Wednesday 2 July 2014

another me


seperti yang pernah dibagitau kat post yang lepas.. tapi mungkin aku dah delete kot post tu.. hehe.. ada bagitau yang hamstergyu adalah bias aku. muahaha.. aritu aku ambik keputusan yang drastik untuk beli album solo dia. haha.. entah macam mana aku ada keberanian nak beli.

dah lama aku survey album. sekali tu aku terjumpa satu seller yang jual pre-loved album dia. murah pulak tu. aku apa lagi... terus set dalam kepala nak beli atau tak. dekat 4-5 hari juga aku fikir. last-last aku decide untuk beli sebab kalu aku tak beli, takut aku mnyesal dikemudian hari.

aku bank in duit rabu.  sebab hari tu je aku ada transport nak kuar. disebabkan seller tu baru balik dari overseas jadi dia post parcel hari jumaat. hari isnin lepas album tu sampai dah sampai. memang the best perkhidmatan akak tu. pantas dan cekap.

harga album tu RM 26 include postage. aku dapat album + poster + sticker. aku rasa dengan harga itu memang berbaloi apa yang aku dapat. kalu aku beli yang baru harga mungkin RM36 dan kalu poster dah sold out.. memang tak ada lah jawabnya.

apapun aku bersyukur. terima kasih sebab diberi peluang untuk memiliki album ini. satu lagi, album yang aku beli ini ada hidden track. lagilah aku suka. aku tak pasti yang hidden track untuk album ini ada pada semua album atau tau. tetapi, kebiasannya, kalau album yang lain, tak semua ada hidden track. kalu hidden track album ini limited, maka aku antara yang bertuah. HA HA HA.

sekali lagi aku malas nak transfer gambar yang aku snap ke laptop. jadi aku cari gambar kat internet je..

bahagian belakang album~

aku  harap andai diberi peluang masa hadapan, aku nak kumpul semua album diorang. aku harap.  :) dan aku harap juga aku bertuah untuk menang giveaway yang aku join. amin~

No comments:

Post a Comment