Tuesday 31 May 2016

ump

Blok A dan B
sabtu lepas hantar adik daftar kat ump. ni kali kedua masuk dalam ump. kali pertama lalu dengan bas rapid kuantan masa trip ke gambang waterpark dulu. kiranya kali ini, official jejak kaki kat ump gambang laa.. haha..

ump dekat susur keluar LPT, jadi kalu dari rumah lalu kat LPT memang dekat. haritupun, tak sampai 2 jam dah sampai ump. kalau lalu jalan biasa, mahu 3 jam lebih kot baru sampai. untung ada lebuhraya. memudahkan dan cepatkan perjalanan.

hostel budak lelaki yang adik dapat macam apartment. satu rumah ada 4 bilik dan 2 bilik air. macam biasa, satu bilik kongsi 2 orang. tapi almari dan meja kecil dari macam tempat saya belajar sekarang. apapun, bersyukur. heehee. nak bagitahu, kat tempat saya almari dan meja boleh tahan besar juga. almari ada banyak ruang kosong dan meja memang best kalu nak buat kerja. boleh sepahkan meja dengan macam-macam. walaupun letak printer kat hujung meja, still rasa luas. okay, cukup. :D

apapun, kalu tak silap bangunan dan lebih daripada 6 tingkat mesti kena ada lift. haritu pun angkut barang guna tangga ke tingkat 5 sebab malas nak tunggu lift. ramai sangat yang beratur. tangga sini tak letih sebab anak tangga tak tinggi sangat antara anak tangga lain. sebab, sesetengah bangunan, walaupun 3 tingkat rasa letih sebab jarak anak tangga tinggi sangat. faham tak apa yang cuba disampaikan ni..?

okaylah, selamat belajar adik.. belajar rajin-rajin ye.

No comments:

Post a Comment