Saturday 5 December 2015

pengalaman yang AWESOME!



yeah, hari ni dah masuk 5 Disember 2015, bermakna dah tamat penat lelah dalam masa 2 hari. penat lelah yang sangat berbaloi. sangat berharga dan tidak boleh dibeli. kena alami sendiri baru tahu.

sebab apa penat lelah, tak penat sangat macam orang kerja berat tapi penat sikit dari biasa sebab aku dan dua kawan serumah join Hari Fakulti. kitorang buka gerai makanan. sebenarnya dah lama teringin nak buka gerai jual-jual ni dari tahun satu lagi sebab nak merasa buat bisnes part time kecil-kecil je dulu. bak kata oarang, cari pengalaman. kan.

ni pun plan last minit. hari rabu tahu pasal nak join gerai jualan. sekali, jom lah join sebab impian tahun satu belum tercapai. mula-mula ragu gak, tapi kita kena berani ambik risiko. jadi, khamis dan jumaat kami join dan hasilnya, kami berjaya capai impian kami. yeah... di antara apa yang kitorang jual

Murtabak Maggi Cinta
Dadih Laici & Mango
Sosej Cheese
Sosej Pulut
Aiskrim Malaysia
Lollipop Asam Masin
Lolliopop


Murtabak maggi yang paling laris, hehe.. bila dah habis. rasa berbaloi, rasa puas hati walaupun hari pertama tak dapat pulangan modal lagi, tapi hari kedua dan dapat cover modal dan start dapat untung. alhamdulillah, untung bersih lebih kurang 40 percent untung. alhamdulillah.

lainkali, inshaAllah nak cuba join lagi. nak tambah pengalaman.

:)

No comments:

Post a Comment