Friday 6 May 2016

Kuey Teow Kungfu

okay, harini nak cerita sikit berkenaan Kuey Teoe Kungfu. saya pertama kali dengan Kuey Teow Kungfu ni masa sambung belajar ijazah kat sini. sebelum ni langsung tak tahu. memang saya kuey teow kungfu ini ada kat sini sahaja atau memang saya je yang tak tau. yelah, sebab keluarga saya bukan jenis makan kat luar, jadi mungkin tak tahu sangat menu masakan panas yang pelbagai jenis tu.

sebenarnya, tahu kuet teow kungfu ini dari sem satu lagi, tapi sem enam baru tergerak hati nak cuba. pertama kali makan, terus jatuh cinta sebab memang kena dengan selera tekak. kenapalah baru sekarang nak cuba dan baru tahu makanan yang awesome ini.. sejak kali pertama cuba tu, terus lepas tu asyik makan kuey teow kungfu je.. hahaha.


apa yang special ialah kuey teow ni dia goreng dengan telur yang dibancuh dulu.
 jadi, bila makan rangup je.

bertambah sedap bila kuey teow yang rangup ni dicurahkan dengan kuahnya.
memang pergh.. lazat. sedap sehingga menjilat jari. yum yum yum.

bila cerita pasal makanan ni terus rasa lapar.. 

No comments:

Post a Comment