Tuesday 9 September 2014

september


harini 9 september 2014. dah 4 hari tinggal di asrama baru kat luar kampus dan 3 hari kuliah bermula. banyak perkara yang berlaku dalam 4 hari ini. mungkin ini pertanda bahawa sem ini akan penuh dengan cabaran. ermm.. perlu hadapi dengan tenang.

perkara pertama yang berlaku, entah dimana silapnya saya dapat sebilik dengan non-muslim. saya yang masuk dulu jadi sememangnya saya tak tahu lagi siapa roommate saya. pada mulanya saya ingat takpe kot sebab saya pernah dengar bahawa kalau student duduk di asrama longgat sikit aurat dengan non muslim.

tetapi, sebaliknya yang berlaku. saya call mak saya. cakap bahawa roommate saya non-muslim. mula-mula mak macam terkaku.. lepas tanya macam-macam. mak cakap kalau boleh minta tukar bilik. mak cakap yang sepatutnya yang sebetulnya aurat dengan non muslim macam aurat dengan bukan mahram. sepatutnya tutup. jaga buat main. lepas mak cakap macam tu, saya terus kaku. rasa bersalah dalam diri. rasa takut sebab dia macam dah ternampak rambut masa bersihkan bilik.

saya tanya mak, macam mana saya nak buat. mak just cakap, tutuplah yang patut (aurat). jadi setiap masa saya tutup. takdelah bertudung litup just tutup dengan tuala. nanti dia pelik pulak bertudung litup 24 jam dalam bilik. saya pun boleh lemas kalau macam tu. :) masa tidur pulak, berbungkus lah jawabnya.

dan, alhamdulillah, sekarang permohonan nak tukar bilik dah lulus. pagi tadi dah ambik kunci. petang ini dah boleh pindah lepas habis kelas. di bilik baru, saya duduk sorang dulu. tapi takpe, bilik kawan just depan bilik yang baru je. buka pintu nampak. hihi.. nampaknya kena beli lampu study/meja untuk buat peneman malam. kalau nak bukak lampu atas, cerah sangat bila nak tidur.

dan lepas ini boleh keluarkan barang dari beg dan kotak sebab dah comfirm boleh pindah bilik. yahuuuuu.. :) :)

pengajarannya kat sini, jangan ambik mudah aurat kita dengan non-muslim walaupun diorang perempuan sebab aurat kita dengan mereka ada seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. mungkin ada pendapat yang membolehkan sebahagian aurat boleh dilihat oleh bukan islam tapi sekiranya kita mampu menutup semua, sebaiknya kita tutup. tepuk dada tanya iman..

boleh baca di SINI untuk lebih lanjut dan SINI.


No comments:

Post a Comment