Tahun lepas pernah diet atkin dan turun lebih kurang 15 kg. Tapi sayang tak sempat sampai target untuk dapat bmi normal sebab berhenti lepas raya.
So tahun ni, azam baru untuk start balik diet. 1 oktober 2018, hari pertama untuk mulakan balik diet. Harap diri ini kuat untuk teruskan perjuangan ini.
Sebab bila dah start kerja, macam susah sikit nak jaga makan dengan strict. Mesti akan ada makanan yang berminyak atau bergoreng. Tapi setakat ni memang tak makan nasi dan mee, senang kata kaborhidrat memamg sedaya upaya tolak. Air manis, semestinya tak ada dalam kamus diet dan banyakkan minum air kosong.
Setakat dah seminggu lebih, baru je turun sekilo lebih. Rasa macam diet kali macam susah sikit turun. Tapi tak apa, kita usaha lagi. Harap lebih istiqamah berdiet dan dapat hasil yang diidamkan. Amin