Saturday, 31 January 2015

KTM Gua Musang

hari dah 31 Januari. hari terakhir untuk cuti sem 3.  esok kuliah yang pertama. semalam, 30 Januari 2015, saya ke gua musang. satu family ikut yang ayah pergi melawat rumah kawan ayah kat gua musang. yang terlibat dengan banjir. konvoi sekali dengan kawan ayah yang lain.

 air naik tinggi sampai nampak bumbung je. itu pun rumah dia memang tinggi kena naik 6 anak tangga pun air masih sampai ke bumbung. rumah kawan ayah dekat dengan ktm sebab dia memang kerja kat situ pun. sepanjang jalan, memang nampak lah kesan-kesan banjir di kawasan yang terlibat.

rasa sayu je bila tengok. bayangkan kita berada di tempat diorang. apa yang kita akan rasa. sesungguhnya, mereka semua adalah orang yang tabah menghadapi ujian.

jadi alang-alang tu pergi singgah ke KTM Gua Musang. stesen yang baru. sebab yang lama dah lama tak beroperasi.

mula-mula nampak benda ni. ada kat depan sekali. belah kanan ada kaunter tiket dah belah kiri ada kafeteria. masa ini stesen ini tak beroperasi disebabkan banjir yang berlaku baru-baru ini.
kereta api rosak sebab terperangkap dalam banjir, ada rel yang rosak dan juga jambatan runtuh.


pemandangan belah kiri

dan ini permandangan belah kana. itu jambatan itu jalan raya. untuk kenderaan lalu.. hihi.

view depan dari platform stesen. kiri dan kanan bukit batu kapur. masa ni view lawa sebab cuaca cerah je. awan pun lawa je kan. :D

yeah. gambar bonus. watermark banyak sebab saya sayang gambar ini tapi tetap nak juga share kat sini.

itu je kot. dah petang ini. nak kena siapkan apa yang patut untuk hari pertama kuliah esok. tapi jadual belum ada.. uwaaa.. bila nak laa pihak pengurusan nak keluarkan jadual, saya dah tak sabar ni.. heehee  :D


Tuesday, 27 January 2015

1000 pieces puzzle


kakak saya ada beli puzzle yang besar. ada seribu keping. bila semua dan bercantum besar dia adalah lebih kurang ermm.. ermm 6 jengkal panjang. kot laa. malas nak tengok saiz kat packaging dia.

bagi saya, memang agak memcabar juga buat puzzle yang besar ni. yelah, sekala main puzzle yang kecil je. mencabar tu memang lah susah, stress pun ade tapi seronok bila dapat sambung pieces nye.. terasa malas nak menulis panjang-panjang. layan gambar je lah 3 keping.

inilah gambar full puzzle bila dan siap. 

bila di zoom...

rumah kecil ni dah 15 cm. mungkin panjang semua dalam 150 cm kot. lebar 100 cm.
jadi, 150x100 cm kotlah.. agak agak je ni berdasarkan pembaris tu.


Saturday, 24 January 2015

Resepi : Spaghetti Bolognese




saya ada adik yang first time masuk asrama penuh. dia yang kedua dalam keluarga yang start tinggal asrama sejak tingkatan satu. walaupun asrama dia hanya 5 minit dari rumah. dekat teramat sangatttt.

adalah dalam suatu pagi, adik saya call mak saya. rupanya adik saya ini ada hajat besar. nak suruhkan saya buat spaghetti lepas tu hantarkan kat asrama. dia nak makan kat asrama dengan kawan-kawan dia. amboi.. sedap betul mengorder ye. gaya macam kat kedai. kalau dapat fulus best juga ambil order
tetapi, mengenangkan adik yang tercinta yang first masuk asrama walaupun tak homesick, saya sebagai kakak tercinta sanggup masakkan. jadi, kali ini saya buat 2 kali ganda daripada biasa. nyelah, untuk makan kat rumah dan juga nak bawakkan untuk semek ni juga ke asrama.

sebenarnya saya dah biasa buat spaghetti dari dulu lagi tetapi takdelah sehebat spaghetti orang itali. asalkan masakkan saya kena selera keluarga saya dah cukup. adik saya memang suka spaghetti saya tau. (amboi. bangga diri nampak).. haha. bila dah biasa masak sesuatu, dah tak payah nak tengok resepi lagi. main campak-campak macam tu je. :D bahan-bahan yang saya guna pun ikut bahan yang memang dah ada kat rumah dan juga senang nak dapat kat tempat saya.

jadi saya sertakan resepi  spaghetti bolognese versi saya yang sangat senang dan simple. resepi ini untuk 4-6 orang makan.  biasalah, saya memang tak berapa suka memasak yang complicated.


Spaghetti Bolognese versi sendiri

bahannya:

  • satu paket spaghetti
  • minyak zaitun
  • daging/ayam kisar
  • 5-6 ulas bawang putih - dicincang
  • cendawam kering (direndam dalam air panas kemudian dipotong)
  • 1/2 lada bengala - dipotong dadu
  • satu botol/tin sos spaghetti
  • 1 cawan air/air rendaman cendawan
  • daun oregano kering
  • garam

caranya:

untuk spaghetti: 
  1. rebus air bersama garam dan minyak zaitun secukupnya sehingga mengelenggak.
  2. masukkan satu paket spaghetti.
  3. toskan spaghetti bila dah masak.  (ambik sikit spaghetti dan rasa/makan untuk nak tahu dah masak ke belum. kalau keras lagi kat bahagia dalam maknanya belum masak)
untuk sos:
  1. panaskan sedikit minyak zaiton dalam periuk/kuali.
  2. masukkan daging/ayam kisar, sedikit garam dan goreng sehingga masak.
  3. masukkan bawang putih dan tumis.
  4. masukkan cendawan , lada bengala dan kacau.
  5. masukkan sos spaghetti.
  6. masukkan air/air rendaman cendawan. 
  7. masukkan garam secukupnya.
  8. masak sehingga mendidih dan masukkan sedikit daun oregano.
  9. siapp.

