ingatkan kat rumah ada acuan semperit rupanya yang ada cuma muncung yang untuk piping tu. yg bentuk kon tu. mati-mati ingat acuan untuk bentukkan bunga besar sebab kon tu besar daripada yang lain. bila diletakkan adunan dan ditekan, sekali keluar kecil je. haha .. disaster . macam mana nak buat semperit ni. dah lah adunan sudah buat. adunan bukan main sedap. kalau tak teruskan buat semperit, membazir pula adunan semperit yang sedap ni.
bila ada masalah, kita kena kreatif untuk cari jalan penyelesaian. guna aje acuan yang ada cuba pipe kan memanjang dan gabung tiga. jadilah macam semperit . perit juga lah nak menekan adunan dengan tangan sebab takde acuan semperit yang betul. berharga sungguh pengalaman ini. walaubagaimana pun, hasil kuih semperit memang sedap. sangat berpuas hati dengan resepi ini. ada ubah sikit resepi ikut kesuaian bahan. kat bawah nanti saya akan sharekan repesi yang telah diubah.
Bahan-Bahannya
bersolek lah sikit bagi lagi lawa. |
Bahan-Bahannya
- 375 Buttercup (1 1/2
blok ) - 1 1/2
cawan Gula Aising - 2 Biji Kuning Telur
- 1 Tsp Esen Vanilla
- Sedikit Pewarna kuning (Saya tak letak)
- 2
cawan Tepung Gandum* - 1 cawan Tepung Kastard* *diayak dan kacau sebati
- 2
cawan Tepung Jagung* - Chocolate rice / Colorful
Cara-Caranya
Masukkan butterkedalam mixer- Masukkan gula aising
- Masukkan kuning telur
dan esen vanilla - Masukkan semua tepung yang diayak sedikit demi sedikit
Bentukkan semperit menggunakan acuan semperit dan taburkan chocolate rice- Bakar pada suhu 180 Celcius selama 20 minit. Jangan lupa
panaskan oven terlebih dahulu
Setiap oven tak sama, so korang bolehlah sesuaikan dengan oven masing-masing ye.
Oven kat rumah dah lama. jadi suhu tak kuat sangat. saya bakar pada suhu 200 C. dan biasanya yang bahagian atas cepat masak, jadi kat pada minit ke 11 saya tukarkan loyang kat atas turun kebawah dan sebaliknya supaya kuih masak sama rata.
No comments:
Post a Comment