Wednesday 11 February 2015

Selera Makan.



gambar spaghetti entry lepas . boleh rujuk SINI untuk resepi.

sejak masuk sem baru, selera makan asyik bertambah nya. ermm.. rasa macam sejak mula sambung ijazah kat sini, selalu je ada selera makan. selalu rasa nak makan dan memang asyik makan je. pagi makan. tengah hari makan. lewat petang makan. mana tak naik berat nya. hish hish. kalau ada kafe kat asrama memang macam tu lah. makan selalu ada. lagi lagi akak kafe masak boleh tahan sedap. lepas itu ada kafe akak western. kalau nak ubah selera tekak memang makan kat akak western tu. menu memang variety dan sentiasa ada menu baru. 

lepas tu, tak ada berjalan jauh sangat. setakat naik tangga sebab bilik tingkat 4 adalah tapi berat sama je. tak turun-turun juga. waktu petang, kadang-kadang je jogging. tu pun kalau rajin nak keluar bilik. tak jogging sangat pun sebenarnya, lebih kepada berjalan santai-santai je sambil hirup udara segar. :D

itu semua kisah tahun satu masa duduk kat asrama dalam kampus. sekarang, tahun dua dan saya duduk asrama luar kampus. memang takde kafe. asrama semata-mata. jadi untuk makan kena cari sendiri. walaupum kafe takde, still manage untuk dapatkan makanan 3 kali sehari. haha.. kadang-kadang, stok makan kat bilik memang selalu ada. antara stok yang adanya.. roti,roti, marjerin, kek pisang, biskut, telur, beras dll. kalau terlebih rajin masak nasi ataupun buat nasi goreng. 

tu sem lepas lah. setakat sem baru ni, tak ada masak nasi lagi sebab tak ingat nak bawa beras dari rumah. T.T setakat bakar roti dengan buat murtabak maggi tu adelahlah.. psttt.. tengah buat murtabak meggi kot sekarang sebab tetiba perut terasa nak makan something. 

sejak sambung ijazah ni, rasa-rasanya berat dah naik dalam lingkungan 5 kilo keatas kot. aduh. memang naik. tapi tak pernah nak turun. akhir sem lepas ada juga kurangkan makan kepada 2 kali. berjalanlah juga untuk 3 minggu tapi lepas tu cuti sem. kalau duduk rumah memang asyik makan jelah sebab dapur dekat. 

harap-harap 2 kali makan sehari dapat diamalkan semula. supaya berat turun. sebab berat saya terlebih dari normal. aim nak turun 5 kilo. harapan yang besar untuk hilang 5 kilo dalam 3 bulan. harap dapat lakukan dan aim untuk 5 kilo lagi dan sseterusnya sehingga berat normal.

:D

No comments:

Post a Comment