tips:
  • untuk daging/ayam kisar, boleh goreng dan hancurkan begitu saja.
  • ataupun buat bebola. kalau nak buat bebola, letak seasoning siap-siap dalam adunan daging tu sebelum menguli daging jadi bebola. jadi takpayah letak garam dah masak goreng nanti. kang terlebih masin kan. tapi jangan uli besar sangat ye. buat saiz macam antara duit syilling 10sen dan 20 sen pun dah ok.
  • kalau nak tambah parutan cheese pon boleh masa hidang sebelum makan. terpulang kat korang.
  • kalaunak tambah bahan-bahan lain lagi pun boleh tapi bagi saya, semua kat atas dah cukup. hihi



gambar pertama tu, nampakkan kan yang saya buat ayam kisar jadi bebola kecik. 
yang kedua tu, lepas letak sos tomato, belum sempat kacau dah ambik gambar. cepat je kan. tapi part lepas tu dah sempat nak ambil gambar. malas nak pegang phone. takut phone comot. 
gmbar ketiga tu masa hidang. tak ada cheese. just letak sos camtu je atas spaghetti.


alhamdulillah, terima kasih di atas rezeki kurniaan-Mu.  :)

spaghetti ini ada banyak jenis. antara yang lainnya macam spaghetti carbonara dan spaghetti olio. saya dah pernah buat. nanti kalau rajin, akan upload kat blog. ketiga-tiga jenis ni saya suka makan. hehe.. sebab saya memang suka makan. sebab tu badan besar. urmmm..


note : All picture above captured by Asus Zenfone 6's camera.

Friday, 23 January 2015

True story

Petang semalam, sesuatu perkara yang menyayatkan hati telah berlaku. Seekor anak kucing lemah. Tak boleh berjalan. Hanya mampu terbaring di dalam longkang. Mungkin ia terjatuh dan tidak larat untuk nanti keatas. Pagi itu elok sahaja anak kucing itu bermain. Tapi  dibelah petang, ia terkulai layu.

Saya kenal kucing itu. Ia bukan kucing saya dan ia adalah anak kepada seekor kucing yang tersesat/dibuangkan di kawasan kampung saya. Kucing itu menumpang di rumah saya dan telah melahirkan 4 ekor anak. salah seekor mengalami sakit mata dan ia adalah anak kucing yang lemah itu.

Semalam ia sudah nyawa nyawa ikan. Memang ajal anak kucing itu sudah dekat. Mungkin kematian itu lebih baik daripada anak kucing itu terseksa dengan keadaan yang dialami.

Dan pagi ini anak kucing tersebut sudah tiada. Innalillah...

Bukan kucing yang mati itu tapi adik beradik kucing itu

Wednesday, 21 January 2015

Culinary vs Photografy


Saya suka memasak.. tapi itu bergantung kepada mood. Lepas memasak, saya akan letak masakan dalam pinggan dan hidang dengan lawa. Lepas tu mesti ambik gambar dari pelbagai sudut.

Walaupun masakan itu sangat simple, kadang kadang saya tetap buat macam tu. Tapi tak selalu lah kecuali saya ada mood nak buat macam tu.

Dan tadi saya ada goreng popia dan lihat lah apa yang saya dah buat dengan popia itu.

Haha. Macam merapu je entry kali ini.
:D


Tuesday, 20 January 2015

20 Januari


hari ini merupakan hari kelahiran BFF sejak sekolah menengah. jadi, nak wish Selamat Ulangtahu Kelahiran kat dia walaupun tahu yang dia tak tahu kewujudan blog ini. tapi takpe sebab dah wish siap siap tadi kat dia. heehee :D

dan. harini juga merupakan hari bahagia saya. bukan kahwin ye.. tapi hari ini saya dapat hadiah istimewa dari mak dan ayah. thank you and im happy. :D  :D  :D

macam tak percaya mak ngan ayah nak bagi hadiah ini. haritu mak ayah ada tanya nak bagi. tapi saya tolak. maka ayah cakap, kalau taknak, nanti dah tak bagi, so i say yes and today, i got the big gift.


:D

Resepi : Coleslow

bagi saya, coleslow lah paling senang nak buat. sedia kan bahan, gaul je semua dan siap. mudahkan? masa siap gaul tu. saya tak suka letak carrot banyak sangat dalam coleslow saya sebab bagi saya warna coleslow tak lawa. amboi, haha.


Bahan:
  1. ½ kubis – cincang
  2. sedikit carrot – cincang/ parut
  3. 4 sudu yogart / 1 sudu susu segar
  4. 8-10 sudu mayonis
  5. 4 sudu gula
  6. garam secukupnya
caranya:
  1. gaulkan semua bahan sehingga sebati
  2. simpan dalam peti sejuk.

tips: , kalau rasa coleslow memang rasa mayonis hidup hidup. tapi jangan risau. memang rasa macam tu. lepas simpan dalam peti dan lepas tu try rasa sekali lagi, memang terasa coleslow nya. sedap sehingga menjilat jari. eh.. menjilat sudu. yum yum.
ada sesetengah resepi letak bawang besar tapi saya tak suka sebab rasa bawang kuat sangat. terpulang kepada anda nak letak ke tak.