Tuesday 3 November 2015

spm 2015

ye, semalam 02.11.2015 dah start spm. harap masih tidak terlambat untuk ucapkan "all the best" kepada semua calon spm tahun ini.

ermm.. adik yang disayangi pun ada ambik spm tahun. jawab exam elok-elok ye.. i know you can do it. nampak perubahan dalam diri adik sejak 3-4 nak spm. nampak adik dah tak mengadap laptop sangat dah.. selalu tengok duduk depan meja study dan ngadap buku. memang sesuatu yang mengharukan sebab memang jarang nampak adik study bersungguh macam tu.

yakin bahawa yang adik akan dapat keputusan yang setimpal dengan usaha adik. adik dah berusaha, insha Allah, adik akan dapat keputasan yang bagus nanti. akak sentiasa mendoakan adik. siapa yang tak sayang adik kan walaupun dulu masa kecil kita memang tak ngam kan. haha. itu semua kenangan.

nanti bila dah dapat keputusan yang baik, adik bolehlah nak sambung belajar dalam bidang yang adik nak sangat tu. insha Allah pasti boleh.

haa.. tak lupa juga kepada dua orang lagi sepupu yang ambik spm juga tahun ni. buat yang terbaik ye. akak setiasa mendoakan korang. aamiin.

No comments:

Post a Comment