Wednesday 12 March 2014

Dungun

Dungun? 

sebenarnya Dungun adalah salah sebuah daerah di negeri Terengganu. dan saya adalah salah seorang penduduk Dungun. hehe..meh nok royak sket pasal hikayat daerah dungun ni. nama daerah ini di ambil sempena nama pokok Dungun. 

Jikalau Melaka diberi nama sempena Pokok Melaka, 
Dungun pula dinamakan sempena Pokok Dungun.

Dungun memang banyak tempat yang menarik. Kalau datang sini, luangkanlah sedikit masa berjalan-jalan disekitar dungun. Antara tempat yang sinonim dengan Dungun adalah pantainya. memang banyak pantai kat sini. Antaranya.. Pantai Batu Pelanduk, Pantai Tanjung Jara, Pantai Teluk Bidara, Pantai Teluk Lipat, Pantai Teluk Gadung, dll.

selain itu, kalu datang dungun juga, wajib lalu jalan pantai sebab jalan pantai kat dungun betul-betul tepi pantai dan panjangnya lebih kurang 7 km lebih macam tu. erkk... tak pasti pula jarak yang tepatnya. tapi, permandangan sepanjang pantai tu memang lawa. lagi-lagi bila ada Pulau Tenggol kat tenagh laut tu.

kalu nak buat aktiviti lasak (lasak ke..) bolehlah pergi naik bukit Bauk (Hutan Rimba Bandar Bukit Bauk). kebiasaannya orang pergi waktu pagi dan petang. tinggi bukit bauk ni 472 meter dari paras laut. kenapa nama bukit bauk. dulu mak cakap sebab bukit ni berbauk-bauk antara satu sama lain. sebenarnya bukit bauk ni adalah hutan simpanan kekal. memang banyak species tumbuhan kat sini. bagi yang tak biasa, memang agak letih juga untuk sampai kat puncak. tapi keletihan tu semua memang terbayar bila korang boleh tengok view yang indah lagi mempersona.. chewah ayat.. :p  lagi satu, pengalaman tu penting. tak dapat dibeli dengan wang. 

kat dungun juga ada air terjun Chemerong kat hulu dungun. air terjun ni adalah air terjun yang tertinggi di asia tenggara. di sini juga terdapat pokok cengal yang terbesar dan tertua didunia. kat hutan lipur ni memang sesuai kalu nak berkelah. dengar cerita, kat sini juga ada jambatan gantung. kalu yang jenis suka alam sekitar, bolehlah datang kat sini dengan bukit bauk. memang sesuai dengan jiwa anda. hihi..

selain yang kat atas ni, banyak lagi tempat menarik kat dungun ni seperti Bukit besi, Tasik Puteri, Bukit tebuk, kuala dungun dll. tapi lain kalilah pula ye. 

impian: nak pergi terokai semua tempat menarik kat dungun. lnak ambik gambar banyak. lepas tu boleh share kat blog ni. hehe.. harap-harap impian ni tercapailah.. aimn.  :)

No comments:

Post a Comment