Monday 24 March 2014

pengalaman ngeri




semalam berlaku satu kisah yang boleh dikatakan sebagai pengalaman ngeri bagi aku iaitu kehabisan minyak ketika tengah memandu.

alkisahnya bermula bila kitorang nak keluar sebab nak beli tiket untuk balik kampung cuti midsem nanti. aku pun sewa lah sebuah kereta viva. kereta sewa ini ada budak kampus juga yang uruskan. entah dimana silapnya minyak yang dibekalkan itu terlampau sedikit. kebiasaannya masa aku sewa kereta sebelum ini yang orang luar yang uruskan, minyak kereta yang ada memang cukup untuk sampai ke stesen minyak. tapi, semalam baru separuh jalan minyak dah habis. dah lah hujan masa tu.

masa mula-mula itu aku bimbang juga kalau tak sempat sampai stesen minyak sebab lampu yang berkelip kelip warning minyak ada sikit. tapi aku yakinkan diri bahawa sempat. tetapi, betul jangkaan aku bila kereta semakin bergerak perlahan walaupun pedal minyak ditekan. aku dah start cuak masa tu. aku berhenti dulu kat tepi jalan. bincang dengan diorang macam nak buat kalau minyak betul betul habis. aku decide untuk try drive semula setakat minyak ni mampu dulu tapi kereta start perlahan lagi dan aku berhentikan kereta buat kali kedua.

alhamdulillah sebab kali kedua ini aku berhenti dekat dengan kedai runcit. bersyukur sebab kedai runcit itu ada jual minyak. penuh tragis sebab masa tu masih hujan. dengan berpayung berhati-hati bawak minyak itu takut termasuk air hujan. lepas tu masa nak buka penutup lubang minyak tu pun satu hal sebab ketat sangat. apapun itu kali pertama aku buka penutup tu. hihi..

sekian, setakat itu saja kisah tragis yang berlaku kat kitorang. uhhuu.. memang pengalaman buat aku sebagai pemandu. aku ada kata kat diorang..

"pengalaman ini mungkin tragis pada saat ini tapi nanti bila kita terkenang balik saat ini, kita mesti akan tersenyum sorang-sorang."  

dan terbukti, saat aku menulis kisah ini sekarang, aku pun tengah tersenyum lebar selebarnya.. hihi  :)

apa yang aku dapat dari pengalaman ini, ketika kita ditimpa kesusahan, sentiasa ingat Allah, in sha Allah, dengan usaha dan doa, segalanya akan dipermudahkan untuk kita. :)

pssttt.. pastikan minyak kereta cukup.  ^.^

No comments:

Post a Comment