Thursday 31 December 2015

Alhamdulillah

firstly, semalam last day paper. alhamdulillah sebab berjaya harungi sem 5 dengan jayanya. exam setel tapi result untuk sem 5 belum setel. risau juga ni. rasa harapan nak dapat dean list untuk sem ini tipis je. apa apa memang berharap nak dapat dekan lagi. kena banyakkan berdoa supaya lecturer murah hati je time checking exam paper, inshaAllah.

keep smiling   :)

Tuesday 22 December 2015

First Day Exam


ermmmmmmmmmm

kertas yang pertama hari ini adalah Topik-Topik Khas, Bagi saya, soalan agak sukar jugalah. Tahap kesukaran mungkin 8 daripada 10. Kertas soalan ada 3 bahagian. rasanya macam bahagian B yang paling susah kot berbanding bahagian lain.

apapun, terasa satu beban dah terlepas dari bahu. tinggal 5 lagi. 5 subjek dalam masa 5 hari terturut-turut tanpa gap. ooooh tidak!!!!!

Monday 21 December 2015

Spaghetti Olio Ayam


Alkisahnya, ada pesan housemate belikan mi lidi sebab dia balik rumah. Tapi  housemate tersalah belikan spaghetti pula. Apa lagi.. pagi pagi terus buat spaghetti olio sebab bahan memang takde kalau nak buat carnobara ataupun bolognese. Ni pun takde minyak zaiton.. belasah je pakai minyak masak biasa tapi  aromanya takde sangatlah. Gambar ni memang nampak kosong je sbb bahan tak cukup tapi resepi yang nak bagi ni bahan cukup okay..

BAHAN
  • 1 paket spaghetti  *4-5 hidangan
  • 1 keping dada ayam *dipotong dadu
  • 7-8 ulas bawang puting *dicincang
  • 1/2 bawang holland *dicincang
  • Lada benggala *dipotong dadu
  • Garam secukupnya
  • Lada hitam secukupnya
  • Minyak zaiton secukupnya
  • Sedikir parsley atau mana2 daun herba lain yang disukai.


CARANYA

1. Rebus spaghetti dengan sedikit garam dan minyak zaiton. Bila dah masak, toskan
2. Perap ayam seketika dengan sedikit bawang putih yang telah dicincang, lada hitam dan sedikit garam.
3. Tumis bawang putih dan bawang holland dengan minyak zaiton.
4. Masukkan ayam yang diperap tadi dan kacau sehingga ayam masak.
5. Masukkan lada benggala dan boleh tambah apa apa yang korang nak tambah lagi..
6. Masukkan spaghetti dan kacau sehingga rata dan sebati.
7. Kalau tawar, tambahkan sedikit garam. Biasanya saya tak tambah sangat garam sebab spaghetti dan ayam dah ada garam.
8. Siap dan boleh hidangankan.. yum yum

boleh cuba try okay  :)

Sunday 20 December 2015

Final Exam

emm.. lusa dah final exam. nak cakap yang final exam untuk sem kali ini memang boleh dikatakan agak padat jugak. 5 paper straight takde gap langsung.. cuma ada gap untuk hari krismas 25 dec tu je. rasa nak nangis je.

dahlah sem ni dah tak ada study week. gap pulak takda lansung. bila masa nak concentrate study dengan sebaik mungkin tapi pihak u expect semua student result okay. tak semua student boleh study dalam masa singkat okay.

bertabahlah.. ini adalah dugaan hidup seorang pelajar.

Friday 11 December 2015

Ayam Goreng Che Long


yum yum yum
Ayam Goreng Che Long?
Sebenarnya ini adalah lauk yang che long suka masak, dan masa kat kampung dulu, memang selalu makan lauk ini. dan saya sememangnya suka sangat lauk ayam yang che long masak ni. lauk ni, kalu che long masak memang sedap. tak ada orang lain yang  boleh lawan cara che long masak. hehe

jadi, saya cuba masak lauk ini untuk kali pertama walaupun dah tahu saya memang tak boleh buat sesedap che long. apapun, kita cuba kan. Jom tengok resepinya.

Bahan:

  • setengah ayam - dipotong kpd 6-8 ketul (sederhana)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • garam secukupnya
  • 2-3 cawan air
  • sedikit minyak
  • 2-3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 biji bawang besar/holland - dihiris
  • Lada Besar - dipotong


Caranya:

  1. Masak air dalam kuali. bila dah nak mengelegak, Masukkan ayam, kunyit dan garam. Biarkan sehingga air kering.
  2. Bila air dah nak kering, masukkan minyak dan kacau dan balikkan ayam sekejap.
  3. masukkan bawang besar/holland, bawang putih, lada dan tumis seketika
  4. Bila dah puas hati, boleh hidangkan. :)
amacam, senang je kan. bolehlah cuba buat. gerenti nak masak lagi.


kalau makan lauk ayam ni dengan nasi putih saje, memang dah perghhh!



Happy?
















Bila kau rasa kau adalah orang yang paling happy di dunia ini?

Apa yang membuatkan kau rasa paling happy?

Siapa yang buat kau rasa happy?

Bagaimana kau boleh rasa happy?

Kenapa kau rasa kau berhak rasa happy?


well,
everyone desrves to be happy. 
so, please be happy!


Saturday 5 December 2015

pengalaman yang AWESOME!



yeah, hari ni dah masuk 5 Disember 2015, bermakna dah tamat penat lelah dalam masa 2 hari. penat lelah yang sangat berbaloi. sangat berharga dan tidak boleh dibeli. kena alami sendiri baru tahu.

sebab apa penat lelah, tak penat sangat macam orang kerja berat tapi penat sikit dari biasa sebab aku dan dua kawan serumah join Hari Fakulti. kitorang buka gerai makanan. sebenarnya dah lama teringin nak buka gerai jual-jual ni dari tahun satu lagi sebab nak merasa buat bisnes part time kecil-kecil je dulu. bak kata oarang, cari pengalaman. kan.

ni pun plan last minit. hari rabu tahu pasal nak join gerai jualan. sekali, jom lah join sebab impian tahun satu belum tercapai. mula-mula ragu gak, tapi kita kena berani ambik risiko. jadi, khamis dan jumaat kami join dan hasilnya, kami berjaya capai impian kami. yeah... di antara apa yang kitorang jual

Murtabak Maggi Cinta
Dadih Laici & Mango
Sosej Cheese
Sosej Pulut
Aiskrim Malaysia
Lollipop Asam Masin
Lolliopop


Murtabak maggi yang paling laris, hehe.. bila dah habis. rasa berbaloi, rasa puas hati walaupun hari pertama tak dapat pulangan modal lagi, tapi hari kedua dan dapat cover modal dan start dapat untung. alhamdulillah, untung bersih lebih kurang 40 percent untung. alhamdulillah.

lainkali, inshaAllah nak cuba join lagi. nak tambah pengalaman.

:)