Sunday 8 March 2015

Business


ermm... dah lama plan nak buat bisnes. jual makanan macam kerepek macam tu. makanan yang tahan lama. akhirnya, setelah lama menanti, aku memberanikan diri untuk ambil cabaran untuk mulakan bisnes kecil sebagai seorang student u.

aku ada pernah beli kerepek ubi kentang dari IG dan memang aku akui kentang tu sangat sedap. kalau makan saje, sedar tak sedar dah habis di makan begitu sahaja. jadi aku ambil keputusan untuk jual kerepek itu dalam packaging kecil sebagai permulaan. kalau sambutan yang mengalakkan, barulah aku nak jadi agen kepada pemilik IG tu dan jual kentang tu secara banyak.

jadi buat masa sekarang, aku hanya beli 2 kg kentang. sebelum kentang tu sampai, sebab kentang tu dihantar melalui pos, jadi ambil masa sikit. aku jual dulu benda lain. keluarkan modal beli snack dan packing dalam plastik dan seal kan sepaya tak masuk angin. aku seal guna seterika je. yang bahagian tepi seterika. menjadilah juga tapi suhu kena sesuailah.jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi. sedang sedang je..

selepas kentang sampai barulah aku start packing. tapi baru buka yang 1 kg plastik dulu. tu pun packing tak packing habis, yang selebihnya aku masukkan dalam . setakat yang aku packing hanya 10 pack. 1 pack aku jual RM1. jadi boleh dapat RM 10

tapikan, haritu aku ingat nak makan sikit je. tup tap dah habis sebalang aku makan. tak sedar wei.. tulah, sebab sedap sangat kentang tu. hish hish hish.

setakat ni aku dah dapat RM 11.50. tu campur duit kentang dah snack yang aku dah jual. memang jumlah tu nampak kecil. yelah nak beli pizza hut pun tak lepas. tapi, bagi aku jumlah dah cukup besar sebab itu adalah duit yang aku dapat dengan aku usaha sendiri. bangga jap. ha ha


TIPS
  1. Jangan makan apa yang nak dijual
  2. kalau rasa nak makan, jangan ambil saja tapi beli
  3. asingkan duit jualan dalam bekas khas
aku pun kena patuh kat tips kat atas ni sebab aku dah tersalah makan haritu. burn camtu. nak ganti balik tak tahu berapa sebab yang makan tu yang belum packing lagi.. hish hish.. T.T

rasa tuje kot cerita untuk kali. aku rasa kali ini aku tak untuk kot. setakat balik modal pun dah berbaloi kot sebab silap aku modal terlalu besar. lebih kurang RM70 kot modal tapi setakat ini hanya dapat RM11.50. ermm.. memang jauh lagi lah sasaran nak lepas modal.. tak pe. kuatkan semangat. biasalah tu. dalam bisnes ada naik dan jatuh. kegagalan itu yang mengajar kita untuk lebih berjaga-jaga di masa hadapan. 



No comments:

Post a Comment