Sunday 23 July 2017

Chocolate Chip Cookies

Seperti yang dijanji dalam entri-entri yang lepas, maka entri kali ini saya akan share resepi rahsia saya. rahsia la sangat.haha.. dah lama saya guna resepi ini. resepi asal dari internet tapi saya ada ubah sikit resepi ini. dan saya mesti buat cookies ni untuk raya. memang wajib buat setiap tahun. 2 kali raya, ada yang minta resepi dari saya. terharu~~ wuu~ kata mereka cookies ni sedap. itu memang semestinya. hehe

recycle gambar entri lepas. :)
Resepi Biskut Coklat Cip 

Bahan-Bahan:

  • 2 1/2 cawan Tepung Gandum**
  • 1 Tsp Baking Powder**
  • 1 Tsp Soda Bikarbonat**
  • 1 Tsp Serbuk Koko**
  • 250 gram Mentega/ Buttercup
  • 1 1/2 cawan Gula Perang
  • 1 biji Telur
  • 1 Tsp Esen Vanilla
  • 1 1/2 - 2 cawan coklat cip (ikut citarasa)


Cara-cara:

  1. Ayak bahan yang bertanda ** (Tepung, B. Powder, S. Bikarbonat, S. Koko) dan gaul rata. Ketepikan.
  2. (Adunan B)Pukul mentega dan gula perang menggunakan mixer. Kemudian masukkan telur serta esen vanilla. Jangan pukul terlalu lama. 
  3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan B sikit demi sedikit. Kemudian masukkan coklat cip dan gaul rata mengunakan senduk. 
  4. Adunan sudah siap. Simpan dalam peti sejuk seketika. Hanya keluarkan bila nak membakar sahaja.
  5. Sudukan (guna sudu kecil) sedikit doh pada loyang. jarakkan sedikit ruang antara doh. 
  6. Bakar selama 25-30 minit dengan suhu 180 celcius.
Boleh rujuk gambar dibawah.


Tiga yang utama. 1) Adunan Basah 2) Bahan kering yang diayak 3) Coklat cip

Bahan yang diayak dan adunan basah dalam bekas yang berlain 

Ketiga-tiga perkara yang telah digabungkan

Dengan recipe inilah saya buat bisnes part-time kecilan saya. lepas ni nak jual roti sosej/pizza pula. dah test jual minggu lepas.. lepas ni kena konsisten buat setiap minggu. semoga saya rajin nak menguli roti.

No comments:

Post a Comment