nak makan something. 

sejak sambung ijazah ni, rasa-rasanya berat dah naik dalam lingkungan 5 kilo keatas kot. aduh. memang naik. tapi tak pernah nak turun. akhir sem lepas ada juga kurangkan makan kepada 2 kali. berjalanlah juga untuk 3 minggu tapi lepas tu cuti sem. kalau duduk rumah memang asyik makan jelah sebab dapur dekat. 

harap-harap 2 kali makan sehari dapat diamalkan semula. supaya berat turun. sebab berat saya terlebih dari normal. aim nak turun 5 kilo. harapan yang besar untuk hilang 5 kilo dalam 3 bulan. harap dapat lakukan dan aim untuk 5 kilo lagi dan sseterusnya sehingga berat normal.

:D

Wednesday 4 February 2015

Asus Zenfone 6

alhamdulillah, dengan rezeki yang ada, saya dapat handphone baru mengantikan telefon samsung s advance saya yang dah tak berapa nak berfungsi untuk part nak call number. bila buka 'call' terus hang.. 

jadi, Asus Zenfone 6 berjaya menjadi milik saya. alhamdulillah. dan saya nak buat simple review pasal telefon ini berdasar pandangan saya yang tak lah pro sangat pasal telefon. hanya pendapat seorang pengguna telefon biasa. :D



ni yang depan sekali. homepage kot namanya. belah kanan ada jam dengan ikon penting. belah kanan pulak ada shortcut untuk app yang selalu guna. senang untuk dicari bila perlu jadi tak perlu susah susah nak cari kat dalam. dah susun ikut category kat sini.


ini menu kat dalam. ada list semua app yang ada. macam biasa semua smart phone lebih kurang sama je kan..

 


telefon ada dual simkad. sebab tu saya suka sebab ada boleh letak dua simkad saya dalam satu phone. senang kerja. yang ada no satu tu untuk urusan guna sim kad satu, nombor dua untuk simkad kedua. untuk call phone same. just tekan button simkad mana dan kita akan call orang itu melalui no simkad yang kita tekan tu. ermm... macam apa yang diterang orang dah tahu je.. hehe... biasalah.. saya jakun sikit sebab first time gua handphone dual simkad.

ini kat setting. 


ini pula music player. boleh view lagi berdasarkan album, artist, genre etc. tapi saya suka view album. suka tengok cover album. okay, kebanyakkan album infinite sebab saya inspirit dan lagipun tak sempat nak masukkan lagu lain lagi. :D



ini part camera. ada mode kat setting. jadi boleh pilih mana yang sesuai bila nak ambik gambar. agak berbaloi sebab camera 13 mp kalau tak silap. kualiti agak tiptop tapi kena pandai jugalah cara nak ambik gambar dengan terbaik. kalau tak reti nak ambik gambar contoh setiap kali ambik gambar blur sebab bergegar... jangan nak salahkan camera la ye.. 



ini kat gallery. macam biasa, boleh create folder. saya suka part kat atas tu. lawa. antara gambar yang diambil. makan tu pernah dah post kat sini kat entry resepi spaghetti bolognese. tu yang pokok hijau tu sekitar kawasan rumah. lawakan kan.. hihi.. pakai teknik belajar sendiri tu dan juga pertolongan camera handphone. hihi..

ini je kot setakat ni. penuh dengan gambar entry kali ini. ermm.. kbye.  
:D

Monday 2 February 2015

Masjid Kristal

kalau sebut Masjid Kristal, rasanya semua tahu kot. Masjid Kristal ini terletak di Pulau Wan Man, Sungai Terengganu, berhampiran dengan Muzium Negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam (TTI).

dah selalu pergi Masjid Kristal dan Muzium tapi tak berkesempatan lagi nak masuk kat Taman Tamadun Islam. Teringin sangat nak masuk tapi nak buat macam mana, takde peluang lagi.. tsk tsk tsk.. jadi, saya nak share gambar yang pernah diambil masa pergi Masjid Kristal masa dulu.


panorama mode of  sebahagian kecil Sungai Terengganu

nak ambik panorama, entah kenapa, sekerat je tak habis.. hihi

 awan lawa.

lawakan langit. masa ini cuaca cerah, kalau ambik gambar, hasilnya semua lawa-lawa.


akan berusaha untuk masuk Taman Tamadun Islam. nanti akan saya update disini. hihi .. :D