Sunday 3 August 2014

Raya 2014


assalamualaikum..

harap tak terlambat lagi nak ucap SELAMAT HARI RAYA walaupun harini dah raya ke tujuh. hehe.. busy sangat beraya agaknya. kekeke

aku rasa, raya tahun ni lah aku tak lekat sangat kat rumah. berjalan je kerjanya.. tapi ini bukan merayap merata tapi melawat rumah-rumah sedara dan kawan-kawan sempena beraya. untuk merapatkan sillaturahim gitu. kan.. :)

macam biasa, raya pertama memang aku balik kampung lepas solat raya. pahtu pergi rumah sedara mara.
raya kedua ada family gathering belah mak aku. lagi tepat belah nenek aku (belah mak). berkumpul daripada keturunan moyang hingga cucu cicit. moyang dah takde tapi tok sedara masih ada.
raya ke tiga duduk rumah je, tapi sedara ada datang rumah.
raya ke empat pergi reunion ayah, reunion Ting 6 dulu. petang tu aku pergi jejalan raya dengan kawan kawan sekelas masa sekolah dulu
raya ke lima pergi rumah mak sedara, balik tu pergi kenduri, petang tu keluar lagi, kali ini dengan geng-geng rapat sekolah dulu sebab raya 4 diorang sibuk. hari ini aku rasa aku makan paling banyak.. haha.. naiklah berat lagi..
raya ke enam, berehat kat rumah je sebab esok dah kerja. erkk.. aku tak kerja, tanam anggur je kat rumah.


okay lah.. tertiba aku malas nak menulis sebab mouse aku rosak. nampak macam takde kaitan kan... tapi bagi aku, tu semua ada kaitan,, haha sebab aku suka guna mouse, kalu takde, rasa tak syokk.. KBYE

No comments:

Post a Comment