Saturday 13 September 2014

bilik baru


ermm... sebelum ini dah cakap yang saya pindah bilik. hari ini dah hari 4 atau 5 hari kot duduk kat bilik baru. pindah masuk selasa petang dan sekarang dah sabtu petang. masa mula-mula masuk bilik.. rasa okay je lagi. entah kenapa, bila malam masa nak tidur, tertiba rasa takut. mungkin tak biasa duduk bilik seorang diri kat asrama. lagipun ini asrama baru. bila perasaan dah takut.. mulalah terbayang macam macam..

sebelum ini, sem sem yang lepas, okay je bila tidur sorang kat bilik bila roommate ada program luar. ermm.. itu mungkin sebab dah biasa dan serasi dengan bilik itu. almaklum lah, bilik yang sekarang baru je masuk duduk. mujurlah bilik kawan depan bilik je. kalau masing buka pintu dah boleh lambai say hello..

malam pertama tu, mujur kawan baik hati bagi saya tumpang tidur situ. heret tilam masuk bilik dia. malam kedua saja tidur awal tanpa tutup pintu bilik. kalau masa nak tidur tahu kawan tak tidur lagi.. tak ada lah takut sangat. (kawan tolong kuncikan bilik) tapi, kerap jugak lah terjaga malam tu. yelah.. kali pertama tidur. malam ketiga, tidur lambat. pukul 3 camtu baru tidur. rasa berani sikit sebab dah nak dekat subuh. lagi 3 je. malam keempat, tertidur masa main game kat henpon. kawan juga tolong kuncikan pintu.

yang malam kedua tu, kawan bilik depan datang semayang magrib isyak kat situ dan tolong bacakan yasin sekali sebab saya cuti. saya pun ada start pasang surah al-baqarah (repeat) petang tu sampai pagi esok. dan saya pasang setiap malam. kiranya, saya tidur ditemani bacaan al baqarah.

saya memang sangat berterima kasih kat kawan saya dah duduk bilik depan sebab sokong saya semasa saya lemah nak hadapan perkara ini. sekarang ini dah rasa berani sikit. hehe.. jasa kalian sangat besar. thank you. muahh

No comments:

Post a Comment