Thursday 26 November 2015

Feedback : Book Cafe

okay, nak bagi feedback atas perkhidmatan Book Cafe.

hahahahhahahahahha.. entah apalah aku ni, bagi feedback kat blog sendiri, sepatutnya feedback kenalah kat website Book Cafe. tapi takpe, kat mana-mana pun tak kisah asalkan aku bahagia. kan kan.

semalam dah selamat sampai buku-buku kesayangan. tapi aku tak berkesempatan nak pegang dengan dengan sendiri sebab buku tu dihantar kat rumah bukan kat kampus sini. sebabnya, aku yang tersalah isi alamat antara shipping address dengan billing address. hambek satu. menangis tak berlagu laaa nak kena tunggu sebulan lagi sebelum balik rumah.

tapi bagus juga sebab jimat space untuk bawa balik barang akhir sem ni. yelah, sem depan nak duduk dalam kampus. hihi.

okay, kembali kepada tujuan asal, apan yang nak disampaikan adalah, perkhidmatan Book Cafe ni memang TERBAIK, CEPAT, dan MESRA.

kenapa terbaik?
sebab senang nak order buku. lagi-lagi bila ada offer free postage dan hadiah percuma bila total price sampai tahap tertentu. (boleh tengok di website dari semasa ke semasa ye). disebabkan total price melebihi RM150, aku dapat satu buah buku percuma + mug upin ipin + patung mainan upin ipin. 3 in 1 gitu. untunggg.

kenapa cepat?
sebab dalam mase 3 hari dah dapat buku. rasanya kalau bukan sebab pos laju kat rumah tu tak sempat nak hantar barang dalam satu hari, jadi barang yang tak sempat di hantar, akan dihantar keesokkan hari. ermmmm.. mungkin buku tu akan sampai dalam masa dua hari je kot..

kenapa mesra?
sebab ada hantar email nak tanya sesuatu pasal order, cepat ye Book Cafe balas. suka suka. :D


pssstt, alhamdullillah, buku selamat sampai. tak sabar nak baca buku. jom tanamkan minat membaca
:)

No comments:

Post a Comment