alhamdulillah, dengan rezeki yang ada, saya dapat handphone baru mengantikan telefon samsung s advance saya yang dah tak berapa nak berfungsi untuk part nak call number. bila buka 'call' terus hang..
jadi, Asus Zenfone 6 berjaya menjadi milik saya. alhamdulillah. dan saya nak buat simple review pasal telefon ini berdasar pandangan saya yang tak lah pro sangat pasal telefon. hanya pendapat seorang pengguna telefon biasa. :D
ni yang depan sekali. homepage kot namanya. belah kanan ada jam dengan ikon penting. belah kanan pulak ada shortcut untuk app yang selalu guna. senang untuk dicari bila perlu jadi tak perlu susah susah nak cari kat dalam. dah susun ikut category kat sini.
ini menu kat dalam. ada list semua app yang ada. macam biasa semua smart phone lebih kurang sama je kan..
telefon ada dual simkad. sebab tu saya suka sebab ada boleh letak dua simkad saya dalam satu phone. senang kerja. yang ada no satu tu untuk urusan guna sim kad satu, nombor dua untuk simkad kedua. untuk call phone same. just tekan button simkad mana dan kita akan call orang itu melalui no simkad yang kita tekan tu. ermm... macam apa yang diterang orang dah tahu je.. hehe... biasalah.. saya jakun sikit sebab first time gua handphone dual simkad.
ini kat setting.
ini pula music player. boleh view lagi berdasarkan album, artist, genre etc. tapi saya suka view album. suka tengok cover album. okay, kebanyakkan album infinite sebab saya inspirit dan lagipun tak sempat nak masukkan lagu lain lagi. :D
ini part camera. ada mode kat setting. jadi boleh pilih mana yang sesuai bila nak ambik gambar. agak berbaloi sebab camera 13 mp kalau tak silap. kualiti agak tiptop tapi kena pandai jugalah cara nak ambik gambar dengan terbaik. kalau tak reti nak ambik gambar contoh setiap kali ambik gambar blur sebab bergegar... jangan nak salahkan camera la ye..
ini kat gallery. macam biasa, boleh create folder. saya suka part kat atas tu. lawa. antara gambar yang diambil. makan tu pernah dah post kat sini kat entry resepi spaghetti bolognese. tu yang pokok hijau tu sekitar kawasan rumah. lawakan kan.. hihi.. pakai teknik belajar sendiri tu dan juga pertolongan camera handphone. hihi..
ini je kot setakat ni. penuh dengan gambar entry kali ini. ermm.. kbye.
:D
No comments:
Post a Comment