Thursday 6 March 2014

sakit



Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1.Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2.Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3.Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4.Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

... dan apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, 
Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga 
supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. 
Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat 
memberi balik dosa hambaNya tersebut



ni nak share satu kisah...

sejak masuk sem baru ni, dah dua kali aku sakit agak teruk. yelah.. sebelum ini aku memang jarang sakit. minggu ke dua lepas daftar, aku deman. nak kata aku homesick memang taklah sebab aku tak pernah homesick. masa kat matrik selangor pun aku rilek je. kat matriklah kali pertama aku tinggal kat hostel dan paling jauh aku tinggal dari rumah aku.

masa aku deman haritu, first time badan jadi panas macam tu. rasa teramat letih sampai tak larat nak bangun tapi gagahkan juga badan untuk bergerak. sampai satu tahan tu.. aku menangis sebab tak tahan. masa tu juga aku rasa aku nak sangat mak aku ada dengan aku masa tu. tapi masa aku deman ni takdelah teruk sangat kalu nak dibandingkan dengan yang aku sakit kali kedua iaitu minggu lepas.

masih segar lagi dalam ingatan aku peristiwa minggu lepas. tak tahu di mana silap aku.. entah apa yang aku silap makan sampai aku muntah-muntah. 4 kali aku muntah dalam satu malam. lepas maghrib sekali. pukul 1 pagi sekali pukul 3 lebih sekali dan last sekali masa subuh. benda yang aku makan semuanya keluar sampai perut aku kosong. yg last sekali aku muntah hanya kuar cecair kuning kehijauan macam tu sebab semua makann dah keluar masa muntah sebelum tu. ubat yang roommate aku bagi pun keluar juga. selain muntah aku pun cirit birit juga.

malam tu aku memang lansung takleh tidur. aku start sakit perut tengah malam tu. lebih kurang pukul 1 pagi macam tu. perut rasa sangat sakit sampai tak tahu nak buat. baring pun langsung tak boleh juga sebab kalu baring rasa lagi sakit. aku hanya duduk kat lantai tepi pintu. sepanjang pagi tu aku asyik duk menangis je sebab sakit yang teramat sangat sampai aku memang tak boleh nak tahan. air mata memang keluar. masa tengah sakit kuat tu, aku memang nak mak aku. masa tu aku tahu apa perasan orang lain bila sakit memang ada rasa nak mak duduk sebelah.

aku ada mesej mak aku sebab aku tahu mak aku memang bangun awal. dalam pukul 4 lebih tu mak aku call. aku memang cepat jawab. sambil aku jawab, sambil aku menangis juga. memang betul orang cakap mak tu ubat paling mujarab sebab masa aku bercakap dengan mak aku, perut rasa kurang sakit. tapi bila off call, perut sakit balik. rasa sakit terus berterusan. masa tu aku rasa masa sangat lambat berlalu sebab aku nak pergi pusat kesihatan pagi tu.

pagi tu pukul 8 tu aku dah ada kat pusat kesihatan sebab dah tak tahan nak tunggu lama-lama kat bilik tu. kat sana, badan aku kena masuk air. dengan ubat sekali. masuk tengah dimasukan air tu aku tidur je. dalam pukul 11 tu baru aku bangun. aku dapat mc dengan ubat. banyak juga ubatnya. hari tu memang aku tak pergi kelas langsung. kelas pukul 8 dengan pukul 11. MA tu suruh beli nasi utk makan. memang aku beli nasi. first time aku beli nasi separuh. tapi aku tak ada selera nak makan. bilik masuk bilik aku terus tidur sebab semalam tak boleh nak tidur kan.

pukul 3 lebih baru tersedar. pukul 4 macam tu aku paksa makan sebab takut gastrik lagi sebab perut memang kosong sejak muntah. tu pun tak habis makan. dalam 4-5 hari jugalah aku tak ada selera sangat nak makan. aku makan nasi pun sekali sehari je. tapi lepas 5 hari tu, selera aku slow slow datang balik. tu makna nya aku dah sihat sepenuhnya.. hahh.. satu lagi.. sejak aku akit tu, aku asyik rasa nak minum air berais je.. sebelum aku kadang-kadang je minum. kawan aku pun naik pelik sebab hari-hari aku beli air berais. tapi sejak aku dah baik ni aku dah tak beli dah.. haha..


psttt.. hari ini genap seminggu sejak aku sakit perut muntah muntah cirit birit sume tu.. :p
apa apa pun..
alhamdulillah sebab aku dah sihat balik. sesungguhnya sakit itu musibah yang ada hikmatnya.. :) sesungguhnya sakit itu penghapus dosa..
~Allahualam

No comments:

Post a Comment